Wednesday, November 12, 2014

Titis hujan menyapa kembali



Muzik alam sudah beralun indah. Titis hujan dari langit Tuhan Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ibu dakap erat anakanda sambil jejari pantas menekan aksara. Enak waktu dingin begini menatap layar putih di depan dengan iring doa agar manuskrip ini juga dipermudahkan.
Bunyi pinggan berlaga di dapur, juga curahan air singki dapur kasih sayang bonda mertua. Hujung minggu datang lagi kita bercanda ria di rumah kesayangan nenda. Ia sudah melepasi tiga generasi, namun ia tidak betahsuasa indah jeritan kasih anak-anak yang kian membesar merentas masa.
Ibu di sini, alhamdulillah menikmati nikmat Tuhan tiada sempadan. Jika dulu kita hanya berenam, kini kita sudah bersembilan ditambah atok dan mok. Gelak ria mok dan atok memecah sunyi riuh pagi. Keletah anakanda Ammar dan Arissa suda tentu pemecah harmoni ketika usia senja mok dan atuk semakin menutup tirai.
Alhamdulillah.
Sudah tentu tika ini ibu rindu sekali akan sayur lemak pucuk niding masakan arwah mek. Sudah tentu ibu terbayang sekali enaknya gulai lemak ikan dimakan bersama nasi panas. Juga melintas rakaman memori ketika ibu masih anak-anak kecil sebagaiman Arif dan Hakim, gembira ria bermain hujan. Berlai ke sana ke mari di kawasan kejiranan kampung. Bermain hujan dan berebut air hujan berkumpul dan jatuh melalui corong zink.
Pernah satu ketika, ibu bersama mokni ke pantai ketika musim bah begini. Membawa payung dan melawan angin deras musim tengkujuh. Ia memang berbahaya sekiranya tok ayah tahu. Tetapi kami gembira menolak angin deras itu dengan payung hitam
Memori itu indah, memori itu tersemat pada layar minda yang bersilih ganti umpama kotak tv masa silam.
Travelog suri, nota motivasi
13.11.014
http://naufalsayang.blogspot.com/
MasayuAhmad.com
13.11.014

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin