Teks: Masayu Ahmad
baca naskah ini dahulu jika sudah mahu merancang kerja dari rumah www.janawangdirumah.com
Selamat bercuti-cuti kalian walau di mana sahaja berada, saya masih di rumah. Cuaca panas sekarang ini, rasa mahu bawa juga anak-anak, akan tetapi saya lebih suka ketika di penghujung cuti. Ketika tidak ramai orang bersesak di jalan raya, ketika tidak berebut dan dalam keadaan yang panas.
Saya suka suasana lengang dan selesa. Itulah saya dan saya kekal begitu. Alhamdulillah. Baru saya lebih bertenaga sihat dan cergas. Hari ini juga saya recaj diri, golek tidur di sisi Ammar. Kini sudah mencecah usia 2 bulan. Sungguh pantas masa berlalu, Ammr semakin gebu dan bolat. Tetapi tidak banyak kerenah menjaganya, hanya sedar apabila lapar dan dahaga sahaja, selebihnya dia tidur dan golek-golek. Sungguh bayi yang mudah untuk dijaga.
No comments:
Post a Comment