Sunday, March 23, 2014

Seberapa hebat kita mahu?

Teks; Masayu Ahmad

Baca naskah ini dahulu www.janawangdirumah.com

Alhamdulillah untuk hari hebat, dalam minggu ini saya kurang sihat, pun begitu masih boleh meneruskan rutin seperti biasa. Alhamdulillah, mahu tidak demam melihat 'tarikh mati kita manuskrip bulan ini. Apa pun kepenatan atau apa sahaja itu adalah 'fikiran negatif' yang menolak kita kepada  alasan demi alasan.

Saya tidak sudak beralasan selagi mana saya boleh bangun dan selesaikan.

Selesa kita tahap mana?
Apabila melihat cuaca panas, dan lihat pula buruh kasar bekerja keras membanting tulang empat kerat. Kudrat dikerah untuk rezeki sekeluarga. Panas mentari membakar tubuh, panas mentari juga memberi kelelahan yang mungkin pada kita kasihan mata memandang, tetapi berat lagi bahu memikul.

Jadi, saya sangat malu, kerana jika saya tidak berusaha dan berkongsi 'amanah' ini, ia umpama ketukan dari Pemberi, dan akan disoal kelak apa yang sudah saya lakukan sepanjang usia ini di dunia. Saya takut akan pengakhiran saya fakir di sana.

Selagi mana nafas diberi peluang jasad perlu bangkit untuk terus berjuang. Ya Allah permudahkan usaha ini, permudahkan agar lebih ramai suriruamh dapat menikmati selesannya saya berada di rumah. Selesanya saya mampu bekerja dan anak-anak masih bersama.

Sebagaimana pernah saya berkongsi, tahun ini saya lebih fokus kepada penulisan buku dan juga perkembangan anak-anak. Ya, tahun ini saya sudah ramai dibantu dan pembantu. Sama ada pembantu online mahupun pembantu offline. Saya kira mereka ini datang tidak sekelip mata. Sebagaimana juga usaha kita 'amanah' atas rezeki ayng kita terima, Allah akan menilai bagaimana kita menguruskannya. Sama ada sanggup berkongsi kembali dengan orang lain, atau hanya pasak mahu simpan sahaja dalam tempayan di rumah.

Saya andaikan seberapa banyak rezeki yang Allah bagi, ia datang bersama satu amanah dan tanggungjawab berat, iaitu ikhlasnya kita mahu berkongsi dan berbagi dengan orang lain. Selagi mana kita masih atau rasa sukar untuk berkongsi, begitulah juga Pemberi, ia berada setakat itu sahaja dan tersekat-sekat.

Sekian dulu, saya mahu sambung bertarung manuskrip malam ini. Sebelum itu hari ini tengahari dan malam menu nasi arab Mandy, alhamdulillah berjaya juga akhirnya.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin