Thursday, July 30, 2009
Barut herba untuk wanita berpantang
Barut yang mengandungi herba-herba terpilih digunakan untuk tujuan seperti berikut:-
1. Untuk ibu lepas bersalin. Barut ini bertindak untuk mengempiskan dan mengembalikan bentuk badan yang asal.
2. Membantu mengecutkan saluran peranakan dan mengekalkan kewanitaan.
3. Memulihkan tenaga selepas bersalin.
4. Melancarkan perjalanan darah.
5. Mengeluarkan lemak berlebihan yang terdapat pada bahagian perut.
Barut Berherba untuk wanita berpantang
Digunakan untuk wanita lepas bersalin,melawaskan buang air besar,masalah angin dalam perut dan lain-lain lagi. barut ini menggunakan daun lemuni,jintan manis dan rempah ratus sebagai bahan utamanya.
Pemakai akan merasai sedikit panas hasil dari rempahan yang digunakan dan terlebih baik jika dilumuri dengan minyak barut atau minyak but-but terlebih dahulu. Jika minyak but-but di masak dengan bawang putih ia akan menjadi lebih berkesan. InsyaAllah.
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 30
Sabah & Sarawak: RM 35
Tempahan: 019-3776342
Email: pn.masayu@gmail.com
Corset (Bengkung Tujuh Meter)
Corset
Produk terbaru keluaran HPA yang menjadi alternatif kepada barut berherba. Merupakan Bengkung Tradisional Jawa dengan saiz ukuran pinggang sehingga 40 inci. Ianya mempunyai dua tali di kedua belah kiri dan kanan bagi memudahkan pemakaian oleh kaum wanita amnya dan ibu bersalin khususnya.
Keistimewaan Corset:
Diperbuat daripada kain belacu yang tebal tetapi lembut dan selesa dipakai.
Pemakaian bengkung membantu menjaga kedudukan organ dalaman wanita semasa melakukan pergerakan dan aktiviti berat
Menjaga postur tubuh, membetulkan tulang belakang, memulihkan pembentukkan pinggul dan tulang pelvik
Sesuai dipakai bila-bila masa
Ukur lilit bengkung telah direka untukukuran pinggang sehingga 40 inci
Menegangkan kembali otot-otot perut
Membantu mengawal selera makan
Kaedah penggunaan:
Sapukan minyak barut ke bahagian perut, pinggang dan pinggul selepas urutan
Bengkung diletak mengelilingi kawasan perut dan diikat dengan kejap bermula dari bahagian bawah ke atas.
Dinasihatkan memakai bengkung selama 44 hari sehingga 100 hari
Bagi yang menjalani pembedahan, bengkung digunakan hanya setelah sembuh dari kesan pembedahan.
Cuci bengkung sebelum digunakan
Cara pemakaian bengkung ada disertakan pada produk
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 50
Sabah & Sarawak: RM 55
Untuk tempahan: 019-3776342
Email: pn.masayu@gmail.com
Info produk akan dimasukkan di www.nilamberkat.blogspot. dari masa ke semasa.
Kami adalah pengedar produk kesihatan dan kecantikan yang berdaftar dengan SSM sejak 2005.
Mengalu-alukan keahlian yang ingin menambah pendapatan sampingan.
Set bersalin
SET BERSALIN - 8 PRODUK BERMUTU DALAM 1
Set bersalin adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak. Set ini dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:-
1. Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.
2. Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak.
3. Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.
4. Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang normal.
5. Menghilangkan sakit batu meriyan.
6. Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.
7. Membantu melawaskan pembuangan air besar.
8. Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.
Set bersalin mengandungi:-
Minyak Barut (2 unit).
Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutama di perut serta sendi-sendi yang lenguh.
Minyak Bayi (2 unit).
Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.
Teh Herba (1 unit).
Minuman berherba yang bertindak sabagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.
Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari).
Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari.
Kapsul Wanita A & B.
Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A dan satu kapsul B setiap malam.
Ubat Basuh (Kegunaan Luar).
Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama satu minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin.
Spirulina.
Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.
Tambahan Info:
1. Ubat Periuk (4 bunjut)
-menggunakan campuran pelbagai herba terpilih seperti pokok kacip fatimah bagi mengembalikan perca peranakan wanita dan membersihkan darah nifas.
Peringatan : 1 bunjut untuk 3 hari sahaja. Diambil selepas 3 hari bersalin bermula hari keempat hingga hari ke – 15. Minum 3 kali sehari iaitu sebanyak setengah cawan teh biasa. Ubat ini akan mengeluarkan banyak darah nifas yang kadang kala berketul-ketul.
2. Herba Sihat Wanita A dan Herba Sihat Wanita B
- Bermula pada hari ke- 16. Cara pengambilan – Herba Sihat Wanita A ( I pagi dan 1 malam) dan Herba Sihat Wanita B juga dalam dos yang sama.
3. Spirulina
- 1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke- 19.
4. Minyak Barut
- Penggunaan minyak barut adalah untuk mencegah kemasukan angin. sapu minyak barut pada perut dan ari-ari serta sendi-sendi yang lenguh seperti betis dan kaki. Minyak ini amat sesuai digunakan sebagai minyak urut.
5. Minyak Bayi
- Gunakan minyak ini untuk senak dan kembung dan sebagai minyak urutan bayi.
6. Teh Herba
- Diramukan daripada pokok Cantella asiatica (pegaga) untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan merawat penyakit kuning. Masukkan satu uncang teh ke dalam segelas air suam dan tutup gelas tersebut dan minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas bersalin. Teh herba ini juga baik untuk kesegaran badan dan mengelakkan daripada sembelit. Satu kotak mengandungi 35 uncang untuk lebih sebulan.
7. Ubat Basuh
- Hendaklah digunakan selepas 40 hari bersalin. Rebus ubat basuh dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama 7 hari berturut-turut.
**Sebagai tambahan ibu-ibu amat digalakkan menggunakan Herba Barut sebagai pelengkap set bersalin yang mengandungi herba yang bertindak sebagai pelawas, mengecutkan peranakan, mencegah kemasukan angin ke ruangan peranakan dan baik untuk mencegah fibroid.
Puluhan ribu ibu-ibu telah mengamalkan set bersalin HPA dan kadar pengulangannya amat tinggi yang membuktikan kemujaraban produk ini. Gunakannya dengan penuh keyakinan demi mengembalikan kemudaan tubuh dan kebahagiaan rumah tangga.
Harga :
Semenanjung : RM85
Sabah/Sarawak : RM95
Untuk tempahan
Email: pn.masayu@gmail.com
Tel: 019-3776342
Kuih beke a.k.a kuih bakar
Teks: Masayu Ahmad
Foto: http://www.daftarwarisan.gov.my
Biasanya kalau di Kelantan kuih bakar kita panggil kuih beke. Jika ditambah ng jadi bekeng maksudnya lain pula iaitu garang.
Semasa menyidai kain di ampaian pagi tadi, saya sempat berborak-borak dengan makcik, rumahnya ke empat dari deretan rumah dari kanan.
Setiap pagi mak cik menjual nasi lemak. Saya menegurnya sudah tidak jual nasi lemak ke. Katanya sudah ramai yang menjual, jadi dia tidak lagi jual nasi lemak. Dalam perbualan tersebut, Mak Cik bercadang mahu menjual nasi lemak di laluan masuk utama di Taman kami. Memandangkan ada permintaan, saya menyokong usahanya.
Dia menyuruh saya buat kuih untuk meriahkan lagi jenis sarapan pagi di gerainya nanti. Dalam fikiran sempat ke buat. Datang naluri ingin menolong dan memberi sokongan pada makcik.
Foto:http://www.brownsbuffets.com/sandwich
Terlintas dari dalam hati, buah kuih beke ajelah mudah. Sandwich pun ok, kalau tak habis pun kanak-kanak riang di rumah ada.
Niat saya hanya mahu menolong. Saya menambah, Roha, sebelah rumah boleh letak kuih karipap. Kebetulan Roha, jiran sebelah rumah saya juga suri rumah menjual karipap frozen. (Kalau Roha baca entri ini tersengih-sengih senyum).Ini baru sahaja hasil mesyuarat tingkap kami pagi tadi.
Realisasi atau tidak tunggu sahaja selepas hari raya. Saya agak rasional dengan keputusan ini memandangkan mahu menyediakan juadah kuih muih untuk anak-anak. Boleh buat banyak dan letak di gerai mak cik. Bolehlah saya kongsi resipi kasih sayang untuk seisi taman. Bukan sahaja keluarga yang merasa hasil tangan saya, malah jiran tetangga boleh turut sama merasa.
Saya sudah lama tidak memasak banyak dan mengagih-agihkan pada jiran-jiran. Kalau bulan puasa itu sudah menjadi rutin. Mood memasak sejak kebelakangan ini dilanda penyakit M, yang boleh dipulihkan sebenarnya.
Saya akan cuba biasakan jadual baru, kerana pagi hari akan sediakan sarapan untuk keluarga, kemudian akan berkejar menghantar Hakim ke sekolah. Mungkin akan bertambah sibuk kerana Arif juga akan ke tadika. Mudah-mudahan urusan saya akan dipermudahkan.
Jam 9 hingga 12 saya akan fokus untuk menulis sahaja. Hanya Aiman sahaja di rumah tidak ada masalah. Kemudian akan mengambil Arif dan lepak sebentar di Perpusatakaan desa sementara menunggu masa mengambil Hakim.
Insya-Allah dalam hati sudah ada niat, mahu membantu Mak Cik meneruskan usahanya di pagi hari mendapat wang hasil jualan sarapan pagi.
Ini sebenarnya satu contoh jualan sarapan yang boleh dikomersialkan. Bagi wanita yang masih muda seperti kita cuba lihat jualan ini sebagai satu bisnes dari rumah yang boleh dikembangkan.
Nota kaki:
1. Saya masiha ada hutang tag dari Cik Yan 3.5 , baru perasan sebenarnya. Nanti saya buat ye CY.
2. Sila ke blog cik Siti sifir, kerana beliau baru sahaja menawarkan kain Thai Silk untuk hari raya. Sila terjah ye kawan-kawan.

Wednesday, July 29, 2009
Gulai tempoyak untuk menu malam ini
Teks: Masayu Ahmad
Foto: http://www.daftarwarisan.gov.my
Hari ini terasa mahu masa gulai tempoyak untuk hidangan malam. Terjah cik google, jumpa resipi ini dari http://resepi.mesra.net.
Rasanya boleh ditambah ulaman dan ikan kering goreng, budu sekali. Terangkat sungguh ditambah nasi panas.
Kemaruk lagi sebab hujung minggu yang lepas, bertandang ke Temerloh menziarah biras yang bersalin anak kedua.
Kami sekeluarga dijamu dengan gulai tempoyak ikan patin, memang sedap. Jadinya saya perlu cuba resepi ini sehingga pandai dan sedap.
Resipi
Bahan
2 ekor ikan(ikut suka ikan jenis apa)
3 sudu tempoyak
4 biji cili merah - tumbuk
5 biji bawang merah - tumbuk
2 batang serai – dititik
1 sudu serbuk kunyit(guna kunyit hidup pun boleh)
10 biji cili padi - tumbuk
1 biji timun cina(timun biasa pun boleh)-potong 4
garam & gula secukup rasa
Cara
Semua bahan yg ditumbuk tadi disatukan dan masukkan air serta serbuk kunyit.Biar mendidih masukkan timun serta ikan.Tunggu sebentar biarkan ia mendidih.Kemudian boleh dihidangkan.
Tuesday, July 28, 2009
Terima kasih en.suami
Teks: Masayu Ahmad
Salah satu peralatan sokongan yang sangat membantu kerja saya adalah komputer, internet, talian telefon dan printer. Rasanya tidak terucap dengan kata-kata syukur dengan rezeki yang datang. Printer yang ada masih baru dan sudah rosak disebabkan kerajinan kreatifnya kanak-kanak riang di rumah ini. Moralnya, selepas digunakan saya perlu menyimpan di tempat yang tinggi dan tersorok.
Hati saya gembira dan motivasi untuk menulis lebih bersemangat dengan sokongan padu en.suami yang tidak berbelah bahagi. Semalam saya tersenyum manis, apabila melihat plastik besar yang berisi printer baru. Yey, gembira hati saya.
Nampaknya kena kerja lebih tekun lagi. Muhasabah diri yang serba kekurangan, rezeki murah untuk bulan ini. Inilah dikatakan pergantungan hambanya kepada yang Esa. Kadangkala rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Dan ada beberapa perkembangan dan perubahan yang membuatkan saya terus bersemangat untuk tekun sebagai isteri bekerjaya di rumah.
Bukan hanya sekadar yakin dengan rezeki yang diberi-Nya, tetapi usaha perlu dilipatganda agar apa yang saya cita-citakan akan mencapai matlamat. Insya-Allah
Monday, July 27, 2009
Pilihan dekorasi untuk pejabat di rumah
Teks: Masayu Ahmad
Tengahari begini mata saya agak berat, rasa mengantuk pula sementara menunggu waktu zuhur. Saya menerjah sebentar cik google mencari idea-idea dekorasi. Mungkin saya atau anda juga teringin memiliki ruang bekerja di rumah yang selesa, luas dan mengasyikan.
Pilihan 1
Foto:homeofficedecoration.blogspot.com
Dekorasi sebegini sangat sesuai untuk dijadikan tempat membaca dan menelaah. Rak yang disediakan boleh diletakkan buku-buku terkini yang masih belum dibaca atau buku yang diperlukan saat anda mahu menelaah.
Pilihan 2
Foto:yourlight.org/tag/office-decoration
Ini pula berbentuk L, padanan yang disesuaikan dengan kabinet yang lengkap untuk ruang peralatan komputer, faks, printer. Kabinet yang tertutup sangat mudah untuk menyimpan. Selain ianya kelihatan kemas dan selesa mata memandang.
Tingkap kaca di sebelah boleh juga dijadikan satu tempat untuk merehatkan minda dan mata apabila kepenatan. Lagi bagus jika ianya dijadikan taman herba, orkid atau taman bunga pilihan sendiri. Sangat menarik, diletak pula sebuah kerusi dan meja untuk menghirup teh panas. Tidak sabar rasanya untuk memiliki stesen kerja sebegini. Warna coklat bukan pilihan saya, boleh tukar dengan warna gabungan yang lain seperti hitam putih atau merah putih.
Pilihan 3
Foto:http://www.goodhousekeeping.com
Dekorasi ini sedikit sebanyak sudah ada ciri-ciri citarasa hijau. Latar hijau mendamaikan dan dipadankan dengan warna perabot gelap. Hmmm boleh buat mata terpejam dan mahu tidur lena.
Pencahayaan boleh diterangkan lagi. Mungkin disebelahnya boleh dibuat tingkap kaca, agar ada pengudaraan yang lebih nyaman dan menyegarkan.

Pengurus rumah ganti pembantu rumah?
Sumber: Kosmo Online
"KENAPA tidak jadikan kerjaya pengurusan rumah sebagai kerjaya sepenuh masa? Mungkin boleh ditawarkan kursus sijil, diploma atau ijazah?"
Demikian cadangan seorang ahli akademik, Fatimah Mansur berhubung keputusan Indonesia menggantung penghantaran rakyatnya untuk bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia.
Menurut Fatimah, wujudnya kursus-kursus itu akan memberi pendapatan yang lebih tinggi terhadap kerjaya sebagai pengurus rumah.
"Kalau kita ada kursus untuk bidang lain seperti kejururawatan, kelulusan profesional bagi pengurusan rumah juga boleh merangsang minat orang ramai," kata beliau.
Fatimah mengulas isu keperluan pembantu rumah Indonesia yang bekerja di Malaysia mendapat layanan buruk daripada majikan mereka.
Sehingga kini, lebih 300,000 pembantu rumah dari Indonesia bekerja di negara ini. Kira-kira 3,000 rakyat Indonesia datang bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia melalui beberapa agensi pekerjaan setiap bulan.
Caruman
Bekas pengurus dalam industri hiburan, Abdul Raheem Abdul Hameed berkata, dengan adanya kelulusan profesional kerjaya sebagai pengurus rumah boleh dijadikan sebagai satu industri pekerjaan.
"Ada rakyat Malaysia yang memandang rendah terhadap pekerjaan pembantu rumah, mungkin kerana beberapa faktor seperti gaji yang murah. Dengan adanya kelayakan profesional, sudah tentu gajinya juga akan meningkat.
"Tetapi majikan perlulah membayar gaji yang lebih tinggi dan manfaat-manfaat lain seperti caruman untuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), barulah kualiti kerja yang ditawarkan meningkat," kata beliau.
Ibu kepada tiga orang anak, yang hanya mahu dikenali sebagai Ida Mohamad bersetuju dengan pendapat itu.
"Ada prasangka terhadap kerjaya pembantu rumah. Majikan enggan bayar lebih daripada RM400 sebulan sebagai gaji mereka.
"Kalau kita mahu kualiti kerja yang bagus, maka skim pengurus rumah amat sesuai tetapi kita mesti bersedia untuk membayar gaji yang lebih tinggi," kata beliau. Ida, seorang penjawat awam berkata, skim gaji yang lebih tinggi dan kelayakan profesional akan menarik minat lebih ramai rakyat tempatan untuk memilih kerjaya sebagai pengurus rumah.
"Ramai (rakyat Malaysia) yang tidak mahu jadi pembantu rumah. Mungkin dengan wujudnya jawatan pengurus rumah, ramai yang akan lebih berminat?" kata beliau.
Kurang sambutan
Di negara-negara Barat, ibu bapa yang sibuk mengambil khidmat pengurus rumah, menurut seorang pensyarah universiti yang enggan namanya disiarkan.
"Pengurus rumah boleh membantu keluarga dengan menyelesaikan kerja-kerja rumah. Beliau boleh juga menolong membayar bil-bil, membeli barang keperluan dan menjaga anak-anak majikan," katanya.
"Mereka ini dilatih di institusi-institusi yang diiktiraf secara formal sebelum layak digelar pengurus rumah. Mereka juga tidak semestinya tinggal dengan majikan, tetapi datang bekerja setiap hari," kata beliau.
Pada tahun 2008, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memperkenal program Latihan Asas Pengurus Rumah untuk mengurangkan pergantungan terhadap pembantu rumah asing.
Langkah itu juga untuk menimbulkan budaya profesionalisme dalam kerjaya pembantu rumah dan menghindarkan persepsi tentang tanggungjawab rumah hanya tertumpu pada suri rumah dan juga pembantu rumah.
Program latihan itu merangkumi aspek penjagaan anak, pengurusan rumah, psikologi kanak-kanak dan bantuan kecemasan.
Ia juga untuk mengurangkan kadar pengangguran di negara ini.
Program latihan itu merupakan idea yang baik. Khabarnya, sambutan terhadap program tersebut agak dingin kerana tidak ramai rakyat Malaysia yang sanggup menawarkan gaji yang tinggi untuk pengurus rumah. - Bernama

ARTIKEL IK: 6 TIP MUDAH UNTUK HIDUP MEWAH
Oleh: Irfan Khairi (IK)
1: Tak perlu kopi & rokok!
OK OK.... Tengok tajuk tip no#1 ni pun ramai dah mula mengeluh. Tunggu dulu, biar saya jelaskan! Terdapat satu istilah ini yang dikenali sebagai "The Latte Factor" oleh penulis David Bach yang membawa maksud, setiap hari sebelum anda ke pejabat, boleh tak anda tak perlu singgah ke kedai kopi berjenama untuk secawan kopi (dan rokok)?
Mungkin menjadi tabiat kita untuk singgah sebentar dan berbelanja RM5 setiap hari pada minuman dan rokok sebelum ke pejabat atau ketika waktu rehat pejabat setiap hari. Dengan hanya menjimat RM5 sehari dan melaburkannya di dalam pelaburan yang memberi pulangan 10% setahun, dalam masa 45 tahun, wang tersebut akan menjadi RM1.4juta! katakanlah anda lakukan ini dari umur 20 tahun, anda akan pencen sebagai seorang jutawan.
2: Potong kad kredit
Ambil gunting, buka dompet anda, dan potong kad kredit anda. Ya, sememangnya kad kredit amatlah berhantu! Kad plastik di dalam dompet anda itu bertujuan untuk memerah wang anda dengan mengecaj interest yang amat tinggi- paling tinggi dalam industri kewangan (tolak along!). Sering kali kad kredit digunakan untuk perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak perlu dan akibatnya, setiap bulan anda terpaksa membayar interest yang sebenarnya memakan simpanan anda.
Katakan anda membayar Interest kad kredit sahaja dalam lingkungan 18%. Apa makna simpanan anda yang memberi pulangan 10%? Takde maknanya! Simpanan pelaburan anda tidak akan bertambah sekiranya wang anda bocor akibat pembayaran caj-caj kad kredit yang tidak kita nampak.
3: Jaga emosi
Siapa kata wanita sahaja yang pandai berbelanja? Lelaki juga pandai berbelanja. Kajian mengatakan bahawa walaupun wanita lebih kerap berbelanja daripada lelaki, tetapi perbelanjaan lelaki adalah lebih banyak nilainya untuk setiap pembelian.
90% keputusan belian adalah keputusan emosi. Bukan sekadar wanita sahaja yang mempunyai emosi. Lelaki juga. Jaga emosi kita dalam belian. Fahami bahawa semua perniagaan dalam dunia ini akan menggunakan emosi untuk menarik belian anda. Seringkali belian yang dilakukan adalah tidak diperlukan. Setiap kali anda berdepan dengan keputusan belian, ulang berkali-kali dalam fikiran anda "Jaga emosi... jaga emosi... jaga emosi"!
4: Pakar 1 topik kewangan
Anda tidak perlu jadi pakar dalam semua perihal kewangan. Anda tidak perlu embaca beratus-ratus buku kewangan untuk berjaya dalam bidang kewangan. Tetapi, anda hanya perlu menjadi pakar dalam 1 bidang kewangan sahaja.
Maksudnya, pilih satu bidang kewangan untuk anda dalami. Contoh, mungkn anda minat melabur, maka, jadikan topik pelaburan sebagai bidang anda dalami. Atau mungkin anda minat hartanah, maka jadikan hartanah sebagai bidang anda dalami. Ataupun anda minat perniagaan Internet, maka, baca buku-buku perniagaan Internet.
*Tip: Sertai Workshop Jutawan Internet untuk mempelajari kaedah menjalankan perniagaan melalui Internet! Klik di sini
Dengan mendalami sekurang-kurangnya hanya 1 topik kewangan, anda boleh pelajari berbagai-bagai kaedah menggandakan kewangan anda hanya dalam satu topik itu. Itu sahaja sudah mencukupi untuk menjadikan hidup kita lebih mewah.
5: Cari kawan baru
Anda akan menjadi seperti kawan anda. Sekiranya anda sering lepak dengan kawan-kawan yang selalu sengkek, selalu pokai, selalu tak berduit, sedar tak sedar, anda juga akan menjadi seperti itu. Apa kata anda buka fikiran untuk mencari kenalan-kenalan baru dikalangan mereka yang berjaya? Bukan abaikan kawan-kawan yang sengkek tadi... erm.... Mungkin juga boleh abaikan mereka kerana menyusahkan diri anda sahaja!
Dapat kan kawan yang bijak mengendalikan wang, dapatkan kenalan usahawan berjaya, dapatkan kawan yang pakar dalam industri anda. Dengan sentiasa berdampingan dengan mereka yang berjaya, anda juga akan turut berjaya kerana kejayaan itu akan berjangkit kepada anda!
6: Jangan baca sahaja
Jangan baca sahaja tip-tip kewangan dan tidak lakukan apa apa. Mungkin tip-tip 1-5 ini anda telah baca sebelum ini, tapi, tabiat manusia sering melewat-lewatkan kerja dan tidak melakukan apa-apa. Mungkin sebelum ini anda telah fikir untuk mengubahkan hidup anda, tetapi, hanya duduk dan biarkan waktu berlalu tanpa sebarang usaha.
Mempunyai ilmu sahaja tanpa mengaplikasikannya adalah kerugian yang amat besar. Jangan sekadar baca sahaja, lakukan sesuatu untuk mengubah hidup anda. Lakukan perkara-perkara yang mudah, kerana perkara-perkara yang mudah inilah yang akan membuatkan kita hidup lebih mewah!

Sunday, July 26, 2009
Membantu pasangan mencapai potensi diri
Foto: http://www.republika.co.id
Petikan: Utusan Malaysia 27 Julai 2009
SALAH satu tanggungjawab besar kita sebagai insan di dunia ialah mencapai potensi diri dan membantu orang lain mencapai perkara yang sama agar kehidupan kita akan terus berada pada tahap terbaik.
Tidak kira sama ada kita bergelar ibu bapa, kekasih, rakan atau pemimpin, menjadi tanggungjawab kita untuk membantu insan lain mencapai potensi terbaik hidupnya.
Dengan segala-gala yang kita kata dan lakukan, kita sebenarnya memberi pengaruh sama ada secara positif atau negatif terhadap orang yang kita sayangi.
Berikut ialah 10 cara bagi membantu orang yang kita sayangi melihat dan menyedari apa yang terbaik dalam diri mereka.
Percaya kepada mereka
Sebagai manusia kita memang sentiasa mempunyai sifat keraguan dari masa ke semasa.
Keyakinan kita mudah goyah. Sering kali kita kurang keyakinan dan kepercayaan pada bakat dan kebolehan kita sendiri untuk melakukan sesuatu yang besar.
Mempunyai seseorang yang percaya pada kita pada saat tersebut merupakan sesuatu yang cukup berharga. Sebenarnya di sebalik kejayaan besar seseorang tidak kira wanita atau lelaki adalah insan lain yang percaya pada dirinya.
Memberi galakan
"Anda boleh buat..." " Saya tahu anda boleh..." Ini merupakan kata-kata yang terlalu kerap diucapkan. Galakan yang ikhlas boleh membantu seseorang untuk terus maju dalam apa juga yang dilakukan. Jika lebih spesifik galakan itu akan lebih baiklah hasilnya. Sebagai contoh: "Saya ingat lagi hasil kerja keras tahun lepas, anda berjaya mengalahkan jualan orang lain. Saya yakin kali ini anda boleh melakukan lebih baik."
Memberi pengharapan tinggi
Kita selalu memberitahu orang lain agar jangan cepat mengalah. Kita galakkan mereka mempunyai harapan yang realistik. Tetapi apabila tentang membantu orang lain mencapai potensi terbaik mereka, kita kadang kala perlu meningkatkan lagi tahap harapan kita.
Ada ketikanya kita seolah tidak boleh melakukan perkara tertentu, tetapi apabila guru, ibu bapa atau kekasih terus memberi harapan tinggi kita akan lebih berusaha memenuhi cabaran tersebut.
Beritahu yang sebenar
Dan beritahu dengan penuh tulus ikhlas. Kita kerap mengelak daripada memberitahu yang sebenar kerana kita tidak mahu mengecewakan atau membuat orang mara. Kita mahu dilihat baik. Tetapi memberitahu yang sebenar merupakan satu tindakan yang menunjukkan sebenarnya kita sayang padanya. Anda boleh berterus-terang dengannya tanpa perlu mengasaknya.
Jadi role model
Salah satu cara paling baik untuk mempengaruhi orang lain ialah melalui tindak-tanduk kita.
Jangan fikir orang lain tidak memerhatikan anda. Mereka memerhati segala-galanya secara sedar atau tidak sedar. Kita secara automatik dan tanpa disedari menjadikan diri kita sebagai role model. Oleh itu jadilah role model yang baik.
Berkongsi dengan orang lain
Selalu terlalu kerap kita hilang nilai-nilai berkongsi perasaan dengan orang lain.
Kita tidak mahu kelihatan lemah jadi simpan semuanya. Dengan berbuat demikian sebenarnya kita menyekat orang lain untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan sifat-sifat kemanusiaan yang kita miliki.
Apabila kita berkongsi pengalaman kita - terutama kegagalan - anda meningkatkan nilai-nilai impati, lebih mudah didekati dan meningkatkan perkaitan dengan orang lain.
Cabar mereka
Perkataan 'cabar' mempunyai konotasi negatif. Maksud yang ingin kita sampaikan di sini ialah, menguji keupayaan dalam situasi yang mendesak.
Dari semasa ke semasa kita perlu mencabar diri sendiri.
Bertanya soalan yang baik
Terapi atau jurulatih yang baik tidak memberitahu pelanggan mereka yang perlu dibuat. Sebaliknya mereka bertanya soalan-soalan yang baik bagi membolehkan mereka memahami diri mereka dengan lebih baik sekali gus dapat melihat sesuatu itu dengan lebih jelas atau membuat pilihan yang baik.
Anda juga boleh buat perkara sama. Dengan memberi soalan yang baik, anda akan mendorong orang itu berfikir dan menghasilkan penyelesaian yang baik. Mereka akan menghargai anda.
Menghargai mereka
Anda akan temui perkara yang anda cari. Jika anda mencari perkara yang terbaik dalam diri seseorang itu, maka anda akan melihatnya. Begitu juga sebaliknya jika anda mencari kelemahan pada orang itu maka anda akan temui kelemahan.
Jika seseorang itu melakukan perkara yang betul, akui dan hargai tindakan mereka. Apabila kita mengakui kebaikan orang, mereka akan cenderung untuk melakukan lebih banyak kebaikan.
Caranya tulislah nota atau hantar kad, atau hubungi dia dan puji dia di depan orang lain.
Habiskan masa dengannya
Dengan memberikan masa anda yang cukup berharga kepada individu lain, anda sebenarnya menunjukkan kepada dia bahawa anda benar-benar menghargai hubungan dengannya.
Kerja dari rumah - Cabaran yang memerlukan ketelusan
Wanita sebagai isteri dan ibu mempunyai keistimewaan tersendiri dalam menghadapi kehidupan. Pahit manis, buruk baik dan bahagia derita dalam rumah tangga bergantung kepada kebijaksanaan wanita bergelar isteri dan ibu menanganinya.
Namun, bukan mudah untuk melaksanakan tanggungjawab yang terpikul di bahu, banyak halangan dan dugaan yang datang terutama apabila mereka yang bernama isteri dan ibu itu bekerja.
Tambah menyulitkan apabila jawatan yang disandang memerlukan komitmen jitu yang pastinya meragut masa dan tenaga yang sepatutnya dihabiskan bersama keluarga di rumah.
Usaha Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membawa cadangan melaksanakan Konsep Bekerja Dari Rumah atau disebut sebagai Small Office House Office (SOHO) kepada kabinet tahun depan memberi isyarat wanita bekerja tidak perlu risau lagi tentang masalah mereka di rumah.
Walaupun tidak ada noktah penamat kepada penyelesaian tersebut sekurang-kurangnya sudah ada laluan penyelamat kepada permasalahan yang telah lama bertapak itu.
Idea yang tercetus pada Sidang Kemuncak Wanita ogos lalu itu mungkin akan menjadi hadiah terbaik buat wanita Malaysia menjelang 2004.
Kajian oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN) yang dilakukan ke atas 3,000 ibu-ibu bekerja mendapati 13.5 peratus daripada mereka menghadapi masalah penjagaan anak. Daripada jumlah tersebut 68 peratus daripada mereka yang menghadapi masalah berkenaan akan berhenti kerja jika tidak dapat mengatasinya.
Pada masa ini terdapat 3.6 juta ibu-ibu yang bekerja dengan majoriti daripada mereka kalangan golongan sederhana dan rendah.
Naib Yang Dipertua 11, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam, (Puspanita) Prof. Datin Dr. Rohaty Mohd Majzub semasa membentangkan kertas kerjanya bertajuk Bekerja Dari Rumah Satu Alternatif Kreatif pada seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) April lalu menekankan imej wanita berubah bagaikan Super Women yang ingin melaksanakan tanggungjawab mereka dengan cemerlang tetapi dibayangi tekanan.
Bagaimanapun katanya disebalik halangan tersebut wanita masih terus gagah memenuhi tuntutan tanggungjawab mereka di rumah dan di tempat kerja sebagai pekerja, isteri dan ibu. Apa yang menyedihkan katanya, apabila konflik tidak dapat dikawal dan memerlukan mereka membuat pilihan, ibu-ibu ini akan mengorbankan kerjaya mereka.
Lyana Mustafa, Setiausaha Eksekutif Persatuan Wanita Bumiputera Dalam Perniagaan dan Profesion Malaysia (PENIAGAWATI) berharap konsep berkenaan akan memberi manfaat kepada kaum wanita bekerja.
``Tidak salah ibu-ibu bekerja terus mengekalkan khidmat pembantu walaupun mereka beroperasi dari rumah. Pembantu boleh terus menjaga anak dan menguruskan rumah sementara wanita tersebut membuat kerja-kerjanya,'' katanya.
Cara ini kata Lyana dapat merapatkan hubungan anak dan ibu secara lebih berkesan daripada mereka ditinggalkan sehari suntuk bersama pembantu atau pusat penjagaan.
Menurut Lyana lagi, dilihat pada jangka masa panjang banyak kebaikannya yang diperolehi daripada konsep ini jika dilaksanakan kelak.
``Wanita dianugerahkan ciri-ciri ketelusan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik. Mereka rajin, bekerja keras dan menggunakan akal untuk berfikir. Soal tempat bukan perkara utama yangn penting cara kita bekerja dan menguruskan tanggungjawab yang diamanahkan,'' jelas Lyana.
Sehubungan itu Lyana menyeru wanita bekerja tampil ke depan menyahut cabaran konsep ini jika ia dilaksanakan kelak supaya mereka tidak terus dibebani masalah keluarga dan rumah tangga.
Shamsiah Mohd Yusoff, Perunding Hartanah, SMY Properties turut bersetuju dengan konsep yang dicadangkan itu.
``Dalam perkembangan teknologi yang semakin galak ini, amatlah wajar wanita yang berkemahiran dalam bidang IT menyahut cabaran bekerja dari rumah ini. Kepada golongan profesional, konsep ini amat sesuai sekali. Namun, tidak semua golongan profesional boleh mengamalkan konsep ini kerana ada juga kalangan mereka yang memerlukan alamat komersil untuk beroperasi.'' kata Shamsiah.
Shamsiah bersetuju konsep ini dilaksanakan memandangkan negara memerlukan tenaga wanita untuk terus membangun dan mantap.
``Berbanding tanggungjawab bapa, anak-anak lebih memerlukan ibu-ibu di rumah kerana dalam apa keadaan majoriti anak memerlukan ibu untuk berinteraksi dan merujuk masalah apabila perlu. Sekiranya golongan profesional ini terpaksa berhenti kerana masalah anak, bukan sahaja wanita yang akan rugi tetapi juga negara,'' ujarnya.
Seperkara lagi kata Shamsiah, beroperasi dari rumah memberi kelebihan kepada para ibu melayani anak-anak mereka dengan lebih mudah tanpa perlu meninggalkan mereka untuk jangka masa yang lama,'' tambahnya.
Hazimah Zainuddin, Pengarah Urusan Hyrax Oil, berkata, wanita Malaysia harus bersedia menerima cabaran ini dengan tekad dan kekuatan mental dan fizikal kerana ia merupakan satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan mereka dalam pembangunan negara.
``Konsep ini telah lama dilaksanakan di negara-negara Barat. Di sana bukan wanita saja diberi kelonggaran tetapi juga pekerja lelaki. Sehingga kini konsep tersebut berjaya dan masih diamalkan, kita boleh mengambil contoh kejayaan negara Barat untuk diimplementasikan di negara ini,'' kata Hazimah.
Sehubungan itu Hazimah menyeru wanita bekerja di negara khususnya golongan profesional mempersiapkan diri untuk menerima cabaran ini.Dalam erti kata bersedia untuk melaksanakan konsep ini secara serius, buat dengan sungguh-sungguh,'' tambahnya.
Mengenai kemungkinan wanita yang bekerja dari rumah leka untuk memenuhi tanggungjawab mereka Hazimah berkata, satu jadual tugas perlu diadakan sebagai garis panduan. Disiplin, ketelusan dan pengurusan masa menjadi tonggak utama kejayaan.
``Setiap wanita yang terlibat patut mendisiplinkan diri mereka dengan mengikuti jadual yang disediakan. Seperkara lagi, jangan campurkan hal-hal kerja dengan hal-hal keluarga. Masa bekerja kita mesti bekerja dan masa bersama anak-anak kita mesti melayani mereka. Ertinya mesti ada ruang untuk kedua-duanya supaya ia tidak terbabas daripada nawaitu asal kita bekerja dari rumah,'' nasihatnya lagi.
Hazimah sebagai majikan turut menyimpan cita-cita untuk menyahut cabaran ini. Katanya beliau telah mengenal pasti pasangan suami isteri yang pada pandangannya mampu memenuhi tanggungjawab untuk bekerja dari rumah.
``Pasangan suami isteri ini nampak bersungguh-sungguh dalam usaha mereka tetapi tidak mempunyai pejabat. Saya mencadangkan mereka membuka pejabat dan beroperasi dari rumah. Pada saya kenapa tidak mereka diberi peluang untuk membuktikan kemampuan mereka berasaskan konsep bekerja dari rumah.'' katanya.
Ditanya pendapatnya kenapa wanita negara ini diberi pengiktirafan sedemikian rupa, Hazimah berkata, wanita mempunyai peranan cukup besar dalam kehidupan dan juga tanggungjawab terhadap negara. Selain mempunyai keluarga, wanita turut memikul tanggungjawab terhadap ibu bapa mereka. Pengorbanan mereka terhadap pembangunan keluarga, masyarakat dan negara tidak siapa boleh pertikaikan.
Pada masa yang sama majikan pula disaran memberi ruang kepada wanita terbabit untuk bekerja dengan memberi mereka masa yang mencukupi, tidak terlalu mendesak untuk memberi laporan hasil tugasan yang telah dilaksanakan.
Sekiranya dilaksanakan kelak, konsep ini memerlukan sistem yang selari dengan keadaan masa kini. Selain kelengkapan dan kemudahan canggih mereka juga harus diberi latihan mencukupi serta dibekalkan dengan program jati diri untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti. Juga pengurusan masa yang cukup penting untuk mencapai kejayaan.
Keunikan Malaysia sebagai satu-satunya negara di Asia dan Pasifik yang mempunyai lebih ramai wanita berpendidikan tinggi berbanding lelaki seperti dinyatakan oleh Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Malaysia, Singapura dan Brunei Richard Lee perlu diberi perhatian.
Bayangkan jika tenaga wanita berpendidikan tinggi ini terpaksa mengambil keputusan berhenti kerja kerana masalah yang sepatutnya dapat diselesaikan dengan mudah.
Apa pun kepada Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga kita sandarkan harapan agar Konsep Bekerja Dari Rumah yang disuarakan wanita Malaysia Ogos lalu akan menjadi kenyataan.
Petikan: Arkib Utusan Malaysia, 12/12/2003

Alasan sibuk, sibuk dan sibuk
Teks: Masayu Ahmad
Foto: http://imgslide.health.com
Mengawal kesibukan vs pengurusan masa
Selalunya kita akan mendengar perkatan sibuk, aku sibuk tidak boleh hadir, saya sibuk minggu depan perlu out station, saya tidak boleh datang saudara mara nak datang ke rumah atau saya sibuk minggu depan kerja banyak.
Tukar ayat sibuk dengan perkataan yang lebih menjaga hati kepada minta maaf ada hal tidak boleh berjanji. Minta maaf kalau boleh mahu datang, insya-allah kalau sampai maksudnya tiada aral yang berlaku.
Bekerja makan gaji mahupun bekerja sendiri, perlu menguruskan masa agar produktiviti masih konsisten. Kesibukan bergantung kepada peranan individu untuk menjadikan diri benar-benar sibuk atau pura-pura sibuk.
Jika makan gaji anda berpura-pura sibuk agar kelihatan seperti banyak kerja dan tidak mahu ditambah lagi bebanan. Ada dua kategori sama ada anda benar-benar sibuk atau berpura-pura sibuk. Anda sahaja yang tentukannya.
Bekerja sendiri perlu memberi keutamaan kerja yang cepat mendapat hasil dan produktiviti diukur dengan pencapaian tersebut. Berbanding kerja makan gaji anda sudah ada skop tanggungjawab yang diberikan. Fokus kepada skop kerja sahaja supaya anda tidak sibuk melakukan kerja bukan daripada bidang anda.
Mengawal kesibukan
Semua orang hanya ada 24 jam putaran masa untuk setiap hari, 12 bulan untuk setahun. Sibuk atau tidak bergantung kepada pengurusan masa anda. Jangan sampai keluarga terabai, tidak mengenal jiran tetangga dan anak-anak terbiar.
Lihat kesibukan orang-orang yang berjaya sebagai motivasi untuk kita menangani kesibukan yang terurus dan kesibukan untuk hal yang sia-sia.
Selalunya kita memberi alasan tidak cukup masa, walhal untuk tempoh yang sama orang yang sukses masih boleh melakukannya. Bukan alasan sibuk yang perlu diberikan tetapi pengurusan masa yang perlu diberi keutamaan.
Foto: http://www.more4kids.info
Pengurusan masa untuk isteri bekerja di rumah
Berstatus bekerja di rumah juga mempunyai kesibukan yang sama. Ramai yang beranggapna apabila bekerja sendiri banyak masa untuk kita berehat dan bersantai. Jawapan benar dan salah bergantung kepada situasi setiap daripada kita untuk mengendalikannya.
Masa yang boleh diurus
Kesibukan kerja boleh dikendalikan berdasarkan jadual masa kerja yang lebih fleksibel. Mengambil contoh diri sendiri, masa yang paling baik untuk menulis adalaah sebelem anak-anak bangun daripada tidur jam 4 hingga 8 pagi. Selepas itu saya perlu menumpukan kepada mereka.
Jika mahu menulis jam 9 hingga 12 agak mencabar juga, kerana akan berlaku banyak gangguan. Sekirannya mahu mengurangkan gangguan saya perlu memberikan aktiviti kepada mereka agar asyik dengan mainan, menonton atau tidur.

Saturday, July 25, 2009
Al-Fatihah, Yasmin Ahmad meninggal dunia
AL-FATIHAH.
1. Pengarah filem terkenal Yasmin Ahmad dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 11.25 malam ini di Hospital Pakar Damansara. Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara.
2. Yasmin disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak. Suaminya, Tan Yew Leong, Dr.Zakaria Zahri (adik ipar) dan Datin Orked (adik), Dr. Zurin turut berada di sisi Allahyarhamah ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.
3. Jenazah pengarah tersohor ini akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid SS19, Subang Jaya sebelum solat Zohor, esok (26 Julai), manakala tempat pengebumian masih belum ditetapkan. Perkara itu dimaklumkan oleh rakan baik Allahyarhamah, iaitu pelakon Fatimah Abu Bakar yang mewakili keluarga pengarah itu, pada sidang media yang dibuat di hospital tersebut, sebentar tadi.
4. Fatimah juga meminta kepada semua peminat Yasmin untuk turut menyertai solat jenazah serta mendoakan agar Allahyarhamah ditempatkan di sisi orang beriman. Pihak media juga diminta untuk tidak mengganggu ahli keluarga Yasmin buat masa ini yang masih bersedih dengan kematian pengarah itu.
5. Turut hadir di sidang media tersebut ialah Datuk Seri Farid Ridzuan dan adik iparnya, Dr. Zakaria Zahri. Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan. Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak.

Perempuan ramai masuk neraka
Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.
Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia.
Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah ‘Ashabun Nar’ (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. seperti golongan ‘dayus’, peminum arak dan anak-anak derhaka.
Apa yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis baginda. Ramai daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat tidak lain adalah neraka.
Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka.
Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.
Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj
Sayidina Ali k.w. berkata: “Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”
Baginda s.a.w. menjawab: “Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”
Ali bertanya: “Apakah yang ayahanda lihat di sana?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).
“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. “Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”
Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: “Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”
Rasulullah s.a.w. menjawab: “Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.
“Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.
“Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.
“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.
“Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.
“Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.
Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.”
Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah.”
Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”
Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: “Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)
Sumber : Ust Zainuddin Hashim
HarakahDaily
Kredit: http://attazkirah.wordpress.com

Friday, July 24, 2009
Seminar kecantikan-peluang untuk tambah pendapatan
Seminar Kecantikan
Pusat Latihan Kecantikan & Usahawan Beauty4u mengajurkan
Seminar ‘Pratikal Kecantikan & BeautyWeb-Duit merubah segalanya’
1hb Ogos (Hotel Holiday Calton S.alam) 2pm-6pm,
8hb Ogos (Hotel Regency KL) 2pm-6pm.
Bayaran masuk berserta jamuan petang cuma RM60.
Saksikan demo facial, solekan, pelbagai gaya bertudung muslimah, forum peluang kerjaya dalam bidang kecantikan dan banyak lagi.
Tempat terhad dan terbuka kpd semua termasuk pelajar IPA/IPTS. Untuk tempahan tempat hubungi segera : 012-3900454

Thursday, July 23, 2009
Kari daging kampung & ayam goreng organik, menu istimewa pagi Jumaat
Salam pagi Jumaat. Indah sungguh hari ini, masih lagi dipanjangkan usia untuk menempuh satu lagi rutin indah pagi Jumaat.
Hari ini saya menyediakan menu istimewa sedikit untuk sarapan. Nasi putih dihidangkan bersama gulai kari daging kampung dan ayam goreng organik bersama timun sebagai ulaman.
Agak berat juga hidangan nasi untuk pagi hari, biasanya sampai ke petanglah. Jika pagi saya mengambil nasi, maka hari ini untuk menu yang lain hanya hidangan ringan-ringan sahaja.
Lantai sudah dimop, bilik air sudah bersih, kain akan dijemur. Tinggal sahaja lagi kain untuk dilipat dan digosok.
Rasa sungguh lapang melihatkan semuanya hampir beres dan saya akan mula menulis jam 10 pagi. Nampaknya saya sudah dapat mendapat rentak baru dalam pengurusan kerja di rumah.
Masih terfikir lagi mahu mengambil pembantu atau sebaliknya. Memandagkan alternatif dan pengurusan kerja sekarang nampaknya ada kemajuan. Tahniah untuk diri sendiri. Saya masih cuba untuk memutarkan semula jadual tidur. Mungkin tidur jam 12 bangun 4 pagi. Empat jam sudah mencukupi rasanya.
Badan pula terasa ringan, semalam terasa hendak demam. Saya mulanya mahu tidur, tetapi bingkas bangun terus berlari. Dengan catatan 50 kalori terbakar mengambil masa 20 minit, peluh membasahi baju. Barulah rasa segar. Ubat paling mujarab untuk demam.

Wednesday, July 22, 2009
Keenakan pastri di Bengkel Mega- Daisy
Kek Coklat Hullahu
ARKIB : 21/07/2009
Petikan: Utusan Malaysia
AROMA cappuccino yang menerjah setiap ruang pasti membuatkan selera sesiapa pun boleh terpana. Apatah lagi jika aroma itu datang daripada ban manis yang sedang dibakar -bentuknya gebu gelap apabila digigit, ia rangup di luar, lembut di dalam.
Menghasilkan sendiri ban manis yang mempunyai aroma kopi yang memukau seperti Mexican Bun sebenarnya tidaklah terlalu sukar. Jika kena caranya, tahu petuanya, ban itu pasti membuatkan sesiapapun teruja kerana mampu membuatnya di dapur sendiri.
Mexican Bun antara ban manis kegemaran ramai. Berbentuk bulat, di dalamnya diperkaya rasa lemak marjerin yang boleh digandingkan dengan bahan lain seperti gula perang manakala di luarnya disaluti topping berperisa cappuccino yang dibakar rangup.
Jika ingin mengetahui cara membuat Mexican Bun, apa kata luangkan hujung minggu anda dengan menyertai Bengkel Roti dan Kek anjuran Utusan Malaysia melalui sisipan Mega dengan kerjasama Daisy Marjerin pada 25 Julai ini (Sabtu) di Dewan Bola Tampar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Seksyen 4, Shah Alam, Selangor.
Bengkel dengan kerjasama D Flowers Cake bermula jam 9 pagi hingga 5 petang, turut menampilkan dua lagi ban istimewa iaitu Ban Kacang Merah dan Ban Tuna Cheese Mayo yang akan diajar secara teori dan praktikal.
Tidak kurang hebatnya, Tuna Cheese Mayo merupakan ban pedas yang diperkaya keju mozzarella serta mayonis. Ban jenis bersosej ini antara yang terlaris di pasaran kerana keenakannya.
Selain tiga jenis ban, pada hari yang sama peserta berpeluang untuk mempelajari cara membuat Kek Coklat Hullahu dan Kek Kukus Kamikaze. Kek coklat enak ini akan disaluti krim coklat mewah manakala Kek Kukus Kamikaze pula mempunyai lapisan yang memikat.
Bagi yang tidak berminat dengan penghasilan roti dan kek, peserta masih boleh menyertai aktiviti menghias kek yang diadakan pada Ahad, 26 Julai ini di tempat yang sama.
Bermula dari jam 9 pagi, setiap peserta akan menerima lima kek mini mentega tanpa hias.Uniknya dalam bengkel ini, peserta akan didedahkan cara membuat doh fondant, mencanai doh fondant, mewarna, membentuk , menyediakan royal aising dan lima teknik terkini, penuh artistik dalam penghasilan kek mini fondant.
Disebabkan hiasan ini dikaitkan dengan nilai seni, peserta digalakkan membawa peralatan lain seperti rolling pin (kayu pencanai kecil), crimpers (penyepit), peralatan fondant, berus warna kecil, garret frill (pembentuk renda) dan pembentuk bunga kecil.
Selain itu, peserta juga boleh membawa pembentuk daun kecil, gunting, pemotong piza, smoother, nozel 2 , 4 atau 104 sebagai tambahan. Bagaimanapun, jika anda tidak mempunyai peralatan yang dinyatakan, jangan kecewa kerana boleh mendapatkannya di bengkel tersebut.
Kepada suri rumah atau peniaga yang mula memikirkan tentang resipi biskut raya pula, jangan lepaskan peluang untuk mempelajari cara membuat tiga jenis biskut moden iaitu Biskut Mahatma, Biskut Jacko dan Biskut Collata Bombay pada 8 Ogos ini di Senai, Johor.
Tidak melupakan peminat tat berkrim , bengkel yang berlangsung di selatan tanah air ini turut menampilkan tiga jenis tat iaitu tat buat (tatlet), Tat Keju Mocha atau Cappucino dan Tat Coklat Badam. Keenam-enam resepi ini bukan sahaja sesuai untuk dihidangkan kepada para tetamu malah boleh dijadikan produk jualan terutama pada musim perayaan.
Dengan yuran RM190 seorang untuk Bengkel Roti dan Kek, RM280 bagi Bengkel Hias Mini Fondant dan RM200 untuk Bengkel Biskut dan Tat, yuran tersebut meliputi sarapan pagi, makan tengah hari, sijil penyertaan, cenderahati daripada Daisy Marjerin serta beberapa hadiah cabutan bertuah yang menarik.
Paling menyeronokkan, setiap peserta boleh membawa pulang hasil 'air tangan sendiri'.
Maklumat lanjut sila hubungi 019 6647068/ 012 6759076 untuk maklumat lanjut atau layari laman web dflowerscake.blogspot.com.
Bisnes Hamper, milik usahawan kreatif Norhasikin Ali
Hamper kembalikan nostalgia lama
Oleh MERAN ABU BAKAR
Petikan: Utusan Malaysia
JIKA hendak melihat hamper yang cantik, tunggu sahaja bila hampir dengan kedatangan musim perayaan terutama hari raya apabila ramai yang mula berlumba-lumba mengusahakannya bagi menambah pendapatan.
Bermacam-macam bentuk dan rupa dapat dilihat kerana bagi pembuat hamper setiap tahun mereka akan membuat hamper yang berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya.
Masing-masing mempunyai idea dan kreativiti tersendiri bagi memikat pelanggan yang semakin pandai menilai hamper bagaimana yang mereka inginkan untuk dihadiahkan kepada keluarga, teman-teman, rakan perniagaan dan sebagainya.
Bagi pembuat hamper sendiri, mereka sudah mula merancang dan mencipta konsep hamper bagi mencerminkan identiti tersendiri. Ada yang sudah mula menghantar risalah hamper ke rumah-rumah atau pejabat dan terdapat juga yang mengiklankan melalui Internet.
Norhasikin Ali yang telah enam tahun membuat hamper hari raya, kali ini melangkah ke tahun ketujuh dengan koleksi hamper yang berkonsep 'nostalgia.'
Katanya, jika tahun lepas beliau memilih konsep moden kontemporari, tahun ini 'hamper nostalgia' menjadi pilihan bagi mengembalikan kenangan hari raya pada masa-masa lalu.
"Setiap orang pasti mempunyai nostalgia dan kenangan hari raya lebih-lebih lagi mereka yang berasal dari kampung. Apabila melihat hamper nostalgia ini pasti mereka akan terkenang dengan kenangan raya lalu,'' kata Norhasikin semasa ditemui di rumahnya di Kajang, Selangor, baru-baru ini.
Dalam rekaan kali ini, beliau banyak menggunakan bakul-bakul mengkuang, rotan dan mengetengahkan anyaman orang Melayu.
"Walaupun terdapat banyak bakul, kotak dan bekas dengan rekaan moden, barangan lama kebanggaan orang Melayu jangan dilupakan.
''Untuk hamper raya tahun ini, saya mempopularkan semula anyaman Melayu dari Terengganu. Selain mahu terus mempopularkan kraf tradisional saya juga ingin memberi peluang kepada masyarakat tempatan memasarkan produk mereka.
''Selain itu, ada juga saya buat hamper menggunakan kotak atau peti yang nampak moden dan klasik bagi mereka yang mahukan hamper seperti ini,'' tambahnya.
Bercerita lanjut mengenai produknya, kata Norhasikin, ia sesuai bagi dihadiahkan kepada golongan korporat, mereka yang baru hendak membuka perniagaan, tanda terima kasih, tanda ingatan, untuk ibu dan ayah, kawan-kawan, saudara-mara, adik beradik dan sebagainya.
''Tahun lepas banyak juga menerima tempahan daripada pelajar Malaysia dan mereka yang bekerja atau bermastautin di luar negara. Mereka meminta untuk dikirimkan hamper kepada ibu bapa mereka di sini. Selain itu saya juga menerima tempahan dari Sabah, Sarawak.
''Hamper saya bukan hanya berisi biskut atau kek malah saya turut memasukkan kain batik, alas meja, sejadah, buah-buahan kering, coklat dan dodol durian. Ini kerana jika makanan ini habis, masih ada sesuatu yang boleh disimpan sebagai kenangan,'' jelasnya.
Menurut Norhasikin lagi, beliau menggalakkan agar pelanggan membuat tempahan awal supaya hamper dapat disiapkan mengikut jadual.
Untuk itu, bagi yang membuat tempahan awal daripada sekarang hingga 21 Ogos depan, beliau mengadakan promosi, iaitu dengan pembelian 10 buah hamper, pelanggan mendapat satu hadiah misteri bernilai RM100.
ARKIB : 20/07/2009, Utusan Ma
Kisah inspirasi, pengasas mybengkung.com
Semasa bersiar-siar dan menerjah pelbagai laman web dan blog, saya menemui blog ini. Saya ingin berkongsi kisah menarik ini sebagai satu motivasi bagi wanita yang memilih untuk bekerja sendiri.
Ulangtahun ke 3 mybengkung.com
Sedar tak sedar, dah 3 tahun saya memulakan perniagaan internet. Bermula dengan perniagaan bengkung di www.mybengkung.com. Semasa tu saya sedang mengandung anak ke 4, Daiyan. Niatnya nak jual lain. Rezeki anak saya kandung, tu dapat idea nak jual bengkung.
Saya pergi kursus Irfan Khairi, jutawan internet untuk pelajari mengenai internet pada Jan 06. Perlahan-lahan saya pelajari sendiri cara membuat website. Sebelum tu saya cuba pelajari sendiri dari buku. Memang susah nak faham. Saya bukan dari bidang IT, jadi memang sukar nak faham. Untuk berjaya saya kena keluarkan modal untuk pelaburan jangka panjang. Semasa bekerja saya simpan duit sebab saya ada perancangan untuk buka perniagaan. Mudah jika ada modal sendiri.
Sedikit demi sedikit saya belajar dari pengalaman saya. Pengalaman paling saya tak boleh lupa, saya bersalin, stok habis dan pembekal tak dapat bekalkan stok. Kelam-kabut saya nak cari jalan. Hanya boleh dapat stok dalam masa 2 bulan. Tentu menjadi masalah kepada saya, saya baru memulakan perniagaan dan tidak ingin mendapat imej negatif. Lepas pantang saya jahit sendiri. Nasib baik saya boleh menjahit. Kemudian saya dapat bantuan makcik saya di Terengganu untuk menjahit. Terima kasih kepada ahli keluarga saya, Mama, Abah, Joe, Dina dan Iman yang tolong hantar kain dan ambil stok.
Namun masalah masih ada ketika musim raya. Perlu menjahit baju raya. Saya mencari orang yang sanggup menjahit, namun amat sukar. Ada yang sanggup tetapi kualiti tidak memuaskan. Saya terpaksa menolak walaupun ketika itu saya amat terdesak. Masuk tahun ke-2 saya buat keputusan untuk buka kedai dan mengambil tukang jahit tetap. Bermula dengan seorang dan kini saya mempunyai 2 orang tukang jahit. Lebih mudah saya uruskan stok saya.
Selain itu saya mengalami masalah perkhidmatan kurier. Bertukar beberapa kali. Dari nama kurier yang terkenal ke yang tak terkenal. Ada 1 kes barang tak sampai. Nasib baik di Kuala Lumpur. Terpaksa saya pergi hantar sendiri, demi menjaga nama baik saya. Guna Citylink, seminggu masih tak terima, sedangkan berada berhampiran sahaja. Ada 1 kes rosak, saya gantikan dulu. Namun sehingga sekarang Skynet masih berhutang dengan saya. Bila telefon pelbagai alasan diberi. Alhamdulillah sejak menggunakan Poslaju tiada masalah rosak atau hilang. Mungkin masih ada masalah tetapi dah berkurang. Dengan jumlah penghantaran yang banyak setiap hari saya perlu pastikan perkhidmatan kurier yang boleh dipercayai dan selamat walaupun agak mahal. Dan saya perlu pastikan saya tunai janji iaitu saya perlu pos dalam masa 24 jam hari bekerja (Isnin ke Jumaat).
Alhamdulillah Allah memberikan rezeki kepada saya. Kini kedai saya Mama N Damia juga telah mencecah setahun. Produk kami telah bertambah meliputi pelbagai barangan ibu dan bayi, moden dan tradisional. Pekerja saya juga kini ada 3 orang. Namun untuk sampai ke tahap ini, memang banyak pengorbanan. Mungkin nampak senang. Dulu saya sangka kerja sendiri saya akan punyai banyak masa. Namun ia sebaliknya. Setiap masa saya adalah emas, tiada cuti walaupun sakit. Lama-kelamaan, saya telah mula biasa saya bukan kerja makan gaji yang boleh kerja 9 ke 5. Bukan boleh goyang kaki. Namun saya dapat apa yang saya nak, anak membesar depan mata. Dan perjalanan saya masih jauh, saya hanya baru memulakan tapak kedua dan masih memerlukan beribu-ribu tapak lagi untuk melangkah. Sedang usaha untuk dapatkan trade mark Mama n Damia pula.
Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan terutama pelanggan saya yang berterusan memberi kepercayaan kepada saya. Saya amat berbesar hati jika dapat memberi komen tentang perkhidmatan yang telah diberi untuk saya perbaiki. Dan sokongan keluarga tersayang yang tak berbelah bagi. Moga perniagaan saya ini diberkati Allah. Amin.
Bersempena ulang tahun ke 3 ini, saya memberikan diskaun 10% untuk belian Bengkung Mia. Sila layari www.mybengkung.com

Ruang pejabat di rumah
Foto: http://www.homedecoranswers.com
TREND berkerja dari rumah semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat kita lebih-lebih lagi ketika banyak syarikat mula memberhentikan pekerja bagi mengecilkan operasi berikutan situasi ekonomi dunia yang lembap.
Bagi meneruskan kelangsungan hidup sebilangan mereka yang diberhentikan atau mengambil pilihan untuk berhenti kerja kini beralih kepada berkerja sendiri dari rumah.
Selain lebih menjimatkan kerana tidak perlu menyewa premis perniagaan, waktu kerja lebih fleksibel dan lebih penting tidak menghabiskan masa di jalan raya kerana pejabat berada dalam rumah sendiri.
Bagi mereka yang merancang untuk berkerja dari rumah beberapa perkara perlu difikirkan. Selain memilih jenis perniagaan yang sesuai, tempat untuk berkerja juga harus diambil kira.
Walaupun berkerja dari rumah, adalah lebih bijak jika mempunyai ruang pejabat yang khusus supaya keadaan lebih teratur dan profesional.
Sebelum memutuskan apa yang diperlukan untuk diisi dalam 'pejabat' tersebut adalah penting untuk merancang dan menyusun rancangan dengan berhati-hati.
Beberapa panduan di bawah ini mungkin berguna untuk anda memulakan kerja 'membina' pejabat sendiri.
Pilih sudut yang sesuai untuk dijadikan tempat berkerja. Kalau boleh ruang tersebut jarang digunakan oleh ahli keluarga yang lain.
Pastikan juga ia jauh dari ruang atau bilik permainan anak-anak kerana bunyi bising ketika mereka sedang bermain mungkin menganggu tumpuan ketika berkerja.
Ruang atau bilik tersebut haruslah mempunyai pencahayaan yang cukup dan selesa untuk bekerja. Apa yang penting suasananya memberi ruang kepada anda berkerja tanpa gangguan atau.
Pilihan terbaik mungkin salah satu bilik di tingkat atas (jika rumah dua tingkat atau lebih) atau bilik yang agak terasing atau mana-mana ruang selagi anda berasa selesa.
Tambah sempurna jika pejabat tersebut menghadap ke luar rumah agar dapat berkerja dengan suasana yang lebih segar.
Selepas memilih bilik, fikirkan dengan berhati-hati barang keperluan untuk pejabat tersebut. Jangan habiskan duit dengan membeli barang-barang yang mahal, sebaliknya beli barang yang benar-benar perlu saja. Barangan terpakai pun boleh digunakan.
Ketika menyusun peralatan pejabat, lakukan dengan bijak di mana anda boleh mencapai barang-barang yang diperlukan tanpa terlalu banyak bergerak ke sana-ke mari
Jika memilih kerusi beroda, lebih bijak susunan perabot dan peralatan dalam bentuk segi tiga atau L.
Ketika membeli perabot untuk pejabat pastikan ia selesa dan dapat membantu mengekalkan postur tubuh yang baik ketika bekerja.
Pejabat anda harus mempunyai sistem penyimpanan fail (failing) yang mesra pengguna.
Beli peti simpanan suara bagi menyimpan mesej jika anda tidak ada di rumah. Pastikan juga segala fail yang disimpan dalam komputer mempunyai fail sokongan.
Dengan sedikit ini anda akan mempunyai pejabat di rumah yang efisien dan efektif.
ARKIB : 20/07/2009, Utusan Malaysia
Monday, July 20, 2009
Enaknya kek coklat
Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://www.windhamarts.org
Alhamdulillah selesai juga akhirnya pada jam 1 36 tengahari. Tersasar 36 minit daripada tempoh masa yang ditetapkan. Kelegaan yang tidak terhingga dirasa.
Saat ini saya sangat teringin makan kek coklat bersama kopi panas. Aduhai yang ada kopi radix panas sahaja. Mungkin malam ini saya mahu keluar mencarinya. Hadiah untuk diri sendiri.
Yang ini pun lazat dan enak juga.
Foto: http://www.bbcgoodfood.com
Mahu solat dan melipat kain. Berehat sebentar bersama kit kat. Iklan semata-mata.
Jam 3 nanti saya mahu meneruskan perjuangan saya untuk tugasan ke empat, masih suku daripada jumlah sasaran. Insya-Allah. Chaiyok-chaiyok untuk diri sendiri.
Hujan akan turun sebentar lagi
Foto:http://www.foxnews.com
Teks: Masayu Ahmad
Cuaca di luar agak mendung. Terjahan angin masuk menerobos masuk melalui tingkap, bersebelahan sahaja dengan meja kerja saya waktu ini. Sangat mendamaikan, rintik-rintik hujan mula turun.
Bunyi kicau burung sudah tidak kedengaran. Barangkali mencari tempat berteduh sebelum hujan lebat turun. Saya begitu selesa dengan keadaan ini. Sangat membantu untuk aktiviti penulisan.
Berselang seli dengan rengekan Aiman yang menangis mengada-ngada. Tidak tahu apa lagi si kecil ini mahu sebenarnya. Hakim sudah kusyuk dengan Ultraman Gaia, Arif kembali menyambung tidur.
Tugasan saya hampir selesai. Mahu menyiapkan sebelum jam 1 tengahari. Saya perlu produktif untuk bergerak untuk tugasan ke empat.
Friday, July 17, 2009
Balasan untuk isteri solehah
Iktibar
Oleh NUR HIDAYAH
Pada satu hari, Rasulullah s.a.w. menjenguk Fatimah yang sedang menggiling tepung. Rasulullah hairan kerana ketika itu baginda melihat anaknya itu menangis lalu bertanyakan sebabnya.
Kepada baginda, Fatimah mengaku dirinya menangis kerana kesibukan tugasnya sebagai seorang suri rumah.
Oleh itu, Fatimah memberitahu ayahnya bahawa dia ingin memiliki seorang pembantu bagi menolongnya melaksanakan kerja di rumah.
Mendengar kata-kata dan permintaan anaknya itu, Rasulullah berkata, ``Sesungguhnya Allah ingin mencatatkan kebaikan, menghapuskan keburukan dan mengangkat darjatmu jika engkau menunaikan tugas-tugas seharianmu sebagai seorang isteri.''
Rasulullah bersabda lagi bahawa seorang wanita yang dapat berperanan sebagai isteri yang baik bagi suaminya, serta sebagai ibu yang baik bagi anak-anaknya, maka Allah memberinya darjat yang sangat mulia.
Dalam kesempatan lain baginda juga menjelaskan, jika seorang ibu meletakkan minyak di rambut anaknya dan kemudian menyikatnya serta mencuci pakaian mereka, maka pahala yang diperoleh laksana amalan memberi makan seribu orang yang lapar dan memberi pakaian seribu orang yang tidak mempunyai pakaian.
Sememangnya bagi sesetengah wanita yang bergelar isteri, mereka mungkin tidak menyedari bahawa setiap apa yang mereka lakukan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu atau suri rumah mempunyai rahmat yang cukup besar di sisi Allah.
Tetapi malangnya, kesibukan tugas di pejabat sering sahaja dijadikan alasan sehinggakan soal-soal rumah tangga, sesetengah isteri lebih selesa menyerahkannya kepada pembantu rumah atau orang gaji.
Nasihat yang diberikan oleh Rasulullah kepada Fatimah itu seharusnya dijadikan iktibar terbaik kepada kaum wanita yang bergelar isteri dan ibu.
Tanggungjawab mereka tidak pernah berakhir walaupun mereka sudah memegang jawatan tinggi dalam pekerjaan.
Justeru adalah sesuatu yang malang jika ada di kalangan wanita itu yang menganggap soal menguruskan rumah tangga dan anak-anak hanyalah urusan duniawi tanpa menyedari betapa tinggi nilainya di sisi Allah.
Rasulullah juga pernah memberi contoh mengenai amalan mana yang lebih penting antara berjihad dengan menjaga orang tua di rumah.
Contoh itu diberikan pada satu hari ketika Rasulullah sedang berkumpul dengan para sahabatnya dan di depan mereka lalu seorang pemuda yang gagah dan sasa.
Para sahabat berkata, ``alangkah bagusnya jika keperkasaan pemuda ini digunakan untuk berjihad di medan perang sabilillah.''
Mendengar kata-kata para sahabatnya itu, Rasulullah bersabda, ``Andainya pemuda itu masih mempunyai orang tua di rumah, ia lebih baik menggunakan kekuatannya untuk mengurus orang tuanya daripada berjihad. Atau, jika dengan keperkasaannya itu dia bekerja mencari nafkah buat dirinya sendiri agar tidak bergantung pada orang lain, itu jauh lebih baik daripada jihad.''
Demikianlah hebatnya pembalasan Allah terhadap sesuatu pekerjaan yang baik tetapi kita memandang remeh terhadapnya.
Justeru jadikanlah pesanan Rasulullah ini sebagai iktibar, agar kita benar-benar menjadi insan yang mencari kebahagiaan dunia demi mencapai kesejahteraan di Akhirat.
ARKIB UTUSAN MALAYSIA : 26/05/2003

Thursday, July 16, 2009
Stesen kerja baru
Teks: Masayu Ahmad
Saya perlukan perubahan, memandangkan agak bosan dengan stesen kerja lama. Setakat ini sudah tiga kali mengubah kedudukan. Kali ini berpindah untuk kali ke tiga.
Rasanya saya sukakan bilik kerja yang baru ini.
Kali pertama kedudukan meja kerja di bilik bawah, bersama dengan ruang kanak-kanak ini bermain. Disebabkan daya tumpu mula berubah. Saya mengalihkan meja ke bilik utama di tingkat atas. Seronok juga kedudukannya bersebelahan jendela yang menghala ke pemandangan kawasan bukit. Jika waktu pagi sangat nyaman, tetapi menjelang tengahari sudah rasa kepanasan dek mentari yang mula meninggi.
Saya mengubah di ruangan keluarga juga di tingkat atas. Lebih lapang dan luas, juga di belakangnya di letakkan meja belajar kanak-kanak riang.
Hari ini saya mengubah lagi, rasanya mahu lebih privasi, memandangkan saya perlukan suasana senyap sunyi jika bekerja. Kali ini di tepi tingkat kaca. Sungguh nyaman sekali, angin sepoi-sepoi berhasa dengan saya. Bunyi kicau burung kedengaran berselang seli seolah-oleh menyapa saya. Saya sukakan bilik kerja yang baru ini.
Di sebelahnya kedudukan treadmill yang menjeling tajam, kerana sudah beberapa minggu saya sudah tidak berlari. Agaknya sudah perlu memulakan semula aktiviti berlari-lari di dalam rumah.
Juga ada sebuah sauna kegunaan seisi keluarga. Juga memandang tajam ke arah saya. Saya perlu meneruskan sesi membuang lemak yang masih menempel di badan.
Lengkap sudah bilik kerja yang saya rasakan satu suntikan baru agar segera menyiapkan tugasan.
Jadual baru
Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://www.harvestfidelity.com
Saya perlu menstrukturkan semula jadual tugasan saya berdasarkan komitmen kerja yang semakin banyak.
Hakim mula sesi persekolahan
Setelah berehat selama setengah tahun, saya mengambil keputusan untuk menyambung semula sesi pelajaran Hakim. Bermula jam 8 pagi sehingga 3 petang. Pilihan saya sekolah tahfiz.
Pada sesi pagi adalah pendidikan seni, sains, matematik, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Manakal sesi berikut mengaji, solat dhuha, al quran @ tahfiz, solat zuhur berjemaah.
Saya akan membiasakan dengan jadual baru, memandangkan saya sendiri yang akan menghantar Hakim pergi dan balik.
Selepas memikirkannya, ianya saya bagus untuk Hakim memulakan pengisian pendidikan awal dan usianya yang kini 4 tahun.
Ini juga membolehkan Hakim bersedia menghabiskaan lebih awal surah-surah lazim dan juga melatih lebih berdisplin.
Salah satu sebab ialah mengurangkan masa menonton rancangan tv yang semakin memberi pengaruh kepadanya selain suka mengusik adik-adik dan juga saya.
Ianya juga membolehkan saya lebih memberi tumpuan kepada aktiviti penulisan.
Hari Jumaat hari untuk berehat
Hari jumaat adalah hari rehat untuk saya. Hari ini diperuntukkan untuk aktiviti melipat pakaian setinggi gunung. Lebih spesifik adalah aktiviti menguruskan rumah tangga.
Aiman dan Arif akan dihantar sebentar dari jam 7 pagi hingga 1 tengahari. Pada minggu lepas saya sudah menghantar kanak-kanak riang ini untuk sesi percubaan. Alhamdulillah saya berpuas hati
Kebiasaanya Jumaat, Sabtu dan Ahad adalah hari saya menghadiri seminar, kursus atau sesi temuramah sumber untuk penulisan.
Hari Jumaat juga hari untuk urusan diri sendiri. Sama ada mahu refleksologi, berurut, membaca dan membeli buku. Saya akan ke MPH atau Popular Books Store.
Terapi fikiran
Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://nurnana.files.wordpress.com
Fikiran lapang akan memberi impak pada satu hari yang penuh dengan rutin kesibukan. Sejauh mana cara dan teknik untuk mengaplikasinya terpulang kepada individu. Berikut beberapa cara untuk mengalihkan masalah harian untuk mengembalikan fikiran tenang.
Al-quran
Membaca al-quran memberi ketenangan fikiran terutama berdepan pelbagai rencah kehidupan. Ketenangan yang diransang mampu untuk kita berfikir dengan rasional apabilan berdepan masalah.
Membaca
Pilih buku-buku motivasi dan inspirasi, membuatkan leka dan kembali bersemangat. Masalah adalah peluang dan hikmah.
Membuat keputusan
Kadangkala apa sahaja keputusan yang diambil mempunyai pro dan kontra. Anda tidak mungkin dapat memuaskan hati semua orang. Cari penyelesaian dengan mencari jalan yang selamat untuk membantu setiap orang rasa berpuas hati dengan keputusan yang diambil.
Keluarkan peluh
Satu terapi untuk cergas dan mental sihat, agar anda lebih bertenaga untuk mengharungi hari-hari yang penuh persoalan dan cabaran. Berlari dengan penuh tenaga dan mengeluarkan peluh, membuatkan anda merasakan satu persatu bebanan yang ditanggung terlepas ibarat air yang mengalir keluar.
Alihkan fikiran
Anda berat memikirkan jawapan dan mencari penyelesaian masalah. Cuba kaedah larikan fikiran kepada perkara yang lebih menenangkan. Tidak berfikir sebentar dan mendiamkan diri. Melakukan perkara yang diminati dengan kusyuk untuk mengalihkan sebentar fikiran untuk lebih tenang.
Wednesday, July 15, 2009
Inspirasi The Biggest Loser
Teks: Masayu Ahmad
Salah satu program realiti tv di Astro yang begitu memberi inspirasi. Setiap peserta seramai 18 orang dibahagikan dalam tiga kumpulan merah, biru dan hitam. Setiap orang mempunyai matlamat untuk menurunkan berat badan dan pada masa yang sama akan bersaing secara berkumpulan dan individu.
Apa yang menarik matlamat utama adalah untuk hidup sihat dan mendapatkan berat badan yang ideal. Dalam duni yang sebenar tidak mampu menanganinya kerana pelbagai cabaran yang ditempuhi. Semua tidak berjaya dan perlu pendekatan dan ransangan yang lebih kuat.
Setiap minggu mereka perlu melalui regim latihan ekstrim dan pemakanan yang sihat daripada jurulatih mereka, Bob, Jillian dan seorang lagi lupa...P.
Kumpulan akan bersaing menurunkan berat paling banyak. Kumpulan yang kalah perlu berdepan dengan penyingkiran salah seorang peserta.
Apa yang menarik, setelah beberapa minggu mereka berjaya menurunkan berat badan seminggu sehingga mencega dua angka seminggu. Ianya satu inspirasi dalam menurunkan berat yang digambarkan tidak pernah dicapai oleh mereka dalam kehidupan sebenar.
Kekuatan dalaman dan kehendak diri sendiri adalah pendorong utama untuk melakukan perubahan. Persaiangan oleh kumpulan dan inividu adalah cabaran getir yang perlu dilalui oleh setiap peserta. Jurulatih kecergasan adalah pendorong paling utama selain pakar rujuk utama untuk menurunkan berat badan.
Matlamat WAHM
Begitu juga matlamat untuk bekerja sendiri. Minat dan kecenderungan adalah salah satu faktor utama sebelum memulakan langkah. Cabaran kewangan dan mengimbangi urusan rumahtangga adalah perkara yang perlu diteliti dan menggunakan pendekatan yang bijak dan rasional. Guru dan pakar rujuk adalah perlu untuk anda sukses dalam bidang kepakaran yang anda ingin lakukan jika bergelar WAHM.
Sudahkah anda bersedia untuk menjadikan The Giggest Loser ditransformasikan kepada isteri bekerja yang paling hebat dan sukses untuk karier dan rumahtangga.

Tuesday, July 14, 2009
Mandi di kolam air panas
Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://malay.cri.cn
Aktiviti petang ini mandi di kolam air panas batu 16, Hulu Langat. Sudah beberapa kali ke situ. Memandangkan ayah beberapa kali menyuarakan keinginan, petang tadi kami berangkat ke sana.
Suasana mendung yang saya jangka akan hujan, sebaliknya pula. Tidak hujang hanya gerimis sahaja yang turun. Aiman, Arif dan Hakim dan adik yang bongsu ikut sekali.
Sesudah sampai, saya hanya memerhatikan dari jauh gelagat 4 beranak mandi manda. Hakim dan Arif tidak melepaskan peluang untuk mandi sama. Berbogel, merendam kaki dan mandi dengan air panas yang suam-suam.

Monday, July 13, 2009
Penjelajahan bermula
Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://orionwell.files.wordpress.com
Pengembaraan bermula semula, untuk memotivasikan diri, saya akan menyinggah ke mana-mana blog yang boleh memberi inspirasi. Juga matlamat yang ingin dicapai dalam tempoh terdekat dan jangka masa panjang. Apabila kepenatan saya berehat sebentar dan menyambung semula perjalanan yang jauh.
Saya sukakan diri berada dalam keadaan tenang, untuk membolehkan idea dapat dicerna sempurna. Saya tidak gemarkan suasana yang kelam kabut dan bercelaru. Emosi yang tenang mendorong minda terus fokus dengan apa yang dilakukan. Pada masa yang sama minat turut membantu memberi kekuatan.

Sunday, July 12, 2009
Ayahanda dah tiba
Alhamdulillah ayahanda tercinta sudah sampai ke rumah lewat petang tadi. Keriangan berganda buat kanak-kanak riang bertiga menyambut kedatangan datuk. Aiman yang sudah mula pelat bercakap, sudah pandai menyebut atuk walau didengar masih pelat. Aiman sudah lena di sisi atuk, sambil atuk mengosok-gosok badannya.
Ayah nampak ceria dan makan bertambah, memandangkan anak-anak dan cucu ada di sisi. Berselera makan, memandangkan dua minggu yang lalu diserang demam. Mungkin juga demam kesunyian. Insya-allah saya akan memasak hidangan kesukaannya.
Banyak juga buah tangan dari kampung, durian, rambutan, ikan kering, sayur terung dan timun. Ikan gelama kering yang kelihatan cukup segar dan enak. Ayah buat sendiri ikan kering tersebut. Biasanya tak masin. Memang banyak boleh buat stok seminggu,tak habis nak makan. Saya akan mengagihkan pada jiran terdekat. Biasalah orang kampung tak sah jika tidak dibawa bersama buah tangan untuk anak cucu.
Foto:http://lobaloba.fotopages.com
Mahu makan gulai ikan kering katanya. Akan dilunaskan niat ayah untuk hidangan berbuka esok hari. Pagi nanti saya perlu bangun menyediakan sahur istimewa untuk ayah. Hanya dia sahaja yang tingal kini. Asyik menyebut kerabu dan gulai mak yang sedap. Jadinya saya perlu menunaikan niatnya yang masih kempunan masakan arwah. Walaupun tidak setanding, sebagai anak saya mahu berbakti yang terbaik ketika dia masih ada.
Saya masih risaukan akan bulan puasa yang akan menjelang tiba. Ayah tidak mahu tinggal di sini, memandangkan lebih mudah dan selesa berpuasa di rumah sendiri dan sudah biasa untuk ke masjid awal waktu. Sudah beberapa kali saya memujuk supaya tinggal di sini. Risau juga akan makan dan keperluannya yang lain.
Alhamdulillah sejak arwah tiada ayah lebih berdikari dalam urusan rumah tangga. Saya agak terkejut ketika pulang bercuti beberapa bulan sudah, rumah bersih dan terurus. Inilah perubahan yang nyata. Cuma mungkin ayah tidak ada lagi sesiapa untuk memasak, hanya lauk tomyam, sup dan gulai yang dibeli di kedai.
Menurut adik bongsu mereka sudah tidak ada selera lagi dengan lauk di kedai. Terharu sungguh rasa hati. Mahu cepat rasanya menetap di Kelantan. Apakan daya tanggungjawab dan komitmen masih di sini. Mudah-mudahan Allah memakbulkan doa saya, supaya dapat pulang ke kampung dan mahu menjaga ayah.

Friday, July 10, 2009
Terus berlari mengapai pelangi
Teks: Masayu Ahmad
Malam ini sepatutnya saya hadir sesi aerobik yang sudah saya tinggalkan beberapa minggu sudah. Malam ini mahu berehat barang sekejap untuk re-charge tenaga.
Beberapa bulan yang lalu, saya menerima berita gembira bahawa buku sulung saya sudah dimasukkan di dalam jadual penerbitan. Terbit rasa syukur dalam hati dalam sebuah penantian yang agak panjang juga.
Hari ini saya berkesempatan berjumpa Ashikin (Editor PTS Millenia) dan Ikram (Editor Kanan PTS). Nampaknya saya perlu bersabar sedikit lagi, memandangkan buku tersebut agak ilmiah dan perlu diturunkan indeks kabusnya. Dengan kata lain penulisan saya perlu lebih santai dan terlalu banyak fakta. Saya menerima dengan hati terbuka, memandangkan keterujaan luar biasa yang saya alami dalam menanti kelahiran sulung bayi pertama.
Saya sempat bergurau dengan Ashikin, nampaknya bertukar bidan lagi lah saya. Lama betul bayi dalam kandungan ini mahu keluar. Kami dalam gelak-gelak halus meneruskan sesi perbincangan.
Nampaknya saya dalam keadaan demam dateline, beberapa komitmen sudah saya persetujui. Apa yang pasti dalam perbincangan itu akan disusuli perkara-perkara yang saya sudah menjadi jiwa dan raga. Projek X ini sudah pun bermula. Insya-Allah jika sudah tertulis milik saya, akan pasti menjadi milik saya. Jika belum, harus digandakan usaha lagi.
Saya masih kempunan dengan ayat 'Akan Terbit', ayat penawar yang paling mujarab buat penulis. Saya perlu berlari dan berlari, rehat barang seketika, meneguk air menghilang haus. Insya-Allah hari itu pasti akan hadir.
Subscribe to:
Posts (Atom)