Monday, May 4, 2015

Hadiah dari syurga

Teks: Masayu Ahmad
www.akademibekerjadirumah.com/shop

Alhamdulillah segla puji bagi Allah, Tuhan sekalian makhluk.

Banyak kali saya berfikir adakah wajar untuk saya berkongsi. Tujuan berkongsi bukan menagih simpati sebenarnya. Tetapi saya mahu tukar cara kita apabila berdepan dengan sesuatu perkara kita cepat berkeluh kesah dan mengalah.

Seringkali menerjah di dalam fikiran saya, inilah caranya Allah melatih saya. Kebebasan bekerja walau apa sahaja situasi dan keadaan. Kerana masalah adalah satu peluang untuk kita kenal potensi diri.

Minggu yang tenang

Saya ada berkongsi di facebook perihal Ammar. Terima kasih atas doa kalian, terima kasih atas keprihatinan kalian. Alhamdulillah, sebetulnya saya bertuah kerana diberi peluang Allah merasai situasi ini. Sebenarnya ia kekal rahsia.

Tetapi memandangkan banyak email yang mengadu masalah, jadi saya mahu kalian melihat masalah tersebut dari segi peluang dan ruang Allah ciptakan.

Tertarik satu slot rancangan TV9 tentang suami sebagai sura rumah dan isteri sebagai pencari nafkah. Kembali kita kepada fitrah, iaiti fitrah kita sebagai isteri. Dan satu kelebihan untuk era kini adalah kita masih berada di mana sahaja mampu menjana pendapatan.

Pun begitu saya ingin mengingatkan kembali tujuan kita kembali di rumah. Adakah kita kembali sibuk sehingga megabaikan anak-anak. Adakah kita kembali sibuk di jalanan lantaran fokus bisnes kita dan mengembangkan perniagaan.

Dunia semakin menghampiri penamat.

Kita sudah tidak ada banyak masa untuk berkeluh kesah. Segera selesaikan dan simpan sebanyak bekalan untuk hari pengadilan.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin