Teks: Masayu Ahmad
www.janawangdirumah.com
Saya tidak degil dengan penolakan, cuma saya degil untuk mencuba sehingga berjaya. Berlarik di trek matlamat jauh dan dekat, cepat atau lambat, lemah atau putus asa, gembira atau sukacita. Saya gemar bertenang-tenang sahaja. Mungkin juga faktor usia dan pertambahan bilangan anak. Mungkin juga jumlah urat yang putus juga sudah banyak.
Jadi kita rai setiap perjalanan seusia dengan kematangan. Belajar setiap hari. Alhamdulillah, lima hari lagi selesai sudah jangka masa pantang 44 hari. Tempoh betul-betul pantang adalah 30 hari sahaja. Selebihnya saya tidak enak melihat mertua kepenatan memasak. Jadi dengan langkah sopan saya memasak dan melangkah tertib. Kadang-kdang terkandas juga kesopanan itu.
Alhamdulillah untuk anugerah hari ini. Bangun pagi anak-anak masih ke sekolah. Hari ini saat suasana dan cerita tidak cukup air, kami masih nikmat menikmati. Saat ibu-ibu lain kepenatan dan berkejaran, saya wajar di sini menikmati hari-hari melihat proses anak-anak membesar.
Apa yang saya kongsikan di sini adakah peluang yang sama yang kalian boleh sertai sebagiaman saya. Sudah tentu boleh. Blog ini satu yang mahal buat saya, kerana saya tidka berhenti di sini. Kerana blog ini kita bersaudara, berjumpa kenalan, berhubungan, bersilaturrahim. Malah saya ucapkan tahniah bagi yang sudha memulakan langkah. Inilah peluang yang saya kongsikan, bagaimana penulisan di blog boleh membantu sama meningkatkan ekonomi keluarga.
macamana tu
Kalau mahu terbit buku ambil masa kan, ebook juga sama. Setelah meneliti blog demi blog, rupanya majoriti memang boleh menulis. Nah tinggallagi hanya promo sahaja produk informasi dan kelas online. Semua ini ilham Allah bukan untuk saya seorang. Jika sudha bersedia, mulakanlah langkah pertama, sekurangnya kita menulis sesuatu yang bermanfaat. Bonus kedua Allah berikan pula rezeki kewangan melalui penulisan, mungkin melalui iklan yang disiarkand i blog mungkin juga perkongsian yang membawa RM ke akaun. Ini sudah saya nyatakan dan kongsikan. Alhamdulillah sudah ada yang menjana konsisten RM1k sebulan, juga ada yang mencecah RM3k, maknanya jika usaha yang sama kalian juga boleh. Jika sudah bersedia dan mahu bersama saya, saya buka dengan tangan terbuka. Akan tetapi apabila bermula pastikan kalian konsisten dalam usaha itu sahaja. Ini hanyalah peluang dan ruang, selebihnya terpulang pada diri kita sendiri.
Salam kasih sayang
No comments:
Post a Comment