sudah mula intai peluang bekerja dari rumah baca teks ini dulu ya www.janawangdirumah.com
Assalamualaikum w.b.t
Sudah 1, sudah 2, sudah 3, sudah 4 dan kini 5. Alhamdulillah, bukanlah hebat beranak ramai, tetapi hebatnya amanah yang tersandang di kiri dan kanan bahu.
Ya, Allah permudahkan aku dalam perjalanan permudahkan aku dalam menunaikan amanah. Alhamdulillah atas amanah ini juga peluang untuk terus berjuang. Selagi mana tidak tutup mata selagi itulah perjalanan diteruskan. Dua hari lepas sudah kembali ke rahmatullah, sahabat/sepupu saya M. Rahman Isa. Ya atau nama panggilannya kome.
Arwah juga mewarnai kehidupan saya semasa kecil. Jika cuti sekolah, mok cik (ibu arwah) akan ziarah ke rumah saya dan selalunya akan bawa saya pulang ke rumah. Arwah anak bongsu.
Saya selama di sana, banyak juga kenangan, beliau suka mengusik dan sesekali 'kenakalan anak kecil budak lelaki' itu biasalah kan.
Mokcik pakar menjual nasi kerabu. Kalau petang, tugas saya (ketika ada di sana), mengutip bunga warna unggu, bunga apa dah namanya. Bunga itu dijadikan pewarna untuk nasi kerabu. Kala petang menjelang, akan berbunyi 'krong kreng krong kreng' mok cik mengaul kelapa untuk dijadikan sambal nasi kerabu. Nasi kerabu biru itu memang enak bangat. Bahan jualan akan diletakkan di dalam besen besar dan ia dijunjung. Dijual di pasar pagi Bachok.
Apabila sudah selesai berjualan, besen itu dibawa pulang dengan cara menjunjung juga. Saya sudah tentu suka, kerana banyak kuih muih yang dibeli, paling saya suka ada nasi himpit bersama sate. Itulah kenangan paling melekat.
Projek kek raya
Ketika tingkatan 6, kome ketua, saya merangkap penolong kelas. Tetapi yang banyakkan saya macam jadi ketua kelas. Salah satu projek raya kami saya usahakan bersama, saya tukang ambil senarai tempahan raya kek coklat dan kek buah, dia pula pembekalnya. Tukang buat kak yah, kakak kome, saya tolong pasarkan dan ambil komisyen.
Terakhir saya jumpa dia ketika saya di Kuala Lumpur, baru hingusan bekerja sebagai wartawan kemudian beberapa kali berjumap ketika hari raya. Kemudian arwah berada/berkhidmat di pondok wakaf bharu. Dua hari lepas dijemput ilahi. Al-fatihah, dia mendahului saya perjalanan ke sana, semoga ditempatkan kalangan orang beriman.
Mahu buka butik online atau offline, baca pula yang inihttp://mulabisnesbutik.blogspot.com/
Mahu tahu cabaran sebenar bekerja di rumah rujuk pula naskah ini http://superwahmsupermom.blogspot.com/
Mahu tahu 101 idea bisnes dari rumah, boleh dapatkan yang ini http://ebookasasblog.blogspot.com/
Mahu tahu 101 idea bisnes makanan, boleh pula dapatkan yang ini http://101ideabisnesmakanan.blogspot.com/
Inilah antara tugas saya berkongsi dan mencari informasi bekerja atau bisnes dari rumah, saya mahu berkenalan dengan kalian, maklumkan apa permasalahan di sini ya https://www.facebook.com/masayuahmaddotcom
Mahu mula mempromosi diri dan bisnes mula dengan kelas blog, penulisan atau bina blog/fanpage bisnes sertai pula kami di sinihttp://akademibekerjadirumah.blogspot.com/
Iklankan bisnes kalian di sini http://sohodirectory.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment