Tuesday, July 15, 2014

Kita mampu luar biasa

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, sudah menjejaki 18 Ramadhan dan sudah 16.7.2015 tahun masihi. Allahu Allah, sangat laju masa mengejar. Dan ketika sampai saaat ini, hanya kesyukuran atas segala nikmat dan rahmat. Atas segala kemudahan dan apa juga doa yang diperkenankan. Perjalanan hari ini, tidak akan berlaku dengan apa yang sudah kita dapat sejak dari dulu.

Hijrah

Hijrah dalam banyak perkara dan paling penting hijrah kita ke arah kebaikan. Sentiasa muhasabah diri dan sentiasa belajar akan kesilapan. Saya menyoroti apabila berlaku silap faham, apa teguran Allah kepada saya. Mungkin saya alpa dengan adik beradik, ibu bapa, mertua, suami atau anak-anak. Sangka baik kita terhadap apa yang berlaku dan ambil iktibar.


Manusia selalu lupa
Kita selalu lupa bahawa kita datang dari tidak ada apa apa. Bogel dilahirkan, dan mula menapak dan cantik apabila dipakaikan pakaian cantik ketika bayi, kanak-kanak. Kita diagungkan, dipeluk dan cium. Kita sangat menawan kerana kita masih ahli syurga kerana tidak ada dosa. Ia harum.

Kita alpa
Masa bergerak dan kita mula memakai pakaian yang pelbagai. Busuk, wangi, masak. Setiap perjalanan kehidupan juga begitu. Kita ditemukan dengan ramai orang dan pelbagai watak kehidupan. Yang buruk, teruk itulah perlu dinilai semula dan diambil iktibar.

Posisi kehidupan
Selalunya manusia akan bertindak balas, apabila ada yang berlaku itu tidak sama dengan apa dipegang pada prinsip diri. Sama ada pandangan, fikiran dan apa jua tindakan. Iaitu kita kembali muhasabah diri, apabila apa yang kita lakukan tidak mendapat tempat atau nilai sepatutnya. Kejarlah redha Allah, bukan pujian manusia. Insya-Allah perjalanan itu cantik sekali, walau sesekali kita ditegur terik.

Wednesday, July 9, 2014

Ramai ibu mempunyai niat yang sama

Sebelum ini saya telahpun melibatkan diri di dalam perniagaan online sejak 5 tahun yang lalu. Saya mempunyai Blog Bisnes, Facebook dan juga Fanpage bisnes. Prestasi bisnes online saya ada pasang surutnya. Jika saya mendiamkan diri, tidak update di blog atau Facebook, maka jualan pun tiada. Begitulah sebaliknya.
Terus terang saya katakan di sini, bekerja di rumah secara solo, seorang diri di samping kerja-kerja di rumah yang seakan-akan tidak pernah habis memerlukan semangat dan motivasi yang sangat tinggi . Sokongan daripada suami, anak-anak dan juga keluarga terdekat amat diperlukan.
Sehingga pada awal bulan Jun 2014, saya terpanggil untuk menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Saya memberanikan diri untuk pm P bertanyakan apa yang perlu dan boleh saya lakukan untuk menambah pendapatan keluarga pada masa yang sama ingin menjana pendapatan dan mendidik anak-anak sendiri.
Saya diberikan 8 soalan analisa diri. Selepas itu barulah dicadangkan supaya saya mengikuti kelas penulisan dan asas blog. Saya perlu menyiapkan sebanyak 44 entri di blog baru saya iaitu Diari Surirumah Online. Di sini, mata saya terbuka luas.
Rupa-rupanya ramai wanita terutamanya ibu-ibu di Malaysia yang mempunyai niat yang sama seperti saya. Mahu melihat anak membesar depan mata sendiri dan pada masa yang sama dapat menjana pendapatan untuk keluarga dari rumah.
Saya mula menjelajah ke blog-blog guru kelas online yang lain dan juga alumni kelas-kelas online. Sungguh tidak disangka, kerja dari rumah secara online, kini telah menjadi trend terutama golongan wanita yang berpelajaran tinggi.
Telah banyak pendedahan mengenai perlunya wanita berada di rumah untuk menjaga dan mendidik anak-anak sendiri. Terasa rugi seketika kerana agak terlewat menyertai ABDR padahal saya telahpun mengikuti blog Puan Masayu Ahmad iaitu naufalsayang.blogspot.com beberapa tahun yang lepas. Apapun, saya panjatkan jutaan kesyukuran kerana masih ada ruang untuk saya bergerak bersama-sama dengan ABDR secara berjemaah.
Untuk sahabat yang masih tertanya-tanya apa itu ABDR:
Secara ringkasnya Akademi Bekerja Di Rumah ini adalah satu kumpulan sokongan atau satu kelompok khususnya para suri yang bekerja di rumah.
Kami bergabungan bersama dengan 780 blog peserta, 25 kelas dan 11 guru online yang berdedikasi.
Operasi ABDR adalah 100% secara online (atas talian) dengan menawarkan kelas online untuk menjana pendapatan dari rumah melalui platform blog dan fanpage niaga di Facebook.
Kelas online yang dijalankan adalah berbentuk tutorial. Setiap protege (peserta) akan dibekalkan Ebook belajar asas blog sebagai rujukan utama.
Protege akan dimasukkan dalam group kelas online di laman facebook dan komunikasi antara protege dan guru online adalah secara one to one (personal coaching). Nota dan tutorial bergambar juga disediakan di dalam group kelas online tersebut.
Jadual kelas online adalah fleksibel mengikut masa dan kesediaan protege sendiri untuk mula kelas.
Peserta ABDR adalah di kalangan yang mempunyai pelbagai latarbelakang pendidikan dan pengalaman.
Sekarang, setelah lebih 2 minggu saya menjadi keluarga ABDR, jumlah kenalan semakin bertambah walaupun hanya di alam maya. Kata-kata dan pengalaman mereka begitu terkesan dengan jiwa.
Jika dulu saya memperkenalkan diri sebagai surirumah yang tidak bekerja, segan untuk memberitahu tentang bisnes online yang naik turun prestasinya. Sekarang tidak lagi. Saya sudah mula memperkenalkan diri sebagai WAHM. Saya percaya dengan kata-kata dan doa serta usaha yang konsisten, matlamat saya ingin menjana pendapatan setiap hari InshaaAllah akan menjadi kenyataan.
Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada jemaah keluarga ABDR. Tahniah!
Singgah di blog: http://zabedahshafie.blogspot.com/
Berkenalan dengan puan Zabedah, Ummu Aimy ButikSpa

Tuesday, July 8, 2014

Saya terlalu banyak hutang bagaimana saya mahu bekerja dari rumah

Teks: Masayu Ahmad
Baca naskah wajib ini dahulu, www.janawangdirumah.com
bergabung dengan 780 blog di sini www.akademibekerjadirumah.com

Puan Lina dan Puan Asiah (bukan nama sebenar) menghantar dua mesej yang lebih kurang sama isinya di inbox dan email saya.


Ada dua kelompok wanita yang sedang gigih berusaha menjada pendapatan dari rumah.

Kumpulan 1
-Kumpulan ini adalah wanita yang bekerjaya, berpelajaran, mempunyai kerjaya. Kemudian sangat teringin mahu bekerja dari rumah. Namun kekangan mereka ini adalah. Kekangan kewangan terutama hutang pendidikan, rumah, kereta dan sebagainya. Juga kekangan ekonomi keluarga, kerana menanggung ibu bapa di kampung, adik beradik. Kekangan perbelanjaan keluarga kerana membantu mengurangkan bebanan suami. Namun terpaksa menunda keinginan yang amat dalam untuk kembali ke rumah. Kembali kerana mahu berada di samping anak-anak, kembali kerana mahu menjana pendapatan hanya dari rumah sebagaimana wanita lain yang sudah sukses.

Kumpulan 2
-Kumpulan ini terdiri daripada isteri, surirumah yang tidak pernah bekerja. Sama ada suami kaya raya, atau luar biasa kaya (ngeh ngeh ngeh ;P) kerana tidak bagi si isteri bekerja dan hanya menumpukan kepada anak-anak. Ini terdiri oleh wanita berpendidikan atau wanita yang sememangnya mengambil keputusan berhenti kerja untuk fokus kepada rumah tangga. Istimewa kelompok ini tidak perlu membayar hutang piutang dengan kata lain tidak ada hutang. Fokus mereka hanya mahu menambah pendapatan untuk diri sendiri sahaja.

10 kesilapan berikut

1. Sudah mula dan tahu menjana pendapatan, namun tidak tahu menguruskan hutang, perbelanjaan, simpanan.
2. Tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu, dua perkara ini berbeza, apabila menjana pendapatan melalui bisnes, ia adalah wang melalui usaha bisnes atau perniagaan. Waiman hasil 20 sen, tidak dipandang sebagai pendapatan. Wanita selalu ambil mudah contoh hari ini berjaya membuat jualan nasi lemak dan untung RM50 sehari. Lalu wang itu terus dibelasah untuk perbelanjaan beli baju anak melalui online.
3. Perlu bezakan pendapatan dari sumber bisnes. Asingkan. Letak sasaran berapa mahu ambil dari pendapatan tersebut secara bulanan. Mula asah kemahiran ini sejak dari belum berhenti kerja lagi.
4. Contoh, sekiranya bulan ini keuntungan bersih jualan adalah RM1000, puan memperuntukkan gaji adalah RM500, maka RM500 itulah pendapatan. RM500 lagi adalah pusingan modal dan sebagainya.
5. Letak setiap bulan berapa mahu ambil gaji dari sumber pendapatan bisnes. Apa yang berlaku keuntungan harian dibelanjakan tanpa bersalah.
6. Kemahiran menguruskan kewangan adalah kritikal sejak kita mula merancang bekerja dari rumah lagi.
7. Contoh sekiranya, kita mahu berhenti kerja 3 tahun dari sekarang. Kita mula membuat bisnes sambilan, contoh pendapatan bersih hasil bisnes online itu adalah RM1K sebulan. Maka kita perlu tahan diri tidak menggunakannya, simpan ia sebagai tabung untuk berhenti kerja. RM1K sebulan iaitu 12 bulan dan gandakan 3 tahun. Puan hanya sentuh wang dari hasil pekerjaan yang masih disandang. Apa yang berlaku, wang kerja digunakan, wang hasil bisnes sampingan juga digunakan. Jika ini masih tidak dapat disiplin, saya nasihatkan lupakan hasrat mahu bekerja dari rumah.
8. Kesilapan paling nyata ialah, memulakan usaha tanpa ada fokus, matlamat, mentor. Ada yang mengeluarkan modal begitu besar RM100K untuk mengeluarkan produk sendiri. Ada juga mengambil stok yang banyak kerana mempunyai fikiran mahu mula mesti ada stok dan keluarkan modal yang besar. Puan boleh teruskan fikiran di atas jika mahu belajar rugi, silakan. Tetapi masih ada pilihan, mulakan dengan apa yang ada, modal minima dibawah RM300 atau RM500. Jika sudah keluarkan modal ini, berusaha untuk kembalikan modal tersebut dengan apa cara sekalipun.


Sumber: Ebook Jejak Aliran Tunai.
6.

Monday, July 7, 2014

Rezeki dan wang maksud berbeza sama ada syukur atau haloba

Teks: www.masayuahmad.com
www.janawangdirumah.com
www.akademibekerjadirumah.com

SubhanaAllah, sudah mula 10 Ramadhan. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah atas segala nikmat dan rahmat. Kesabaran dalam menempuh ujian dan cabaran. Laluan kejayaan itu tidak dibina satu hari.

Pernah tak suri sekalian berfikir? Mengapa seorang yang kaya raya atau jutawan masih lagi bekerja dan masih lagi berusaha luar biasa setiap hari sedangkan sudah boleh bersenang lenanng dan menikmati sahaja nikmat kekayaan.

Baru sampai dan saya faham, kerana ia sudah mencapai satu tahap perlu berkongsi dengan lebih ramai orang. Perlu berusaha agar lebih ramai mendapat kebajikan, keluar dari zon selesa, lebih rami keluar dari kemiskinan, lebih ramai mendapat infak, lebih ramai mendapat tempias.

Kalau aku kaya, hari hari, hari raya.

Ini petikan dari lagu, saya tidak tahu lagu apa. Betul ke hari hari, hari raya? Tidak juga kan.

Wang dan rezeki ia adalah maksud berbeza. Wang adalah perantara antara kita dengan Tuhan dengan apa yang kita mahukan. Rezeki perantara kita dengan Tuhan sama ada kita berbagi rezeki itu, kita ke arah maksiat, kita semakin takbur, atau ujian kita adakah kita semakin bersyukur atau semakin khufur.

Itu sebab wang RM100 di tangan mereka yang bersyukur akan menggunakan pada yang perlu. Wang RM100, ditangan pemberos akan menerobos jalan tamak dan haloba dan memenuhi nafsu manusia.

Rezeki dan wang adalah ujian. Sama ada kita muhasabah darinya, mengambil iktibar atau hanya membuatkan kita semakin tamak haloba.

Hanya ada dua pilihan sahaja, syurga atau neraka.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin