Sunday, November 30, 2014

Sasaran pendapatan perlu realistik jika mahu jadi WAHM

Teks: Masayu Ahmad

Baca naskah wajib ini www.janawangdirumah.com

Alhamdulillah hari pertama November, saya mengimbangi semula masa di rumah. Bulan Disember untuk tahun ini adalah persediaan saya untuk 2015. Menyusun semula jadual anak-anak. Insya-Allah lebih fokus untuk saya terutama abang Hakim yang agak ada penurunan untuk akademik.

Hakim bakal memulakan sesi kelas hafazan sebelah malam. Begitu juga Hakim dan Arif. Saya perlu konsisten memulakan semula memasak awal pagi untuk sarapan dan tengahari. Memandangkan mertua kelihatan semakin uzur, dan saya wajar untuk tidak benarkan dia sama sekali untuk memasak.

Ammar juga saya tidak lagi hantar kepada pengasuh, cuma saya sedang mengintai calon yang sesuai untuk mengasuh Ammar, jam 3 hingga 6 sahaja setiap hari. Biasanya waktu puncak pagi saya perlu serius untuk memberi tumpuan kepada anak-anak, begitu juga sebelah petang.

Abang Hakim masih di kem cuti sekolah untuk 10 hari, kemudian bersambung untuk 'sunat' bersama dengan Arif.

Untuk tahun hadapan perubahan jadual belajar anak-anak berubah 360 darjah dan ia menjadikan jadual saya juga perlu bertukar. 20 mukasurat setiap hari perlu saya selesai sebelum anak-anak bangun. Fokusnya pada anak-anak, untuk urusan bisnes adalah 3 hingga 6 petang, malam waktu dinihari adalah masa untuk menulis, urusan yang lain berselang seli. Begitulah cantiknya bekerja dari rumah, kita perlu tahu yang mana utama dan perlu diberi keutamaan.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah

Teks: Masayu Ahmad

www.janawangdirumah.com

Lama sungguh saya tidak menulis di sini. Apa khabar kalian, hendaknya sentiasa berada dalam rahmat Allah. Alhamdulillah. Bermula 17 dan 18.11.2014 berderet perkara-perkara penting untuk 2015 perlu saya lunas.

Antaranya pertemuan perbincangan bersama Grup Buku Karangkraf Sdn.Bhd, lama saya nantikan situasi ini. Allah perkenankan jua doanya. Antara perbincangan adalah mahu lebih banyak judul diterbitkan dan saya berikan 10 judul utama dari sebahagian 100 judul yang sudah saya susun dan saya rancang.

Cetakan Kedua Jana RM Edisi Kemaskini

Buku pertama saya Jana RM Dari Rumah akan terbit cetakan kedua edisi kemaskini, iaitu ada pertambahan mukasurat. Juga muka depan atau cover buku akan diberi nafas baru.

Saya juga sedang menyiapkan judul Mula Bisnes Tanpa Modal, bahan penulisan sememangnya sudah ada, tinggal lagi saya perlu mengikut tarikh akhir sebagaimana sudah saya sasarkan.


Saturday, November 15, 2014

Orang berjaya orang yang tidak putus asa

Sudah siap donut gebu, kali pertama buat. Rupa tak ada, rasa insya-ALlah rasa ada hehe.
Kisah donut dan roti goreng. Berpagi ketika dinihari, saya bangun. Aroma makanan goreng sudah berlegar, dan saya tahu mek sudah bangun lebih awal.
Usai mandi dan bersiap, mek sudah pun selesai menyiapkan donut, roti goreng untuk diletak 4 kedai makan. Terdapat 4 bungkusan, setiap satu bungkusan tidak sama kuantiti.
Maka berbasikal saya dinihari membawa kuih muih itu ke kedai mok doh tok mek nik, mok doh bulat, kedai mok cik mek. Paling jauh (tak jauh mana pun) kedai mok cik mek, kedudukannya di tepi sungai yang menghala ke pantai.
Suasana pagi memang nyaman. Lokasi akhir adalah kedai makan mok doh bulat. Tetapi paling syok habis tentulah nasi berlauknya yang dibungkus dengan daun pisang. Biasanya kalau budak-budak dua puluh sen sahaja, banyak sikit 30 sen, paling banyak 50 sen. Saya tentu hadiahkan untuk diri sendiri 50 sen hehe.
Balik rumah menikmati sarapan kemudian berpagi dalam gelap juga, bungkusan terakhir kantin sekolah. Kadang-kadang mek buat karipap. Saya suka karipap versi ini dan kini saya panggil karipap kampung. Isi ubi stelo yang dimasak bersama rempah itulah membuatkan hati tak sabar mahu makan.
Kenangan itu indah, kenangan itu sentiasa membawa diri saya ke dunia masa hadapan dan masih mengenal asal-usul.
Saya suka suasana berpagi kabus ke sekolah. Perasaannya rasa indah dan nyaman.
Travelog suri, nota motivasi
15.11.2014
Kalau kita lihat 4 lokasi atas kita boleh buat contoh semula. Jika kita membuat kuih, kita pilih 10 lokasi terdekat untuk kita letak. Dan pastikan berapa jumlah yang kita tolak bahagian untuk tuan kedai, dan berapa jumlah bersih kita dapat. Sangat penting kiraan ini, waima menjual juih sahaja sebenarnya suri boleh fokus. Iaitu mengambil kira
-apa kemahiran yang kita ada.
-apa yang ada di dapur
-apa yang boleh kita maksimakan dengan permulaan bisnes kecil bermula di dapur.
-mulakan dari yang ini
Dengan matlamat, guna apa yang ada, modal yang minima.
Kami rai hari baru setiap hari. Selamat datang pelajar-pelajar baru November bergabung dengan kami, bakal 1000 ahli insya-Allah.
Pendaftaran kelas online dan offline setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas mula bisnes online.
3. Kelas penulisan ebook pertama.
4. Kelas beriklan mudah.my guru Zaila Mohamad
5 Kelas wordpress guru Azura Abdullah
6. Kelas akaun hubungi Aishah Hussein
7. Daftar dropship makanan hubungi Anys Idayu Zakaria
8. Belajar bisnes borong telekung solat hubungi Mie Normi
9. Pendaftaran rakan niaga ABDR Wani Mn Norazizah Sudin Netty Ah Hiyer
10. Kelas penulisan kreatif hubungi Monalita Mansor Mazlia Murat
20 kelas secara online, kelas fleksibel dan boleh belajar dari lokasi kalian tanpa perlu hadir ke kelas.
www.akademibekerjadirumah.com
www.janawangdirumah.com
www.masayuahmad.com

Thursday, November 13, 2014

Hujan dan inspirasi


Assalamualaikum w.b.t

Hujan dan warna alam. Ia mengujakan saya, apabila gajet moden menghala terus pemandangan hijau kurnian Tuhan. Titip hujan itu sendiri hadir seolah memberikan perasaan mendamaikan. Kiri dan kana tugasan. Ia tidak terasa beban kerana ia adalah minat saya. Sandaran kiri dan kanan juga adalah anak-anak yang sedang berada dalam proses membesar. Saya suka keadaan begini dan dalam masa yang berlumba, saya perlu mencipta ruang kreatif agar semua mendapat keseimbangan.

Leka menulis, saya akan disapa kiri dan kanan.

"Ibu perut saya lapar. Sudah lah ibu."

"Ibu, kita nak makan apa petang ini."

Minggu ini masa saya agak keras kerana mengerjakan apa yang saya idamkan selama ini. Tinggal satu tangga sahaja lagi, ya satu tangga sahaja lagi. Saya perlu tegar menyegerakan dan buat sehabis baik. Jika peluang kali ini saya tidak sambut dengan baik, maka saya lupakan dengan impian dan minat menggunung sejak dari mula saya di sini. Inilah masanya, masanya saya menyudahkan 30 peratus sahaja lagi apa yang saya impikan. Allahu Allah.

Keadaan kadangkala agak menghimpit Saya kembali dengan nota susunan tugasa. Betapa cantik aturan Allah. Kita meminta dan bersabar, kita bermohon dan berusaha. Juga ia selang seli dengan keadaan pembesaran keluarga. Tempoh masa usia amat terhad. Moganya apa yang kita lakukan kini menjadi manfaat apabila sudah tiba masa untuk dipanggail.

Saya mahu tidur awal dan esok pagi dalam keadaan bugar menyambung lagi perjuangan 200 mukasurat. Sikit sahaja lagi Masayu Ahmad. Inilah masa yang sudah lama saya nantikan.:)

Oh ya pendaftaran kelas online masih berlangsung seperti biasa. Pendaftaran dibuka setiap hari dan kita ABDR sudah menghampiri 1000 ahli. Insya-Allah


Puan Noraini Dollah ini salah seorang peserta yang menyertai kelas asas blog dan penulisan. Bagi kalian yang berminat boleh mendaftar ya ;) Salah satu matlamat kelas ini adalah membina trafik dan menukar trafik kepada pembeli. Insya-Allah.


Wednesday, November 12, 2014

Titis hujan menyapa kembali



Muzik alam sudah beralun indah. Titis hujan dari langit Tuhan Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ibu dakap erat anakanda sambil jejari pantas menekan aksara. Enak waktu dingin begini menatap layar putih di depan dengan iring doa agar manuskrip ini juga dipermudahkan.
Bunyi pinggan berlaga di dapur, juga curahan air singki dapur kasih sayang bonda mertua. Hujung minggu datang lagi kita bercanda ria di rumah kesayangan nenda. Ia sudah melepasi tiga generasi, namun ia tidak betahsuasa indah jeritan kasih anak-anak yang kian membesar merentas masa.
Ibu di sini, alhamdulillah menikmati nikmat Tuhan tiada sempadan. Jika dulu kita hanya berenam, kini kita sudah bersembilan ditambah atok dan mok. Gelak ria mok dan atok memecah sunyi riuh pagi. Keletah anakanda Ammar dan Arissa suda tentu pemecah harmoni ketika usia senja mok dan atuk semakin menutup tirai.
Alhamdulillah.
Sudah tentu tika ini ibu rindu sekali akan sayur lemak pucuk niding masakan arwah mek. Sudah tentu ibu terbayang sekali enaknya gulai lemak ikan dimakan bersama nasi panas. Juga melintas rakaman memori ketika ibu masih anak-anak kecil sebagaiman Arif dan Hakim, gembira ria bermain hujan. Berlai ke sana ke mari di kawasan kejiranan kampung. Bermain hujan dan berebut air hujan berkumpul dan jatuh melalui corong zink.
Pernah satu ketika, ibu bersama mokni ke pantai ketika musim bah begini. Membawa payung dan melawan angin deras musim tengkujuh. Ia memang berbahaya sekiranya tok ayah tahu. Tetapi kami gembira menolak angin deras itu dengan payung hitam
Memori itu indah, memori itu tersemat pada layar minda yang bersilih ganti umpama kotak tv masa silam.
Travelog suri, nota motivasi
13.11.014
http://naufalsayang.blogspot.com/
MasayuAhmad.com
13.11.014

Ulama Malaysia jumpa imam Mahadi

http://penduduksungaipetani.blogspot.com/2014/11/ulama-malaysia-mimpi-jumpa-imam-mahdi.html#comment-form

Paklong telah mendapat makluman daripada seorang sahabat saya, beliau ini memang rajin, kuat mengaji dengan ramai Tok-tok Guru terutamanya di pondok serta pusat pengajian tradisional di bahagian utara dan pantai timur tanah air. Pelbagai pusat pengajian dihadirinya, namun beberapa minggu lepas suatu kisah diceritakan oleh salah seorang guru beliau menyatakan bahawa beliau bermimpikan Imam Mahdi ra.

http://penduduksungaipetani.blogspot.com/2014/11/ulama-malaysia-mimpi-jumpa-imam-mahdi.html#comment-form

Melangkah gagah

Teks: Masayu Ahmad

Baca naskah wajib ini dahulu www.janawangdirumah.com


Saya sudah 10 bulan ;)

Terus melangkah gagah, melangkah gagah kerana kita tahu apa matlamat yang ingin kita capai. Melangkah gagah saat kita kecewa. Kecewa itu adalah perkara lumrah, kerana kita perlu akur dengan qada dan qadar. Kecewa tidak boleh lama kerana sikap putus asa itu sendiri menyebabkan kita membakar minda kita dengan perkara negatif

Saya juga pernah kecewa apabila manuskrip tidak dipandang, saya juga pernah kecewa kerana manuskrip tidak mendapat tempat. Kerana itulah satu cerminan bahawa usaha saya itu masih tidak seberapa. Saya pusing ke depan dengan tidak meletak harapan, tetapi bekerjalah seorang saya boleh mencapai harapan itu dengan usaha luar biasa bukan biasa-biasa.

Kecewa itu adalah biasa. Jika ada yang meganggap saya ini tidak pernah kecewa, mestilah saya mengiyakan saya pernah kecewa. Acapkali saya kecewa, saya cermin diri, siapalah saya untuk kecewa sedangkan usaha saya baru satu tangga.

Inspirasai setiap hari

Begitu semangat saya hari ini, adalah kerana mempunyai pendamping yang baik seperti en.suami. Dialah pemberi semangat luar biasa. Walaupun kadangkala apabila berbincang saya ini suka mendominasi, tetapi saya memang akur en.suamilah memberi semangat paling ampuh ketika saya menelelofon saya mahu berhenti kerja.

"Berhenti ler."

Itulah ayat yang keluar dari mulutnya. Maka saya memandu girang pada hari tersebut, melalui jalan pulang dengan deraian air mata. Memandu jalan pulang itulah jalan akhir saya memandu sebagai pekerja. Dan sebagaimana selalu seperti nasihat ketua saya ketika di Karangkraf, ketika berhenti kerja, jumpa majikan dan berterima kasih.

Terima kasih kerana memberi peluang, terima kasih kerana memberi peluang untuk menimba pengalaman. Waima kita sangat gembira, kita perlu sedar tempat kita mula berjuang dan tempat kita mula belajar dunia pekerjaaan.

Tempat kerja ke dua saya adalah Amanah Ikhtiar Malaysia. Dua tempat ini meninggalkan banyak pengalaman.

Saya berhenti kerana anak-anak begitu mendominasi keputusan saya. ;)Baca lagi di sini ya www.janawangdirumah.com





Tuesday, November 11, 2014

Menjentik rasa

Teks: Masayu Ahmad

Lagi dua bulan Ammar menginjak setahun sekarang sudah usia 10 bulan. Allahu Allah cepat masa merentas tanpa kita sedar.

Sekarang sangat banyak omelannya, dadadda. bababbaa. tatatattata, celik mata lihat mata mungil Ammar, menarik ibu untuk kembali melayannya.

Hari cuti begini akan kedengaran lagi.

"Hari ini sarapan apa."

"Apa masakan yang sedap hari ini, ibu."

"Kita makan apa."

Makan, makan, makan. Itulah kan anak-anak. Kalau cuti sekolah macam terenjat elektrik juga. Baru selesai menu pagi perlu terus jalan masak menu tengahari. Sudah mahu duduk, anak-anak sudah mengosok perut kelaparan. Adeh, kadangkala itulah rutin. Kita jemu, tetapi anak-anak tidak jemu merasai masakan ibu. Jangan jemu ibu, nanti kita teringat-ingat apabila usia tua.

Biasanya saya terus masak sekaligus pagi dan tengahari. Pagi ada juga membeli siap dibungkus. Kiri dan kanak jalan sangat banyak menu nasi berlauk. Biasanya memang banyak pilihan, nasi berlauk ikan, nasi kerabu, sate dan nasi himpit. nasi itik, serati, daging bakar, dan macam-macam aneka kuih.

Jika di Kuala Lumpur saya hanya ada pilihan makcik nasi kerabu. Bagi kalian yang selalu baca sejak dari dahulu blog ini mesti masih teringat kisah nasi kerabu.

Saya sekarang ini sedang siapkan manuskrip Mula Bisnes Tanpa Modal, perlu berlari untuk 200 mukasurat.

Bila mahu bersedia? Sekarang!

SatuIslam.com, Kairo – Mantan Mufti Mesir Dr. Ali Gomaa dalam sebuah acara televisi menyatakan bahwa ada tiga pertanda dimulainya kiamat besar, dan semua pertanda itu sekarang sudah tampak dan terjadi.
Sebagaimana dilaporkan oleh berbagai media Arab, termasuk Albadee.net, Sabtu (1/10), Ali Gomaa mengatakan bahwa pertanda pertama ialah kekeringan di daerah Nakhl Baisan di Syam (Palestina) yang diduduki Israel, pertanda kedua ialah surutnya Danau Tiberias.
Menurut Gomaa, Danau Tiberias telah surut hingga batas yang mengancam kaum Zionis Israel dengan bencana “kehausan” sehingga mereka berusaha masuk ke wilayah Lebanon selatan untuk membuat waduk dari air Sungai Litani yang terletak di Lembah Bekaa, Lebanon selatan.
Sedangkan pertanda ketiga, lanjut Gomaa, ialah surutnya mata air Zaghar yang terletak di sebuah desa di dekat Laut Mati di Jordania. Menurut Gomaa, mata air itu sekarang sudah menyurut.
Mengenai berbagai terjadinya kiamat kecil, mantan mufti Mesir ini juga mengatakan bahwa semua pertanda itu berkenaan dengan merebaknya mafsadat atau kerusakan di muka bumi, yakni sesuatu yang buruk dan bejat namun diterima dan di anggap sebagai sesuatu yang lumrah di tengah umat manusia

http://satuislam.com/mantan-mufti-mesir-tiga-pertanda-kiamat-besar-sudah-tampak/

Monday, November 10, 2014

10 sebab mahu bisnes online

Teks: Masayu Ahmad


1. Boleh mula bila-bila masa.

Sangat penting apabila kita mahu memulakan bisnes kita perlu tahu bilakah masa yang sesuai untuk bermula. Bisnes offline ataupun mempunyai kedai fizikal adalah lebih banyak perancangan yang perlu dibuat. Ini kerana ia melibatkan kos yang besar berdasarkan apa jenis model bisnes yang kita pilih. Bisnes online kita boleh bermula bila-bila masa yang kita suka, kerana ia adalah satu cara untuk kita belajar. Belajar dari asas sebelum kita boleh menguasai setiap fasa perkembangan bisnes. Selagi kita tidak bermula, selagi itulah kita tidak tahu bisnes online ini sesuai atau tidak.

2. Sesuai untuk surirumah.
Ada banyak beza surirumah dan suri yang bekerjaya. Ada surirumah yang tidak ada asas dan tidak tahu bagaimana untuk bermula. Ada juga suri yang bekerjaya yang tidak ada pengetahuan dan kemahiran dalam dunia online. Jadi kategori 'dua suri' ini perlu belajar dari asas. Iaitu asas bagaimana boleh memulakan bisnes online dengan modal minima. Belajar transaksi online, belajar berurusniaga dengan pembekal dan juga pelanggan. Sudah tentu bisnes online sesuai untuk suri yang tidak mahu keluar dari rumah. Tinggal sahaja lagi kemahiran ini perlu diasah dan belajar secara berperingkat.


3. Biasakan dengan menggunakan modal yang minima

Ada banyak kes yang saya terima sama ada melalui perkongsian mahupun email yang dikirim pembaca. Salah satunya ada suri yang sudah mengeluarkan modal sehingga berpuluh atau belas ribu untuk memulakan bisnes. Mengeluarkan produk tanpa tahu siapakan pelanggan yang ingin membeli produk tersebut. Inilah maksudnya 'terbakar tangan' atau 'modal' hangus apabila produk itu tidak bergerak dan ia menyebabkan 'modal' juga menjadi beku. Satu pengajaran di sini ialah, sekiranya kita belum ada pengalaman, boleh belajar dahulu dengan menggusahakan secara sambilan. Sekiranya kita bermula dengan program 'dropship' maka ia salah satu cara selamat untuk kita mengembangkan bisnes. Pertamanya kita tidak perlu menyimpan stok, yang ke dua kita mencari sekurangnya 500 pelanggan yang pertama. Apabila sudah mahir menguruskan pelanggan barulah kita belajar pula mengambil stok yang sudah sedia ada pelanggan. Itu lebih berbaloi dan rendah risiko.

Sunday, November 9, 2014

Terapi dengan menulis

Teks: Masayu Ahmad

Apa khabar, kalian pembaca budiman. Terima kasih kerana tidak jemu menjenguk blog yang tidak seberapa ini.

Petang sudah menginjak hari. Anak-anak juga menginjak usia. Saya sedang menyusun jadual masa menulis untuk 2015. 18.11.2014 nanti ada satu lagi pertemuan penting. Ia adalah susunan daripada matlamat terdahulu saya.

Juga dalam minggu ini sedang berlari menulis dan menyiapkan 200 mukasurat lagi manuskrip seterusnya.

Doa yang terbaik, usaha yang terbaik


Saturday, November 8, 2014

Naufal Ammar sudah 10 bulan



Teks: Masayu Ahmad

Ammar sayang sudah pun menginjak 10 bulan. Lagi dua bulan usia anakanad setahun. Betapa pantas masa bergerak, meninggalkan ibu yang semakin 'kalut' pelbagai amanah dan tugas kiri dan kanan. Ibu masih mahu Ammar sebagai bayi. Tetapi ibu tidak boleh menghentikan putaran masa. Jadi ibu perlu segera bangkit dan berlari menampal segala kekurangan dalam diri. Usiamu menginjak setiap hari.

Ammar sayang

Ketika sebulan atau 44 hari kita berkampung di ICU. Ibu tegar ketika dirimu itu dipenuhi wayar. Hati ibu dipalu pilu. Air jernih mengalir di saat 24 jam kelahiran Ammar perlu menjalani pembedahan yang perlu dilakukan segera.

Kerana kepenatan ibu pulang dahulu dari wad berehat di rumah. Hanya ayah datang kembali melihat Ammar di wad. Mesej dihantar kepada ibu. Ibu hanya menangis. Esoknya ibu sudah bersemangat menemani Ammar. Kita bersama mendiami ICU hinggalah ibu habis pantang. Ibu kekal bersama Ammar.

Ammar kuat, hebat, bersemangat. ;)


Aiman sayang



Duhai anak perjalanan tegar merentang di hadapan. 
Kekalkan akidah dan tauhid agar dirimu sentiasa pada landasan. 
Jangan raih puja manusia. 
Usah tegar kemewahan dunia. 
Bersederhanalah dalam segala. 
Ibu di sini sentiasa mendoakan terbaik, agar kita berada pada pengakhiran yang baik.


Teks: Masayu Ahmad


Banyak hari Aiman berlatih hafazan, katanya dia mengetuai persembahan untuk mewakili 2 tadika untuk hafazan. Oh lah anak, waima persembahan tadika ibu tetap teruja, nama pun ibu kan. Setiap hari Aiman mengingati ibu bahawa suruh bangunkan Aiman jam 5 pagi untuk hafaz quran. Itu ketukan pada ibu yang leka dan leka.

Aiman ini sangat unik. Setiap pagi sebelum ke sekolah/tadika dia sendiri akan mengangtungkan pakaian, beg sudah diisi kemas buku dan pakaian persalinan. Aiman sangat jarang menyusahkan ibu. Ya, tahun depan semua sudah bertukar ke kelas hafazan. Ia bermula dari ibu. Ibu leka dan leka. Ibu bersedia dan perlu tegar dari awal dalam asuhan anak-anak. Terima kasih Aiman, kerana sering menjentik rasa ibu. Ibu gembira dengan peralihan Aiman dan ibu sedar Aiman sudah menganjak usia.


Kembara perjuangan ilmu 5.11.2014


Sejak bermula penghujung 2008 sehingga kini, ada banyak panggilan dan jemputan untuk saya berkongsi pengalaman berkaitan bisnes online dan bekerja dari rumah. Termasuk program surirumah anjuran Kementerian Sumber Manusia. Ada banyak kekangan yang tidak membolehkan saya keluar, saya menolak dengan baik.

Prinsip saya selagi di rumah ini belum terurus dengan elok, maka ia membatasrkan saya. Jadi jemputan yang ini saya kira tepat atau sesuai dengan masa saya.

Jadi buat kali pertama saya keluar dari 'kepompong' dengan tekad, ya Allah sekiranya inilah jalannya mampu memberi manfaat kepada bangsa, manusia sejagat dan masyarakat maka saya teruskan.

Seperti biasa sekiraya program sebegini, saya ditemani en.suami pengiring khas di mana sahaja berada. Banyak kali saya dipujuk, namun ternyata kali ini saya buka hati dan semoga pelajar-pelajar ini mendapat sesuatu dari ilmu yang dikongsikan.

Pelajar-pelajar ini bertuah kerana, saya kongsikan manuskrip terbaru saya bertajuk Mula Bisnes Tanpa Modal. Ia sangat berguna sekiranya ada yang mengambil peluang dan kesempatan itu benar-benar belajar daripada apa yang saya sampaikan. 

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin