Wednesday, November 12, 2014

Melangkah gagah

Teks: Masayu Ahmad

Baca naskah wajib ini dahulu www.janawangdirumah.com


Saya sudah 10 bulan ;)

Terus melangkah gagah, melangkah gagah kerana kita tahu apa matlamat yang ingin kita capai. Melangkah gagah saat kita kecewa. Kecewa itu adalah perkara lumrah, kerana kita perlu akur dengan qada dan qadar. Kecewa tidak boleh lama kerana sikap putus asa itu sendiri menyebabkan kita membakar minda kita dengan perkara negatif

Saya juga pernah kecewa apabila manuskrip tidak dipandang, saya juga pernah kecewa kerana manuskrip tidak mendapat tempat. Kerana itulah satu cerminan bahawa usaha saya itu masih tidak seberapa. Saya pusing ke depan dengan tidak meletak harapan, tetapi bekerjalah seorang saya boleh mencapai harapan itu dengan usaha luar biasa bukan biasa-biasa.

Kecewa itu adalah biasa. Jika ada yang meganggap saya ini tidak pernah kecewa, mestilah saya mengiyakan saya pernah kecewa. Acapkali saya kecewa, saya cermin diri, siapalah saya untuk kecewa sedangkan usaha saya baru satu tangga.

Inspirasai setiap hari

Begitu semangat saya hari ini, adalah kerana mempunyai pendamping yang baik seperti en.suami. Dialah pemberi semangat luar biasa. Walaupun kadangkala apabila berbincang saya ini suka mendominasi, tetapi saya memang akur en.suamilah memberi semangat paling ampuh ketika saya menelelofon saya mahu berhenti kerja.

"Berhenti ler."

Itulah ayat yang keluar dari mulutnya. Maka saya memandu girang pada hari tersebut, melalui jalan pulang dengan deraian air mata. Memandu jalan pulang itulah jalan akhir saya memandu sebagai pekerja. Dan sebagaimana selalu seperti nasihat ketua saya ketika di Karangkraf, ketika berhenti kerja, jumpa majikan dan berterima kasih.

Terima kasih kerana memberi peluang, terima kasih kerana memberi peluang untuk menimba pengalaman. Waima kita sangat gembira, kita perlu sedar tempat kita mula berjuang dan tempat kita mula belajar dunia pekerjaaan.

Tempat kerja ke dua saya adalah Amanah Ikhtiar Malaysia. Dua tempat ini meninggalkan banyak pengalaman.

Saya berhenti kerana anak-anak begitu mendominasi keputusan saya. ;)Baca lagi di sini ya www.janawangdirumah.com





No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin