Sunday, November 30, 2014

Sasaran pendapatan perlu realistik jika mahu jadi WAHM

Teks: Masayu Ahmad

Baca naskah wajib ini www.janawangdirumah.com

Alhamdulillah hari pertama November, saya mengimbangi semula masa di rumah. Bulan Disember untuk tahun ini adalah persediaan saya untuk 2015. Menyusun semula jadual anak-anak. Insya-Allah lebih fokus untuk saya terutama abang Hakim yang agak ada penurunan untuk akademik.

Hakim bakal memulakan sesi kelas hafazan sebelah malam. Begitu juga Hakim dan Arif. Saya perlu konsisten memulakan semula memasak awal pagi untuk sarapan dan tengahari. Memandangkan mertua kelihatan semakin uzur, dan saya wajar untuk tidak benarkan dia sama sekali untuk memasak.

Ammar juga saya tidak lagi hantar kepada pengasuh, cuma saya sedang mengintai calon yang sesuai untuk mengasuh Ammar, jam 3 hingga 6 sahaja setiap hari. Biasanya waktu puncak pagi saya perlu serius untuk memberi tumpuan kepada anak-anak, begitu juga sebelah petang.

Abang Hakim masih di kem cuti sekolah untuk 10 hari, kemudian bersambung untuk 'sunat' bersama dengan Arif.

Untuk tahun hadapan perubahan jadual belajar anak-anak berubah 360 darjah dan ia menjadikan jadual saya juga perlu bertukar. 20 mukasurat setiap hari perlu saya selesai sebelum anak-anak bangun. Fokusnya pada anak-anak, untuk urusan bisnes adalah 3 hingga 6 petang, malam waktu dinihari adalah masa untuk menulis, urusan yang lain berselang seli. Begitulah cantiknya bekerja dari rumah, kita perlu tahu yang mana utama dan perlu diberi keutamaan.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin