Assalamualaikum w.b.t
Hujan dan warna alam. Ia mengujakan saya, apabila gajet moden menghala terus pemandangan hijau kurnian Tuhan. Titip hujan itu sendiri hadir seolah memberikan perasaan mendamaikan. Kiri dan kana tugasan. Ia tidak terasa beban kerana ia adalah minat saya. Sandaran kiri dan kanan juga adalah anak-anak yang sedang berada dalam proses membesar. Saya suka keadaan begini dan dalam masa yang berlumba, saya perlu mencipta ruang kreatif agar semua mendapat keseimbangan.
Leka menulis, saya akan disapa kiri dan kanan.
"Ibu perut saya lapar. Sudah lah ibu."
"Ibu, kita nak makan apa petang ini."
Minggu ini masa saya agak keras kerana mengerjakan apa yang saya idamkan selama ini. Tinggal satu tangga sahaja lagi, ya satu tangga sahaja lagi. Saya perlu tegar menyegerakan dan buat sehabis baik. Jika peluang kali ini saya tidak sambut dengan baik, maka saya lupakan dengan impian dan minat menggunung sejak dari mula saya di sini. Inilah masanya, masanya saya menyudahkan 30 peratus sahaja lagi apa yang saya impikan. Allahu Allah.
Keadaan kadangkala agak menghimpit Saya kembali dengan nota susunan tugasa. Betapa cantik aturan Allah. Kita meminta dan bersabar, kita bermohon dan berusaha. Juga ia selang seli dengan keadaan pembesaran keluarga. Tempoh masa usia amat terhad. Moganya apa yang kita lakukan kini menjadi manfaat apabila sudah tiba masa untuk dipanggail.
Saya mahu tidur awal dan esok pagi dalam keadaan bugar menyambung lagi perjuangan 200 mukasurat. Sikit sahaja lagi Masayu Ahmad. Inilah masa yang sudah lama saya nantikan.:)
Oh ya pendaftaran kelas online masih berlangsung seperti biasa. Pendaftaran dibuka setiap hari dan kita ABDR sudah menghampiri 1000 ahli. Insya-Allah
No comments:
Post a Comment