Monday, July 29, 2013

Raih kejayaan kecil sebelum kejayaan besar

Teks: Masayu Ahmad
www.janawangdirumah.com -rancang dan bina karier dari rumah sekarang.



Alhamdulillah, alhamdulillah syukur kepada Allah, Tuhan sekalian makhluk. Hari ini rasa lebih bugar, betenaga seperti biasa.

Perkembangan baik di Akedemi Bekerja Dari Rumah. Alhamdulillah sepanjang bulan ramadhan ini sambutan juga agak luar biasa untuk dua kelas,

1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page untuk bisnes

Dua kelas di atas sambutan luar biasa pada bulan Ramadhan, maksudnya kelas yang kami tawarkan masih lagi dan sesuai untuk sepanjang tahun. Alhamdulillah. Lima guru online sedang bertugas.

Saya masih membuka peluang kepada kalian yang mahu bergelar 'guru online' kelebihan kepada mereka yang sudah biasa dengan blog dan fan page adalah pecutan yang baik.

Hubungi saya segera untuk peluang ini, saya mahu 10 orang dahulu untuk sesi temuramah ini.
Raih pendapatan RM1K hingga 3k bersih sebulan.

Sekarang ini juga masih lagi bergelumang dengan manuskrip. Tumpuan saya lari sekejap kerana sibuk dengan kelas. Kali ini perlu siapkan sebagaimana sasaran saya 12 buku/ebook untuk tahun ini, dan bergerak 30 dan sasaran paling utamaa 100 buah insya-allah. Ini adalah sasaran peribadi.

Ketemu lagi. ;)




Sunday, July 28, 2013

Baju raya masih ditangan tukang jahit-kenangan hari raya

Teks: Masayu Ahmad

Baru sahaja niat, sudah menderu masuk, itu belum lagi buat betul-betul. Tidak akan putus rezeki bagi anak-anak yang menjaga kebajikan orang tua. Saya berkongsi bukan niat menunjuk atau mengatakan hebatnya saya, baiknya saya. Tidak, tidak, tidak. Nauzubillah, jauhkan saya dari sikap riak dan sewaktu denganya.

Saya hanya berkongsi, tidak pernah susut rezeki apabila kita mengambil tahu dan menjaga orang tua. Saya tidak pernah rasas stres, hati saya lapang. Itulah yang dijanjikan Allah. Ini juga jihad kan. Apabila ada peluang ini, maka gunakan sebaiknya.

Saya dapat rasakan juga kini, saya dan mertua lebih serasi dan mesra. Sudah boleh berbincang bersembang jauh dari topik biasa. Dua tahu dulu saya agak dna masih rasa terbatas. Rasa hormat tetap ada, cuma apabila mahu mertua masakkan ayam goreng pedas, saya sudah rasa boleh minta tanpa rasa segan. Mertua juga lebih dan sudah faham keadaan kerja saya. Alhamdulillah.



Thursday, July 25, 2013

Gulai kering ikan gelama, kerabu timun

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah semalam saya berjaya juga menyiapkan menu berbuka buat ayah, gulai kering ikan gelama. Banyak kali dia sebut, saya belum sempat memasaknya. Pagi pergi ke gerai basah pak mat tepi jalan bersama mertua. jam 3 saya mula siapkan dahulu kerabu timun. Selesai satu rehat sekejap, jam 4.30 siap satu lagi gulai ikan kering gelama.

Selepas asar, bergegas siapkan barang, berangkat ke rumah tok ayah. Semalam jalan agak sesak luar biasa. Singgah juga beli ikan percik.

Alhamdulillah jam 7.15 selamat sampai. Tinggal 15 minit pecut laju menyelesaikan hidangan atas meja.

Tuesday, July 23, 2013

Pagi tenang

Teks: Masayu Ahmad

Hari ini santai-santai sahaja. Lama betulkan saya tidak menulis panjang di sini, ada yang baru yang lama dilupa jangan. Banyak yang berlaku sekitar dua bulan ini, tetapi tidaklah semua saya kongsi di sini. :)

Sungguh benar, demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali bagi orang yang berpesan-pesan ke arah kebaikan.

Ramadhan sudah pun hari ke 15, ya Allah cepat sungguh masa. Lagi dua minggu Ramadhan bakal meninggalkan kita. Ramadhan kali ini mencatatkan satu lagi kenangan buat saya, insya-allah ia adalah momen-momen penting juga dalam satu lagi perjalanan. ;)

Sunday, July 21, 2013

Mudahnya menjemput rezeki

buku di atas adalah percuma untuk setiap pembelian 2 pakej di bawah

1.Pakej Asas Wahm Soho-Bisnes Makanan


2. Pakej Asas Wahm Soho-Butik




Saturday, July 20, 2013

Rumah tepi pantai, udaranya nyaman

Teks: Masayu Ahmad

Aiman dan Arissa masih boleh bergolek sakan tidur lena. Pagi ini alhamdulillah, rasa cukup segar dan bertenaga. Setelah beberapa hari tidak online. Segala puji bagi Allah atas segala nikmat dan rahmat. Alhamdulillah.

Minggu ini giliran saya berada di rumah ayah. Urusan bisnes dan penulisan masih berjalan seperti biasa. Harapnya seminggu ini saya gunakan masa sebaiknya, untuk menyiapkan senarai manuskrip. Allahu Allah, hanya kepadamu saya berserah, segala usaha dan tawakkal.

Juga alhamdulillah, sambutan luar biasa kelas online

1. kelas asas blog dan penulisan

2. kelas asas blog dan fan page (untuk bisnes)

Lima guru online sedang bertugas. Masih ada kekosongan untuk guru online ini, saya akan aktifkan kembali bila lagi pengambilanya lagi. Bagi pelajar yang sudah pun menyertai mana-mana kelas di atas adalah layak untuk saringan sebagai guru online.

Wednesday, July 17, 2013

Hari super hebat

Teks: Masayu Ahmad

Lama kan saya tidak update, kesibukan adalah seperti biasa, cumanya dalam minggu ini broadband saya patah gara-gara kanak-kanak riang. Jadi tugasan saya lumpuh sekejap, jika di port ke 2 di luar tidak ada masalah. Ulang alik saya tukar itu dan ini guna wire less, tukar lagi, sudah tiga kali dalam minggu ini. Apa pun dalam tersengguk-sengguk ini, tempahan dan penghantaran adalah rancak seperti biasa.

Juga, telekung solat runcit dan borong juga sedang rancak untuk tempahan dan pembelian. Sama ada untuk pakai sendiri atau untuk sedekah.


Monday, July 15, 2013

Jejak Ramadhan-hari ke 7

Teks: Masayu Ahmad

Pejam celik pejam celik, sekejap sahaja masa berlalu, hari ini sudah hari ke-7. Alhamdulillah atas kesihatan, rezeki dan kasih sayang.

Hakim masih penuh berpuasa, Arif tinggal satu hari, Aiman satu hari sahaja. Alhamdulillah anak-anak seronok berpuasa tanpa membantah.


Saya?

Masih bersusun tugas seperti biasa, banyak entri tergendala dek kerana internet ting tong dalam minggu ini. Jadi tak sempat dan siapkan entri. Kejap ok, kejap tak ok.


Saturday, July 13, 2013

Sudah 5 Ramadhan

Teks: Masayu Ahmad

Lajunya masa berlalu, tak sempat bernafas, Allahurabbi..

Salam Ramadhan, salam kasih sayang

Wednesday, July 10, 2013

Salam 2 Ramadhan,

Teks: Masayu Ahmad

Alhadulillah, selesai kita puasa hari pertama. Hakim berjaya juga melepasi dengan baik, Aiman dan Arif yang yok lagi.

Semalam saya bawa Hakim ke pasar mulong, ramainya orang. Saya bukanlah jenis yang membeli sangat, hanya larikan Hakim yang semakin tunjuk muka longlai. Tanya dia mahu apa, ibu belika air soya buat bagi semangat. Beli juga akok kedut, kerabu perut dan juga tembikai merah. Alhamdulillah.

Masakan semalam sederhana sahaja, daging goreng kunyit dan ikan bakar dan pencicah. Mudah dan tidak banyak yang berkuah. Periuk belanga juga mudah dicuci.

Sahur hari ini juga saya masakkan ikan cencanru pemanggang ajaib, panaskan sahaja daging yang dah siap goreng. Masak nasi, tembikai, dan teh o panas. Aiman berpagi lagi bangun temankan ibu di dapur jam 4 pagi. Mertua juga nampaknya lebih sihat berbanding bulan puasa tahun sudah. Nasi pun habis dimakan, begitu juga ayah mertua. Mungkin juga meriah dengan tiga beradik ini Hakim, Arif dan Aiman.

Arif dan Aiman berselera makan nasi dan daging goreng. Selesai makan terus mandi dan teruja lagi mahu mengikut ayah ke masjid. Lepas pulang riang ria dua beradik ini pakai baju sekolah. Masya-Allah mudah sangat kerja saya, semua produktif hari ini, tak perlu lagi berangkut-angkut ke bilik air. Semua cerdas dan cergas. Hebatnya Ramadhan.

Ariss seperti biasa masih bergolek sakan.

Rancangnya hari ini, saya mahu menu simple juga, ayam percik dan kerabu kacang panjang. Mudah dan kering, sama macam semalam. Nak mengemas pun cepat.

Alhamdulillah atas segala nikmat.

Tuesday, July 9, 2013

Nikmat 1 Ramadhan

Teks: Masayu Ahmad
mula rancang bekerja dari rumah dari sekarang www.janawangdirumah.com

Salam kasih sayang, salam 1 Ramadhan buat pembaca budiman. Nikmat pagi ini alhamdulillah, terasa sungguh tenang dan nyaman sekali. Hakim bangun bersahur, Aiman dan Arif belum berjaya.

Selama Aiman dan Arif ikut en.suami ke masjid. Lepas balik, Aiman datang peluk dan menangis teresak-esak. Ingatkan apa rupanya sangat penat. Arif alhamdulillah boleh ikut dengan baik. Tapi pagi ini tak sahur pulak. Kami tidaklah paksa anak ke masjid, dua orang ini super gembira mahu mengikut ayah sebagaimana biasa. Agaknya Aiman kepenatan solat perlu banyak. Jadi balik dah keletihan.

Ibu buatkan milo panas super sedap buat Aiman dan suapkan nasi ayam goreng. Alhamdulillah lepas tu dah melompat-lompat semula.

Itulah kenangan malam Ramadhan terawikh pertama buat Aiman dan Arif.

Pagi ini sahur enak bangat mertua buatkan singgang daging dan daging goreng ala mertua. Kenapa ala metua, kerana dia masukkan air asam jawa, rasanya sangat lain dan sedap sangat. Tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata. Daging goreng, daging singgang dan ikan tenggiri, tembikai merah dan teh o panas. Alhamdulillah atas nikmat Allah. Nampaknya tahun ke tiga saya dapat berpuasa dan berbuka bersama mereka.

Pagi ini juga dalam kesibukan saya mahu pulang menjemput ayah, sebagaimana tahun sudah saya dan kakak bergilir untuk menu juadah. Alhamdullah kakak sukarela memulakan sesi minggu pertama, kemudian saya, dan begitulah seterusnya. Moga ada kesempatan buat kami bersama ayah menyambut Ramadhan penuh barakah ini.

Hari ini tenaga luar biasa juga, dengan kesibukan siang hari saya juga akan guna ruang sepenuhnya sasaran 6 ebook/buku hingga 10 manuskrip pada bulan ini, insya-Allah. Bulan Ramadhan produktifnya memang luar biasa.

Sunday, July 7, 2013

Pelbagai telekung solat pengedar diperlukan





Cabaran sebagai wahm-mental perlu kuat


Teks: Masayu Ahmad

Saya selalu ditanya apa yang perlu dilakukan, dan pembaca akan berkongsi sekian-sekian. Ok selalunya saya akan kembalikan situasi sebenar dan apa komitmen yang sedia ada, adakah ia boleh dibawa selepas bergelar wahm kelak. Menjawab soalan yang selalu menujah inbox saya, jadi saya bawakan kisah 10 usahawan yang sudha bergelar wahm dengan pelbagai persoalan dan cabaran kehidupan. Semoga dengan membaca kisah-kisah sebegini memudahkan kalian dan dapat menjawab masalah kalian dari perspektif berbeza. Cabaran selepas bergelar wahm tidak mudah dan tidak senang, tetapi ada yang mampu menghadapinya. Adakah kalian adalah orang-orang yang kuat?


Sumber Bab 1: Ebook Super Wahm Super Mom

Mental dan disiplin perlu seiring
Mental dan hati kena kuat. Disiplin mesti sentiasa ada. Bila berniaga, adalah penting untuk 
kita faham dan tahu tentang perniagaan kita dan mengambil tahu perkembangan dunia bisnes 
yang ada di luar sana. Dahulu saya menyangka, sungguhpun ada butik, kemahiran menjahit 
itu adalah perkara paling asas yang saya perlu ada. Saya sangka hanya tahu menjahit itu 
sudah cukup, rupa-rupanya untuk lebih berjaya, saya perlu tahu MENJAHIT BAJU. Jadi 
tanpa segan-silu, saya ambil kelas menjahit yang asas. Paling tidak saya perlu mengenal pola. 
Selain itu juga, saya perlu kreatif dan tidak terlalu mengikut langkah orang lain melainkan 
apa langkah yang dia ambil untuk berjaya.

“USAHAWAN”. Pengurusan masa serta perancangan rapi sangat-sangat perlu apalagi kita 
bergerak sendiri tanpa pembantu rumah ataupun pekerja di butik. 
Maka, saya kembali seperti dahulu. Bezanya, waktu pagi saya sibuk menguruskan hal-hal 
persekolahan anak-anak, memasak, mengemas, membasuh dan melayan anak ke-3 saya yang 
akan berumur 3 tahun pada hujung tahun ini. Di antara kerja-kerja rumah, saya mengintai 
perkembangan kedai online saya. Sambil tunggu nasi masak di dapur, saya menjawab email. 
Sambil tunggu baju di dalam mesin, saya memasak. Sementara anak leka menonton TV, saya 
mengemas. Sementara anak tidur, saya edit gambar. Begitulah rutin harian saya. Jam 11 
sehingga 2 petang adalah waktu paling sibuk saya. 

Dimana anak-anak pulang dari sekolah agama, perlu diberi makan, disuruh mandi dan bersiap ke sekolah kebangsaan.Begitu juga 
yang sulung, balik sek keb dan perlu bersiap ke sek agama. Tergelincir sedikit dari waktu 
„jadual harian‟ saya, maka kelam-kabutlah jadinya. Seawal 2 petang, saya bersiap untuk ke 
butik pula dengan ditemani anak ke-3 saya. Sampai di butik, kena kemas butik pula sambil 
melayan anak. 

Nasib baik saya dah didik dia untuk tidur petang pada pukul 3. Jadi pada 
waktu dia tidur, saya selesaikan urusan rutin butik – pack barang-barang untuk di 
penghantaran pada hari itu. Selesai urusan poslaju, barulah saya teruskan aktiviti lain seperti 
menjahit, menghias, mengemas dan sebagainya sehinggalah tiba waktu tutup butik. Dahulu, 
sayalah pemandu kepada anak-anak. Kini, selepas saya kaji pengurusan masa saya, saya 
mengambil perkhidmatan van sekolah untuk anak-anak yang bersekolah. Sungguhpun begitu, 
ada kalanya, saya tetap turun ke sekolah pada waktu petang untuk menjemput anak-anak saya 
pulang dari sekolah.


Baca lagi dalam ebook super wahm super mom

Bayar RM100 sahaja untuk pakej ini
Pakej Asas Wahm Soho: Bekerja Dari Rumah

Promosi bermula 1 Jun hingga 30 Jun 2013.
Harga asal : RM125
Harga promo: RM100

bonus 1: dropship produk sunnah
bonus 2: dropship produk buku


Bayar di sini, saya mahu pakej wahm soho harga baik hati RM100
http://www.kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan


 

harga ini sah sehingga 30 Julai 2013 sahaja, miliki sekarang Maksudnya beli dua dapat free 1 ebook.

Tiga ebook di atas adalah bacaan asas.

1. Ebook asas blog dan penulisan.
Ini adalah permulaan untuk mencari tapak awal pasaran dan sasaran pelanggan. Sama ada blog persendirian dan blog bisnes. Analisa awal sangat penting untuk pemilihan blog yang sesuai. Saya sertakan bersama kajian kes iaitu analisa blog pelajar-pelajar yang mengikuti kelas saya.

Analisa pengalamab dan kepakaran untuk memulakan blog pertama.
Panduan penulisan, membina blog berpengaruh, suka dibaca khalayak.
Teknik mudah menggnakan blog, menyiapkan ebook atau manuskrip pertama.
Blog sebagai salah satu cara promosi produk untuk pemasaran online.
Mahu menulis tetapi tidak tahu cara. Mahu mempunyai blog sendiri, tidak tahu asas dan langkah demi langkah.

2. Ebook super wahm super mom

Adalah kesinambungan dari ebookwww.janawangdirumah.com

 . Sangat penting untuk mengetahui setakat ana cabaran bekerja atau bisnes dari rumah. Saya ada banyak menerima soalan sebegini?

"Bagaimana saya mahu mula, saya tidak pernah mengusahakan bisnes?"
"Bolehkah saya berhenti kerja dan mula berjualan online?"
"Bagaimanakah pendapatan saya selepas berhenti?"

Jawapan umum saya pasak kepada tiga perkara.
Bina senarai pelanggan dan jualan sebelum kalian benar-benar berhanti.
Lakukan secara sambilan, lakukan secara serius. Jika pulangan sudah stabil, barulah fikirkan langkah seterusnya.
Bekerja sendiri maksudnya kita menyerahkan 100 peratus keupayaan usaha atau kebergantungan rezeki kepada Allah. Ke semuanya saya sudah masukkan perkongsian pengalaman sebenar ibu-ibu yang bergelar wahm soho dalam ebook super wahm super mom. Mahu atau tidak dari segi persediaan fizikal dan mental kalian perlu cari seberapa banyak maklumat.
Lakukan secara sambilan sebelum lakukan sepenuh masa.

3. Ebook panduan mula butik online dan offline
Ebook ini juga langkah demi langkah butik online dan offline. Juga perkongsian dua usahawan yang sudah pun berpengalaman dalam mengusahakan butik.

Miliki pakej asas wahm soho di atas dengan harga RM100

Saturday, July 6, 2013

Momen-momen terindah

Teks: Masayu Ahmad

Dalam kehidupan ini yang terindah, melalui usia remaja...
Suka duka tawa silih berganti...

Ingat tak lagu ini, apa dah tajuknya, lupa saya, nyanyian Ogy Ahmad Daud.

Masa remaja adalah masa terindah, pun begitu masa yang begitu saya suka apabila anak-anak mula bercakap. Arissa yang dulunya pendiam sudah banyak petah bercakap

Antik bu (ibu cantik)
Nak bu
Yak (berak)
Tok cey (tok sir, tak nak)
Cha nak ndi (cha nak mandi)
Sayam ibu, sambil mulut dia ketap-ketap geram
Sayam sini bu, sambil tunjuk pipi suruh cium

Ini petah selalu dia jawab, kalau tanya apa-apa, dengan gaya tersendiri

Ahuuuu (tok tahu) panjang meleret dengan gaya sekali

Hihi, itulah mek sa, penceria hari mok, atuk, ibu dan ayah. Alhamdulillah atas kurniaan ini. Cabarannya, cabaran saya suami isteri untuk mendidik anak-anak ibarat kain putih. Saya masih jauh dan masih miskin dengan didikan, pun begitu masih berusaha, berusaha dan berusaha menjadi ibu terbaik. Walau banyak compang camping sana sini yang perlu saya perbetulkan. Saya mahu Arissa menjadi guru mengaji, mengajar al-quran di samping menulis denga ayat-ayat quran diterjemahkan dalam bentuk tulisan santai. Semoga Allah permudahkan usaha kami suami isteri. Salam kasih sayang. Yang terindah adalah segala anugerah dari Allah, kecil atau besar, tinggallahi bagaimana kita perlu mensyukuri dengan memberikan sebaik-baik didikan. Cabaran itu bermula setiap hari.

Thursday, July 4, 2013

Perjuangan wahm soho

Teks: Masayu Ahmad

Jumaat terhebat bersama susunan tugas, alhamdulillah. Kesihatan juga semakin baik. Mengapakah saya sekejap kata ok, sekejap kata tidak. Sebetulnya dalam dua bulan ini banyak hari saya tidak sihat. Tetapi macam selalu saya akan tetap tulis sihat, bertenaga, bermotivasi dan melawan semua arus deras tidak sihat dalam tubuh. Ia sekurang-kurangnya memberi peransang dalam diri agar bangun berusaha dan selesaikan tugas pada hari tersebut.

Juga, saya tidak suka apabila saya menulis saya tidak sihat, saya kurang sihat ia akan mempengaruhi momentum orang lain. Sedangkan momentum ahli pasukan yang lain juga sangat perlu untuk saya. Jika saya kurang sihat, tetapi melihat ahli pasukan laju dan bertenaga, ia adalah serapan positif buat saya. Apabila saya sudah sihat barulah saya boleh menyatakan baru pulih dari demam dan sebagainya. Ini proses biasa, apabila kadangkala kita perlu terima, sakit atau apa sahaja itu datangnya dari Allah. Tinggal lagi jangan berkeluh kesah, teruskan kehidupan seperti biasa.

Rancangnnya dalam 6 minggu ini saya berupaya luar biasa, untuk selesaikan 10 manuskrip. Ada yang sudah ditulis bersama protege, dari kelas asas blog, ada juga saya sendiri. Alhamdulillah. Saya perlu selesaikan 12 sasaran ebook/buku untuk tahun ini. Jadi dapat siap awal dikira, alhamdulillah, saya perlu kejar lagi baki untuk mencukupkan 30. ;) Itu sasaran peribadi.

Wednesday, July 3, 2013

Rindu bertandang, Al fatihah buat arwah mek

Teks: Masayu Ahmad

Menyoroti sibuk seharian, rindu lama bertandang lagi. Allahu Allah, sangat rindukan arwah mek, alfatihah moga tenang di sana.

Setiap kali balik, telekung usang itu saya sarung. Tidak pernah jemu dan rindu. Seolah saya sedang bermanja, mengadu dan berkongsi apa sahaja. Senyum arwah sederhana sahaja. Teriakan kanak-kanak mengaji seolah bersahutan di kedai lama sebelah. Bersilih ganti dengan suara mek membetulkan bacaan. Ia sudah sejarah, namun sejarah yang tidak pernah padam. Tangan ini sempat memandikan arwah, mata ini juga mengiringi hingga ke liang lahat. Ramadhan bertandang lagi, rindu makin menebal. Al-Fatihah.



Aroma ramadhan bertandang lagi, ia mengembalikan momen bersama arwah mek, masakannya, layanannya, sahutan mengejutkan anak-anak bangun. Aroma ikan kerisi gemuk yang dibakar, aroma sayur lemak, aroma sup ayam kampung, ia menu tak dapat digambarkan. Kesedapan yang bersalut enak kasih sayang. Ingatan juga suasana tarawikh dan moreh di bala soh (surau). Tergambar juga susana balik dari surau, enak menikmati colek pelbagai buah.

Indahnya zaman kanak-kanak. Air batu hanya 20 sen beli di kedai wan hasan. Ketulan ais panjang, dibelah dua, atau harganya 50 sen. Sedapnya cendol yang diadun enak bersama kelapa mudah. Semua ini kenangan terindah. Kita mernikmati momen ini dan melekat hingga dewasa. Sungguh hebat ciptaan Allah, tayangan filem pendek yang kita boleh putar bila kita mahu, kita terbayang seolah ada skrin di depan mata

Tuesday, July 2, 2013

Travelog surirumah

Teks: Masayu Ahmad

Dalam kehidupan kita melalui tempoh yang tidka sama setiap orang, apa yang sama ialah kita menerima pelbagai dugaan dan cabaran kehidupan. Allah memberikan nikmat, rezeki, bahagia, jalan perjuangan yang berbeza mengikut kemampuan umatnya.

Hidup ini terlalu singkat untuk bersedih dan berduka nestapa, sebaliknya renung diri apa yang masih kurang dan berbaki untuk kita usahakan. Islam itu sendiri sudah pun mempunyai garis panduan yang jelas dalam apa jua perkara yang kita usahakan. Tinggalkan lagi kita mencari dan mengikut apa yang sudah digariskan.

Ogos 2008

Perjalanan yang sungguh bereerti, ia titik mula saya berhenti kerja dan menerobos satu peluang dan usaha sendiri. Sudah tentu restu Allah dan suami. Permulaan adalah bermula 2005 hingga 2007. 2005 secara rasmi diijabkabul, penghujung tahun saya menerima kelahiran sulung. Seperti entri pertama saya di blog ini, faktor anak adalah antara keutamaan saya untuk kembali ke rumah.

Sejak kahwin juga saya berselang tahun bersalin ;), tiga anak 2005 hingga 2008. Ketika usia Aiman 6 bulan saya meletakkan jawatan.

Juga pernah berganti pembantu rumah, Indonesia, Malaysia dan teakhir Thailand.

Tahun ini juga tamparan hebat buat saya, arwah kembali ke rahmatullah. Ia peristiwa besar yang menguatkan lagi semangat untuk pulang berhijrah ke negeri sendiri.


2009-2010

Sepanjang tahun ini, kehidupan indah disulami dengan anak-anak kecil yang sedang membesar. Juga bertarung untuk memperkukuhkan kerja dari rumah.

2010-2011

Antara kenangan manis sepanjang 2011, adalah menyambut kelahiran puteri pertama, hijrah ke Kelantan dan bermula fasa baru bekerja dari rumah.

Juga amanah baru menjaga tiga warga emas.

2011-2012
Ini tahun-tahun manis berada di Kelantan, suka duka dan catatan banyak saya palitkan di blog ini.

2012-2013

Dan masa begitu pantas bergerak, antara paling melekat ialah bermulanya secara rasmi Akademi Bekerja Di Rumah. Tahun 2013 juga banyak mendapat liputan media, Utusan, Harian Metro, Mingguan Wanita dan juga Majalah Nur.

2013
Saya masih mendaki, dan 6 minggu dari sekarang masih pulun sakan, bersedia mental dan fizikal, selain fokus saya menyiapkan 12 buku/ebook dan menuju sasaran 30. Insya-Allah

Monday, July 1, 2013

saya kurang mahir dengan 'dunia online'- Murni

Perkongsian malam ini dari blog puan Murni Zuriati, dari kelas asas blog dan penulisan, guru online Nisa Nua. Alhamdulillah, terima kasih Allah.

Kelas Asas Blog - I am Blessed!!
Alhamdulillah... Syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi... 

2013 ialah tahun kelima saya dalam bisnes. Tahun gilang - gemilang secara peribadinya buat saya. 3 tahun pertama saya bertapak dan membina momentum bersama suami. Pelbagai dugaan hebat harus kami tempuhi kerana pada waktu itu kerana segalanya bergantung kepada temujanji. Semuanya 'offline'. Pernah kami pergi ke Kuala Lumpur dari Johor Bahru untuk memenuhi permintaan seorang rakan yang ingin mendapat penerangan tentang bisnes. Namun, setibanya di sana, beliau sendiri membatalkan temujanji atas alasan banyak kerja sekolah hendak disiapkan. Kadangkala terpaksa juga kami redah saja untuk berjumpa dengan teman-teman lama. Terpaksalah berbual dalam 2 ke 3 jam sebelum bercerita tentang hajat sebenar (yang belum tentu diterima). Segalanya menuntut masa dan kos. Apatah lagi ketika itu saya masih lagi bekerja. Bil telefon mencecah hingga RM300 sebulan, duit minyak lagi, duit belanja prospek makan lagi, tapi bonus??? RM 2000 ke RM 4000 sahaja.

Tahun ke 4 (2012) berniaga, segalanya sudah menjadi lebih mudah. Media sosial 'Facebook' telah wujud. Dalam Smart Tycoon Group (STG) pula kami diajar mengenai teknik 'online' bisnes yang luarbiasa hebat iaitu 'Spiritual Online Marketing'. Pada tahun itulah rangkaian kami mula berkembang. Jumlah jualan kumpulan kami (CAT) telah meningkat mendadak dari RM150, 000 setahun kepada RM2.4 juta!!! Pendapatan tahunan pula meningkat 6 kali ganda dari tahun sebelumnya. Yang paling saya suka, kami dapat semua itu dengan kos yang jauh lebih rendah!!! Bil telefon? Tidak mencecah RM100 pun..
Benarlah kata mentor saya, mentor Ariffin Shah,

" Ilmu itu hanya akan datang kepada kita apabila kita bersedia untuk menerimanya"

Tahun 2013 ini, saya pasti kerjaya saya ini akan lebih bersinar. Setelah saya membina rangkaian perniagaan, Allah datangkan 2 orang guru lagi kepada saya, Cikgu Khairunnisa Hamzah dan Sifu Masayu Ahmad. Dua insan ini bersedia berkongsi ilmu yang sangat mahal mengenai asas blog secara percuma kepada saya!! Terima kasih Allah. Siapakah mereka ini?

Pn Khairunnisa adalah seorang rakan saya, yang dulunya seorang arkitek di jabatan kerajaan. Kini, beliau sudah boleh memilih untuk berkarya dari rumah, bergerak sebagai arkitek secara 'free lance' dan pada masa yang sama menulis blog untuk berkongsi pengalaman dan ilmu dengan rakan-rakan lain. Sifu Masayu Ahmad pula, bekas wartawan Karangkraf dan kini bergiat sebagai penulis bebas sepenuh masa. Setiap komen dari beliau jelas menampakkan profesionalisme beliau. I can't explain how blessed I am to be guided by them.

Saya sebenarnya kurang mahir dan kurang minat mengenai ilmu 'online'. Namun, saya tiada pilihan lain selain melangkah ke dunia tanpa sempadan sekiranya saya ingin berkongsi dengan lebih ramai orang yang mempunyai impian untuk berjaya. Melalui Kelas Asas Blog, laluan terbuka luas untuk saya meneroka lebih banyak peluang dalam dunia online dan yang beruntungnya saya, saya tidak perlu 'google' sendiri (memang saya tidak akan buat!) untuk menghasilkan blog, tetapi saya ada guru yang sedia menunjukkan jalan.

Selain guru, saya dapat berkenalan dengan lebih ramai personaliti usahawan lain. Bukan calang-calang orang, tapi sanggup merendahkan diri dan mengosongkan cawan minda untuk menerima ilmu asas ini. Bila kenal lebih ramai orang, minda saya jadi lebih terbuka. Lebih segar dengan idea-idea baru. I feel like I have been lifted to the next level!! Saya kini boleh merangka hala tuju yang lebih maksima saya dan rakan niaga dalam rangkaian saya. Again, thank you Allah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin