Teks: Masayu Ahmad
baca naskah ini dan khatam dulu jika kalian sudha mua pasang matlamat mahu kerja dari rumah
www.janawangdirumah.com
Assalamualaikum w.b.t
Sekian lama berkurun, sudah berdikit-dikit memasuki rentak rutin. Hari ini sudah memasuki SOHO. Ammar sungguh baik sekali, bukan anak yang banyak kerenah, bukan bayi yang suka bangun malam. Alhamdulillah saya masih mampu tidur awal dan bangun awal. Tidur yang cukup dan rehat yang cukup.
Dengan tambahan amanah, lima anak syurga sekarang dan juga jadual mula diisi untuk sepanjang tahun.
AllahuAllah
Cantiik sungguh perancangan buat saya, setelah mendaki, menurun, berlurah, berenang. Sekarang cantuman petak-petak 'puzzle' mula bercantum dan hampir selesai lagi baki 10%.
Terima kasih Allah atas anugerah ini, terima kasih Allah atas kurnia ini. Ia tidak terjadi dalam tempoh satu hari, dua bulan, atau setahun. Ia berlaku bertahun, menyelami ke dasar, berehat di tubir dan menikmati awan berarak.
Alhamdulillah
Saya selalu meletakkan minda, saya adalah seorang yang suka bekerja dari rumah dan kekal begini. Meneroka ilmu dan berkongsi. Jika keluar sekalipun atas dasar menuntut ilmu dan berkongsi ilmu.
Hakim anak bertuah
Tahun lepas Hakim berjaya menjadi pembaca terbanyak untuk waki pelajar tahun dua. Jadi tahun ini saya cabar dia untuk mengguilinya lagi. Tujuannya kerana mahu Hakim leka dengan buku bukan leka dengan membuang masa. Tujuan lain mahu dia berusaha dan mendapat 'reward' atas usahanya. Saya selalu mmeberikan reward dalam bentuk RM. Kemudian membawa anak-anak sendiri ke pejabat pos, mereka sendiri mengambil borang dan beratur untuk menyimpan wang.
Juga wang itu digunakan membeli buku yang mereka suka. Mengajar anak nilai usaha, nilai reward dan nilai sukakan ilmu.
Alkisah lagi si Hakim dia memang 'kreatif akalnya'. Dia tunjukkan saya dia sudah banyak baca, ok saya suka dan seronok. Sekali esoknya dia tunjuk lagi, dalamnya bukan catatan isi, tetapi lakaran gambar ia memenuhi ruang ringkasan buku. Aiseh abang, patutlah cepat siap.
Seminggu kemudian
"Ibu, abang dah siap"
Saya tumpang bangga dan teruja. Sekali saya belek, aiseh patutlah cepat siap, ibu pun dah tertipu sama.
Dia tulis kembali buku nilam tahun lepas dan salin semula. Hahahhahhaha.
"Ini gaya siapa pun boleh siap bang, satu hari pun dah siap."
Moral
Lakukan sesuatu perkara yang kita tidak suka atau pun kita suka, dengan cara paling kreatif dan mudah.
No comments:
Post a Comment