Tuesday, May 19, 2015

Asas blog dan penulisan

Whoopeee Gembiranya. Itulah perasaan pertama yang dapat saya gambarkan apabila berjaya mendapatkan Ebook pertama saya dari Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Pada ketika itu jumlah peserta menganggotai ABDR adalah 1000 dan sentiasa berkembang. Bermakna  ABDR sudah lama bertapak di arena per'blog'an dan sudah banyak memberi tunjuk ajar kepada para suri dan kami juga mempunyai peserta dari para jejaka juga yang ingin menceburi dunia blogging.

Pada ketika itu saya mengambil pakej Kelas Asas Blog dan Fanpage Niaga (mula berniaga di atas talian). Bonus apabila menyertai kelas online ini, setiap peserta akan diberikan beberapa e-book secara percuma mengikut pakej yang dipilih termasuklah Ebook Belajar Asas Blog. Ebook ini adalah rujukan wajib bagi peserta yang menyertai kelas online asas blog anjuran Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR).

Pertama kali saya baca intipati ebook ini untuk sepintas lalu, saya rasakan inilah buku panduan yang saya cari selama ini. Saya rasa sangat teruja dan semangat berkobar-kobar untuk tahu apakah isi kandungannya. Pada masa yang sama, saya diserapkan ke dalam group sokongan dan memulakan sesi tutorial dalam kelas online asas blog secara lintas lansung. Tugasan pertama kelas adalah untuk membaca ebook ini dan khatam sekali. Maka saya membaca ebook ABDR berkali-kali. Ebook ini yang Mengandungi 99 halaman mukasurat. 

Apa yang menarik tentang ebook Belajar Asas Blog ini?

Saya suka dengan cara penyampaian ebook ini diolah. Penulisnya iaitu Pn Masayu Ahmad (pengasas ABDR) berjaya menyampaikan mesej atau panduan langkah demi langkah belajar asas blog dengan gaya bahasa dan penulisan beliau yang tersendiri. Kandungan ebook sangat padat dengan penjelasan dan contoh kajian kes sebenar. Teknik penulisan yang didedahkan dalam ebook ini juga adalah berdasarkan pengalaman penulis dalam dunia penulisan dan sudah tentunya fokus untuk menjana pendapatan dari rumah dengan hanya menggunakan platform blog dan fanpage di facebook.

Melalui ebook ini, pembaca akan didedahkan dengan:
  • Perkara asas dalam pembinaan blog dan penjenamaan diri
  • Langkah demi langkah bina blog 
  • Jenis entri penulisan
  • Teknik penulisan berpengaruh
  • Tips blog berpengaruh
  • Tips penulisan
  • Motivasi dalam penulisan
  • Perkara asas dalam suntingan
  • Bonus: Teknik menulis ebook pertama
Jadikan ebook Belajar Asas Blog ini sebagai buku panduan atau rujukan untuk anda membina blog. Prospek blog amat luas sekiranya anda bercadang untuk menjana pendapatan dari rumah. Penjenamaan diri dan blog yang berpengaruh mampu menarik lebih ramai khalayak iaitu pembaca dan bakal pelanggan anda. Bagi yang ingin memulakan perniagaan online, blog adalah perkara wajib yang perlu ada selepas anda mengenalpasti produk atau perkhidmatan yang anda ingin tawarkan. 

Secara ringkasnya, ebook Belajar Asas Blog ini merupakan satu rujukan yang lengkap dan praktikal bagi semua yang ingin membina blog dan seterusnya mengembangkan potensi, kepakaran dan pengalaman melalui penulisan blog dan fanpage niaga. Dengan membaca ebook ini juga akan menambah keyakinan kita untuk menjana pendapatan hanya dari rumah menggunakan platform blog yang telah dibina.

Pastikan ebook Belajar Asas Blog ini menjadi sebahagian daripada koleksi bacaan anda dan sudah tentunya praktikkan teknik yang terkandung dalam ebook ini. Sebagai contoh, saya telah berjaya hasilkan blog saya sendiri (WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah)melalui teknik yang telah didedahkan dalam ebook ini. 

Anda tertarik untuk menyertai kami sebagai peserta di dalam komuniti Akademi Bekerja Dari Rumah, sila hubungi saya untuk maklumat dan langkah-langkah seterusnya. 

Farahzety Hanaffi - 011.1507 8145

Sumber: http://farahzetyhanaffi.blogspot.com/2015/05/ulasan-ebook-asas-blog.html

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin