Monday, May 25, 2009

Hujung minggu yang berkualiti



Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://www.toesocks.co.

Hujung minggu ini saya penuh dengan aktiviti yang bermanfaat. Pada hari Sabtu saya berkesempatan menambah ilmu dengan menyertai seminar bertempat di Hotel Quality, Kuala Lumpur. Banyak ilmu baru yang dapat saya serap.

Dari jam 8 pagi sehingga 6 petang. Jam 7 petang baru sampai di rumah. Anak-anak bersama-sama dengan ayah. Pada hari tersebut juga di taman ini diadakan jamuan makan-makan untuk isi rumah taman ini yang berjumlah 90 keluarga. Sangat seronok kerana memasak dilakukan secara bergotong royong pada awal pagi. Aktiviti aerobik dilakukan seperti biasa. Habis aerobik terus memasak. Sungguh rapat ukhwah di kalangan ahli-ahli keluarga di sini. Namun saya tidak dapat membantu sama menyinsing lengan menyediakan juadah.

Pada jam 8.30 malam kami mula berkumpul di bawah khemah yang ditempah khas. YB Hulu Langat juga turut serta merasmikan program ini. Apa yang menarik, ini dijadikan makan malam besar-besaran. Ianya akan dijadikan acara rutin tahunan.

Para isteri kini mula aktif dengan pelbagai program. Antara aktiviti wajib ialah aerobik pada setiap Sabtu dan Ahad. Saya sudah berkesempatan menyertai mereka pada Ahad. Sangat mengujakan. Berpeluh-peluh, diajar oleh seorang jurulatih bertauliah. Kami bertuah kerana setiap ahli di sini mempunyai kepakaran yang berbeza dan sanggup berkongsi kemahiran.

Manakala para suami pula pada setiap petang bermain takraw di gelanggang yang sudah siap sepenuhnya. Manakala malam hari bermain badminton. Aktiviti terkini pula berbasikal beramai-ramai, juga ada seorang jurulatih khusus dalam basikal ini. Mereka sudah memulakan berbasikal beramai-ramai ke Bukit Keluang. Sudah 11 orang yang sudah menyertai.

Pada tengahari Ahad, saya bersama keluarga yang lain makan tengahari di rumah Kak Liza dan Kak Ana, yang mengadakan majlis cukur jambul. Disebabkan ada dua rumah, jadinya satu rumah saya makan nasi, satu rumah lagi makan pencuci mulut.

Selesai ativiti bertandang, kami pulang ke rumah. Adik yang tinggal di Subang datang mengajak untuk bermandi-manda di Sungai Congkak. Jadinya aktiviti melipat kain setinggi gunung Everest terpaksa saya tunda lagi.

Kami bermandi-manda anak beranak. Desiran air, suasana yang segar, sudah lama saya tidak ke sini, padahal hanyalah 10 minit sahaja dari rumah. Anak-anak sungguh seronok bermain air. Saya mengambil kesempatan mandi dan berendam lama-lama.

Sungguh terasa segar, seolah-olah terapi air dek kesejukan yang menyerap dalam tubuh. Anak-anak dilayan oleh pakcik, makcik mereka. Saya dengan senang hati bersantai-santai seorang diri sambil mandi manda. Macam orang bujang pula. Gunakan peluang sepenuhnya.

Aiman walaupun menggigil tidak mahu naik. Mahu main air lama-lama. Jam 5 petang kami bertolak pulang. Saya sempat mengambil dua biji batu sungai untuk dijadikan batu tungku.

Adik membuat permintaan mahu makan pulut durian. Di pertengahan jalan kami memboorng durian. Saya sebagai kakak yang baik hati, meneruskan aktiviti masak-memasak. Selesai mereka makan pulut durian, masih ada permintaan mahu makan gulai ayam Kelantan pula.

Maka teruslah saya istiqamah di dapur. Selepas makan malam semua terbentang di ruang tamu menonton tv sambil minum kopi radix. Alahai semua kepenatan. Selama dua hari ini saya sangat puas hati dengan pengisian keluarga dan aktiviti taman. Walaupun penat ianya sungguh memberi makna.

2 comments:

Anonymous said...

wahhhh...bestnya dok kejiranan yg lively....

masayu said...

sangat berbaloi tinggal di sini

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin