Teks: Masayu Ahmad
Baca naskah wajib ini www.janawangdirumah.com
Lebih banyak ebook rujukan di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, atas segala nikmat dan rahmat. Alamak beberapa hari juga ya saya tidak menulis. Fokus dan masa sekarang adalah mahu menyiapkan 1 ebook dan 3 naskah untuk penerbit. Sudah lama sebenarnya perlu dihantar sejak Januari yang lepas. Saya susun semula jadual dan mahu simpan tenaga saya untuk manuskrip ini.
Dalam beberapa bulan ini banyak juga untuk penyelarasan semula tugasan. Dan saya tidak mahu sibuk dan banyak menghabiskan masa di luar rumah. Saya mahu saya lebih di rumah. Saya menikmati semua ini. ALhamdulillah.
Anak-anak pulang dari sekolah sudha boleh menikmati hidangan yang mereka mahukan. Tengahari dan petang.
Biasanya sarapan pagi saya berselang seli beli sarapan atau memasak. Cuma masa memasak adalah setengah jam sahaja bermula 11.30 hingga 12 atau 12 hingga 12.30. Tidak boleh terlebih.
Masa pagi saya fokus untuk 10 hingga 20 mukasurat atau 1 hingga 5 bab suntingan manuskrip. Larian sekarang sehingga November saya wajib selesaikan dahulu 10 manuskrip untuk buku.
Tahu dan jelas matlamat
Matlamat saya sangat jelas mahu lebih banyak buku rujukan untuk surirumah yakni mereka boleh baca dan boleh jual. Dan saya mahukan setiap rumah yang menjadi pembaca saya adalah rakan niaga pengedar buku dan ebook saya.
Larian saya sudah bermula sejak awal 2009 dan kini sudah bergabung lebih 1200 blogger. Juga sangat penting pasukan pemasaran online surirumah kini begitu aktif di bawah payung ABDR.
Matlamat yang jelas lagi ialah boleh menjana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Kita mahu membina alm rumah tangga yang kembali kepada fitrah. Kita tidak mahu masa yang sia sia dan usia yang dipersiakan.
Moganya kalian mendapat sesuai apabila datang ke sini. Insya-Allah
No comments:
Post a Comment