Sunday, September 29, 2013

Mahu sibuk di rumah atau di luar rumah-tetapkan matlamat

Teks: Masayu Ahmad

Assalamualaikum w.b.t salam pagi terhebat salam kasih sayang. Anak-anak sudah pergi, tinggal saya Arissa, mok dan atok. Begitulah rutin seharian, sangat laju masa meninggalkan kita. Masa 24 jam kini rasnaya seperti 1jam sahaja, seminggu seperti sehari. Masa pantas kiamat juga sudah dekat.

Apa model bisnes kita?
Ya ramai yang teruja untuk bekerja di rumah, tetapi dengan perkembangan yang ada mahu sukses, kesibukan kembali berganda, dan kita semakin sibuk dengan urusan bisnes dan perlu banyak pula menghabiskan masa di luar rumah. Hadir seminar, merancang strategi bisnes agar maju.

Model home-based bisnes idea.

Salah satu tugas saya ialah mengumpulkan maklumat bisnes apa yang sesuai bagi para suri yang dari kerjaya luar rumah mahu bekerja di rumah. Katanya mahu menumpukan perhatian kepada keluarga, alih-alih kesibukan melebihi apa yang kita lakukan dahulu. Anak-anak kembali terabai.

Tetapkan matlamat
Itu sebabnya ada banyak model bisnes, usahawan dari rumah ibu bekerja dari rumah ia berbeza dengan usahawan di luar rumah. Namun kadangkala kita sudah terperangkap dan terjerat dengan lambakan maklumat dan idea, sehinggakan kita kembali sibuk.

Sibuk yang fleksibel
Cara dan strategi bisnes adalah sama merangkumi, operasi, pelan perancnagan, pemasaran dan sebagainya. Apa yang berbeza adalah cara perlaksaaan mengikut bidang, bidang makanan tidak sama dengan bidang trading, bidang pakaian tidak sama dengan bidang kecantikan. Kalian perlu tahu dan faham tentang itu. Bekerja juga tidak sama dengan bisnes.

Siapa mentor dan apa pula bidang?

Itu sebab dalam semua jenis bisnes, saya selalu kongsikan apa jenis bidang yang kalian pilih dan siapa pula mentor? Apabila kita hadir banyak seminar bisnes, kita mula melalui fasa lambakan maklumat. Mendengar yang itu hebat, yang ini juta-juta, yang ini bagus. Ya semuanya bagus, tetapi perlu diingat kembali kita perlu bijka menyaring semua idea-idea tersebut berdasarkan apa pula yang sesuai untuk kita. Bisnes A sesuai untuk Z, tidak semestinya bisnes B sesuai untuk Z juga.

Analisa awal itu penting, untuk kita ketahui dan saring idea-idea tersebut dan sesuaikan pula dengan diri kita dan apa perancangan kita. Akibat terlalu banyak lambaka, kita tidak tahu apa fokus. Tetapkan matlamat dan tetapkan fokus!
Itu sebab saya kumpulkan 101 idea home-based bisnes dalam ebook ini.

Ini menghimpunkan 101 idea bisnes yang boleh dijalankan dari rumah. Itu sebab blog ini mengumpul dan memberi panduan bekerja di rumah, bukannya bekerja di luar rumah. Anda perlu fahamkan itu. ;)


Dapatkan naskah kalian di sinihttp://mulabisnesbutik.blogspot.com/

Ok dari beratus-ratus idea itu pula kita buka lagi dan fokus kepada hanya 1 jenis bisnes. Di atas adalah contoh ebook khusus butik online/offline. Dari operasi sehingga pemasaran. Ebook ini sudha boleh dibeli ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Mahu beli klik di sini http://mulabisnesbutik.blogspot.com/


Saturday, September 28, 2013

Saya lebih sukakan jadual fleksibel dan masa fleksibel, walaupun sibuk


1. Boleh share macam mana boleh tercetusnya idea mengajar kelas online asas blog ini?
Ini soalah yang ditanya seorang rakan wartawan di kotak mesej fb.
Bagaimana tercetus idea mengajar kelas online asas blog in?
1. Idea ini tidak muncul dengan sendiri, ia datangnya ilham dari Pemberi rezeki. Sejak bertahun lama selepas mengumpulkan banyak informasi berkaitan bekerja di rumah, memberikan panduan asas dalam bentuk buku dan ebook. Saya terus-terusan didatangi soalan demi soalan. Bagaimana mahu mula? Bagaimana caranya?
Ya, saya menulis merangkumi pelbagai fokus bidang yang boleh diceburi suri rumah berdasarkan informasi suri terdahulu yang sudah berjaya. Ia dikumpulkan dan dikongsi di blog.
Blog adalah titik mula saya mmeperkenalkan diri kepada dunia luar. Walaupun saya orang media dan ada kumpulan sokongan, saya lebih tega bekerja di belakang tabir. Bebas, fleksible dan ia membina sokongan demi sokongan dari suri rumah. Blog juga menyatukan saya dengan ramai sahabat online yang mahu dan masih tercari-cari infiormasi tentang usaha bekerja dari rumah. Terutamanya wanita dan suri rumah. Ia mengambil masa, namun lama-kelamaan blog tersebut menjadi rujukan.

Malah blog juga menjadi latihan dan disiplin saya mengumpul bahan dan disatukan dalam manuskrip. Blog juga menghubungkan saya dengan ramai surirumah dan kemudiannya, mereka pembaca setia dan pembeli buku dan ebook. Alhamdulillah.
Namun saya sedar juga, tidak semua orang diberikan bakat dan peluang menulis. Tetapi blog adalah salah satu cara mudah dan efektif sebagai asas pemasaran bagi memperkenalkan diri. Alhamdulillah.

Kelas online tercetus, kerana saya sebagaimana juga suri yang lain punya masa yang terhad, kerana proses anak-anak yang sedang membesar juga menuntut masa banyak di rumah. Ia juga salah satu faktor mengapa saya sukakan cara fleksibel dan boleh di mana-mana sahaj. Saya tidak suka terikat dengan masa dan komitmen, boleh berlari ke sana ke sini pada masa yang sana, masih boleh memberi peluang dan berkongsi ilmu bermanfaat
2. Apa manfaat kelas asas blog ini kepada suri mahupun bakal suri? 3. Bagaimana ia mampu menjana pendapatan kepada mereka? (Sebab tak ramai yang nampak jalannya)
3. Bagaimana mereka mahu bermula?
4. Suri akan memberi alasan sibuk untuk menulis. Apakah panduan terbaik untuk mereka.
5. Macam Ayu sendiri, sentiasa sibuk menjaga 4 orang anak dalam masa sama penulis bebas dan membuat manuskrip. Bagaimana ayu mengendalikan masa itu? Sempat pula update blog dan fanpage malah kelas online. Kongsi rahsianya.
6. Bagi detail sikit tentang perkembangan kelas ketika ini. jumlah guru pelajar dan pembantu. 
7. Harapan dan impian Ayu untuk kelas dan lain2.

Friday, September 27, 2013

Keluarkan potensi diri

Teks: Masayu Ahmad


Salam kasih sayang Sabtu 28.9.2013. Akhirnya berjaya juga saya kukus pulut agar gebu dan cantik. Dalam banyak perkara, tanak pulut adalah salah satu perkara yang saya belum lulus. Bukan lulus sebenarnya, cuma latihan sahaja kurang. Maksudnya saya pernah tanak pulut tetapi tak menjadi. Mungkin sukatan, api dan sebagainya.

Sejak semalam saya mahu makan pulut ikan kering yang gebu. Nah mudha sahaja rupanya.

Bahan-bahan
1. Setengah kg pulut gred A
2. Beberapa helai daun pandan
3. Garam 1 sudu
4. Minyak dua sudu


Cara buat
1. Rendam pulut 20 hingga 30 minit. Masukkan garam dan biarkan sebentar.
2. Panaskan pengukus. Apabila air sudah mendidih, masukkan pulut yang sudah direndam tadi. Masak anggaran 10 hingga 15 minit.
3. Angkat ambil pulut dan masukkan dalam bekas berasingan. Renjiskan minyak tadi. Gaul dan kacau sebati.
4. Kukus pulut sebentar 5 hingga 10 minit, atau nampak macam sudah gebu dan masak. Jika nampak kering, renjiskan air.  Nah tudia pulut gebu, berminyak dan cantik sekali. Angkat dan hidangkan. 


Punyalah lama saya mencari, rupanya mudah sahaja dong. Semuanya boleh asalkan kita rajin dan buat dan buat semula menggunakan teknik yang betu.

Thursday, September 26, 2013

Jangan samakan matlamat kita dengan matlamat orang lain, ia tidak sama ;)

Teks: Masayu Ahmad

Ya sangat penting matlamat dan kuasa fokus. Seiringkan ia dengan usaha kita. Apabila kita lihat kawan kita maju dengan bisnesnya, aminkan, alhmadulillah. Kita? Kembali dengan fokus dan trek kita. Ia tidak sama, kerana haluan dan cara menggapainya juga berbeza.

Apa fokus saya?
Aroma buku dan membaca kisah-kisah inspirasi membuatkan saya tenggelam dalam duni sendiri. Saya suka begini dan kekal begini. Jadi bagaimana pula mahu menjana pendapatan jika tidak keluar rumah.

Ya, jawapannya lihat dan apa yang kita mahukan dalam kehidupan. Keluar rumah apabila ada keperluan dan menuntut kita untuk menambah dan mencari ilmu baru.

Saya sendiri ada beberapa 'port' urusan di luar rumah. Apabila selesai kembali semula ke rumah. Hal di rumah juga adalah satu amanah. Juga berdasarkan apa yang saya tulis panduan bekerja di rumah wahm, sahm soho.

Produk dan servis digital.

Selepas beberapa tahun ini, saya mencari keserasian kerja dan penulisan saya. Iya, ia lebih serasi, kerana terapi saya apabila bersama dengan buku dan menulis. Jadi saya lebih sukakan suasana fleksibel dan tidak perlu tekanan dari siapa-siapa.

Kelas online
-Kelas ini bermula atasa pertanyaan demi pertanyaan, alhamdulillah, sejak mula diperkenalkan kini sudha bergabung 120 blog dan penyertaannya tetap konsisten setiap hari. Kelas ini membolehkan saya mengajar di mana-mana. Juga dengan pertambahan guru online kebanyakannya adalah suri rumah, memudahkan saya, kerana sebahagian tugas semakin mudah. Saya sudah menurunkan separuh tugasan saya kepada guru online. Alhmadulillah. Sama-sama kita berbagi rezeki. Siapa yang usaha dia yang dapat. Konsepnnya masih fleksibel, memandangkan anak-anak saya masih kecil dan saya masih juga gemarkan suasana santai tanpa hiruk pikuk. Saya hargai apa yang ada sekarang.
Untuk lihat senarai blog yang sudah menyertai dan baca ulasan pelajar terdahulu tentang kelas ini.
http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Pakej ebook.
Lagi 4 cover sedang disiapkan, dan juga masih dengan sasaran satu ebook setiap bulan. Ia bagi memenuhi kehendak pembaca saya kebanyakkan mahukan maklumat baru dan terkini. Sudah tentu ia berasakan bisnes dari rumah. ;)
Kita akan lebih ada banyak pakej ebook dari masa ke semasa. Alhamdulillah. Ebook juga produk digital, ia sangat mudah diuruskan, tidak perlu ruang dan modal. bagi yang mahu menyertai agen jualan hubungi saya di fb.https://www.facebook.com/masayu.ahmad

Iklan online
Ya, berapa banyak kedai online dibuka setiap hari. Jadi memerlukan ruang iklan yang murah dan berterusan. Jadi bagi pelajar yang menyertai akademi boleh juga menyertai sebagai pengurus iklan. Terdapat 4 pakej iklan. Aliran trafik dijana melalui 120 blog, juga dari page wahm sahm soho di sebelah, ia saling membantu. Siapa yang berminat boleh sertai mana-mana kelas online kami ;)
http://sohodirectory.blogspot.com/

Tiga di atas saya bawakan contoh servis dan produk digital. Walau saya di rumah, di luar rumah, ia masih boleh beroperasi seperti biasa. Alhamdulillah.

Kosongkan fikiran-terapi diri

Teks: Masayu Ahmad





Sudah Jumaat di sini, cadangnya mahu tanak pulut dan ikan kering. Sejak semalam lagi, juga mahu cari buah dokong. Pokok dokong belakang rumah belum berbuah lagi. Anak-anak kembali lena usai subuh. Saya? Masih lagi berjuang di depan pc. Alhamdulillah, beberapa cover ebook sedang dibuat.

1. Diari hamil, 35 minggu terindah.
Panduan lengkap kehamilan. Ya, antara ruangan tetap terawal saya di majalah Mingguan Wanita dulu adalah ruangan pengalaman bersalin, kesihatan dan kecantikan. Ini ruangan kesayangan saya, dan banyak mengumpul informasi tentang kehamilan. Saya realisasikannya dalam bentuk ebook padat, bersumberkan bahan sedia ada dan juga pertambahan idea yang baru lagi segar. Ebook ini kelak akan dipadatkan lagi dengan informais lengkap bergambar. Insya-Allah.

2. 44 hari berpantang tradisional dan moden.
Ya, dalam ruangan kesihatan dan kecantikan itu juga saya menjelajah dari satu spa ke spa yang lain. Menemuramah doktor, bidan, ahli farmasi dan juga pakar pemakanan. Jadi saya gabungkan semua idea sedia ada, juga pengalaman bersalin 4 anak, ini sangat membantu. Banyak bahan sejak dulu saya kumpulkan. Ebook ini adalha panduan lengkap berpantang sama ada secara normal, pembedahan, tradisional atau moden.

3. 44 reisipi sihat dan pantang.
Ya, juga gabungan pelbagai resipi warisan dari pelbagai negeri, dan juga resipi moden yang sihat boleh diambil semasa hamil dan juga pelbagai pilihan semasa pantang.

4. Panduan lengkap penjagaan bayi 1 hari hingga 6 bulan. Ini sesuai untuk ibu muda. Insya-Allah.

Sedang disunting.

1. Ebook asas blog dan penulisan.
Melalui ebook ini bonusnya boleh menyiapkan ebook menggunakan teknik blog. Saya sudah menyudahkan lebih 15 manuskrip hanya menggunakan blog. Ia adalah latihan dan disiplin yang bagus untuk orang sibuk. Ebook ini juga adalah ebook rujukan rasmi untuk kelas asas blog dan penulisan.

Sunday, September 22, 2013

Pecahkan tembok kejayaan dalam diri

Teks: Masayu Ahmad
Mula rancang dari sekarang www.janawangdirumah.com

Habis satu naskah buku adik Nik Nur Madihah, ada semasa pertengahan muka surat, air mata saya mengalir tanpa disedari. Setiap satu ayat yang dibaca membawa banyak perngertian. Betapa sebuah kejayaan hakiki akan digengam dengan pengorbanan dan usaha luar biasa. Ia adalah resipi dalam setiap perjuangan yang punya matlamat yang jelas.


Kisah di sebalik tabir

Kejayaan beliau mencapai 20 A dalam SPM SPM 2008.

Ia tidak datang dengan bergolek, ia rangkuman, usaha, doa dan tawakkal. Melihat caranya juga menggunakan apa yang ada. Menyalin kamus, satu demi satu lantaran tidak mahu menyusahkan ibu bapa. Dia juga tidak ke kelas tuisyen, hanya istiqamah fokus di dalam kelas, menggunakan sepenuhnya ruang belajar di perpustakaan. Bersambung pula usaha di rumah dengan jadual fleksibel tetapi dengan penuh disiplin.

Tidak juga kerana itu, sangat dekat dengan pengisian rohasi, solat qiamullail, duha, puasa Isnin dan Khamis. Menjaga tertib sebagai anak, menghormati ibu bapa, guru dan sahabat.

"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya."
(Surah At-Thalaq:2-3)

Keyakinan atas usahanya dibalas, apabila kejayaan sebagai pelajar terbaik 2008 dengan 20 subjek. Bukan itu sahaja, hadiah atas usahanya, mendapat tajaan dari Bank Negara, boleh memilih ke mana sahaja beliau mahu pergi belajar dan belajar apa. Juga hadiah buat ibu bapa sebuah rumah yang lebih sempurna bernilai hadiah oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Juga mendapat tawaran menunaikan umrah, sebagi tetamu Allah.

AllahuAkbar, saya melihatkan perjalanna yang cantik. Dia diuji kesusahan, namun tidak pernah sesekali adik Nik Nor Madihah memperlihatkan dirinya susah, Namun berusaha dengan konsisten dan begitu yakin sekali.

Kelas online masih bersiaran dan pengambila seperti biasa. Kami dari akademi bekerja dari rumah menawarkan dua kelas berikut. Sudah lebih 120 blog menyertai kami, dan pendaftaran adalah setiap hari. Saya dan pasukan masih lagi mengemaskini blog alumni dari masa ke semasa.

Dua kelas berikut.

1. Kelas asas blog dan penulisan

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a.. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum. 
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia


2. Kelas asas blog dan fan page

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adlaah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjayaa yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabaila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
h. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.

Keterangan lanjut boleh baca di sini



Nikmat hidup penuh kebebasan-itulah yang diiginkan semua orang

Teks: Masayu
Sudah sedia mahu mula kerja dari ruma mula dengan naskah ini www.janawangdirumah.com

Burppp... Alhamdulillah, usai mengunyah sisa terakhir azan asar berkumandang. Jelas kedengara kiri dan kanan. Orang lain sudah mahu minum petang, saya baru selesai makan tengahari. Inilah rutinnya, berpagi biasanya saya sudah mengambil makanan berat seperti nasi, susu kambing, jadi ia sampai ke petang barulah terasa lapas. Sudah ambil petang, malam biasanya roti, biskut susu kambing. Kadangkala ada pula  menu petang keropok atau goreng pisang panas.

Mengejar masa
Walau masa fleksibel, banyak di rumah saya masih juga merasakan tidak cukup masa. Hanya keluar untuk penghantaran barang pelanggan sahaja. Kini masih lagi mengagihkan tugas kepada dua pembantu, belum boleh dilepaskan sepenuhnya lagi. Juga arahan mengambil pesanan di web, membungkus dan terus hantar ke syarikat penghantaran. Ia mengambil masa untuk mereka, tetapi tidak mengapa lama-kelamaan akan mudah.

Fleksibel
Saya lebih perlukan masa fleksibel, saya saya mahu sepenuhnya masa berkualiti waktu pagi untuk menulis. Cabaran menyiapkan 30 manuskrip masih lagi belum capai, dan ia masih lagi cabaran gigih untuk saya.
Ketika perjumpaan penulis penerbit grup buku Karangkraf, baru-baru ini, terasakan betapa kerdilnya saya dan usaha saya. Orang lain sedang memecut dengan konsisten sekali, buku demi buku diterbit. Saya? Cepat pula puas hati dengan apa yang ada. Manuskrip yang solid? Itulah yang diperlukan penerbit, tidak ada banyak ubah, tidak ada banyak kesalahan, manuskrip yang disukai pembaca dan pasaran. Juga sudah tentu dengan siap siaga barisan pemasaran online dan offline. Jadi, saya sudah sedia, dan salah satunya akan bermula November ini, akan bersiaran selama 4 kali setiap bulan. Apa dia? Kita tunggu nanti ya.

Fokus
Saya masih fokus dengan penulisan, manuskrip demi manuskrip. Ya, senarai judul buku ada barisan tersusun sehingga 100 judul. Ia akan saya usahakan, satu lagi impian saya melihat rak buku penuh dengan nama buku saya. Itulah impian nyata. Bukan sekadar terpampang di kedai buku, malah di soho saya sendiri. Ia pembakar semangat dan matlamat, kepuasan dengan apa yang sudah saya nikmati dan lalui. Kepuasan lain apabila membaca setia terus membeli setiap naskah yang diterbitkan. Dan ia bermanfaat untuk dunia dan akhirat.

Kelas online
Ya, ia masih lagi berterusan, pendafatran adalah setiap hari. Kelas pertama adalah kelas asas blog dan penulisan. Khusus untuk kalian yang ingin membina jenama sendiri, follower sendiri dan pembaca sendiri. Sangat mudah kini, jika ada komputer dan internet, tetapi sangat rugi tidak mahu memulakan sesuatu, perkenalkan diri kita, perkenalkan jenama atau produk kita. Sebelum pembaca serasi, perkenalkanlah diri dahulu, perkenalkan apabila sudha kenal, barulah pembaca bertukar sebagai pembeli.

Bagi kelas ke dua pula kelas asas blog dan fanpage. Ini bagi kalian yang tidak ada produk, kita sediakan produk. Jika ada produk pun boleh. Cari trafik, belajar buat borang, belajar buat urus niaga pertama.

Sudah sedia untuk mula, boleh hubungi saya di fb ya.https://www.facebook.com/masayu.ahmad

Keterangan lanjut ada di sini baca, catatan pelajar yang sudah menyertai kami: http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin