Saturday, May 30, 2015

Kebebasan sebenar ;D

Teks:Masayu Ahmad

Alhamdulillah, alhamdulillah, atas segala nikmat dan rahmat.

Terima kasih kerana masih mengunjungi dan selalu ke sini. Jadual pertengahan tahun yang agak padat.

Minggu ini saya masih bertarung untuk menyelesaikan ebook 10 langkah bina kedai online. Kemudian selesaikan 3 manuskrip untuk penerbit. Agak lambat saya menyelesaikan. Bersilih ganti Ammar masuk wad dan juga kesihatan ayahand mertua yang saban hari semakin uzur.

Suka duka, sedih, kecewa, gembira itulah lumrah perjalanan kita semua.

Moga kita diberi kesempatan kesihatan, kudrat, masa yang bermanfaat.

Alhamdulillah ;)

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin