Monday, May 11, 2015

Terlalu banyak idea sampai satu pun tak ada hasil

Teks: Masayu Ahmad
Baca naskah wajib www.janawangdirumah.com

Simpan tenaga dan FOKUS kepada perkara yang memberi hasil.
Terlalu banyak idea sehingga berterabur dan tidak ada hasil.
Kita akan faham selepas kita betul-betul 'selami' dan 'tenggelam' dengan apa yang kita usahakan.
Contoh mahu masuk laut, tetapi kita hanya mundar mandir gigi pantai sahaja.
Selamat pagi berjuang untuk satu hari lagi. Insya-Allah.
Selesai nasi berlauk gulai lemak kuning. Ammar mandi dan wangi, lena semua dalam buai. Kakak sudah berpergian bersama ayah.
Ibu boleh meneruskan tugasan dengan lapang hati.
Segala puji hanya bagi ALlah yang memudahkan segala urusan.
Ketenangan tidak dapat dibeli tetapi ia sangat mahal apabila kita menikmati masa lapang berpagi yang nikmat.
Alhamdulillah.

Terima kasih kalian kerana masih sudi dan singgah di sana. Saya menjadi tidak keruan dan serba salah apabila tetamu yang datang tidak dijamu dengan hidangan.

Satu nikmat paling mahal sekarang ini urusan anak-anak sudah kembali semula mengikut apa yang saya mahukan. Mohon doa kalian agar saya mampu fokus dan menyeleaikan manuskrip dan terbit dengan mudah sekali.

Cabaran menjadikan kita lebih kuat lebih bersemangat. Buatlah perkara yang kita gembira, dan ia menjadikan kita terus bermotivasi.

Sehingga hari ini saya sendiri tidak percaya dapat mengumpulkan lebi seribu blogger di bawah naungan ABDR. Terima kasih atas kepercayaan kalian yang mendaftar dan bersatu dalam bumbung kumpulan sokongan surirumah.

Saya masih lagi berada dalam trek 100 manuskrip. Saya mula, saya buat, saya selesaikan.


1 comment:

ummul azkee said...

sama-sama fokus untuk capai impian masing2..insyallah...

blogwalking dr housewifearts.blogspot.com

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin