Monday, May 18, 2009

Kejiranan yang rapat



Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://www.inmagine.com

Amat bertuah rasanya berada di kawasan kejiranan ini. Selain mempunyai pertalian silaturahim yang mesra, ianya memberi impak yang baik untuk menyemai semangat kejiranan yang semakin pudar.

Aktiviti berlari-lari sambil mengelilingi kawasan taman bukan sahaja dilakukan di hujung minggu, tetapi sudah menjadi rutin pada sebelah petang. Saya masih belum dapat menyertai memandangkan kecederaan akibat terseliuh pada bahagian lutut masih belum pulih sepenuhnya. Alasan sungguh! Saya mahu menyertai mereka, tetapi belum tiba masanya.

Rasanya tisu sebelah dalam sudah terkoyak dan kini saya sudah boleh berjalan seperti biasa. Cumanya lutut masih tidak boleh diluruskan sepenuhnya. Saya mendapatkan rawatan urutan tradisional India yang begitu memberi impak. Sebelum itu mencuba pelbagai urutan. Kali pertama diurut dengan kaedah akupuntur memberi kesan yang baik. Saya dinasihatkan mengambil kalsium dan kurangkan ikan. Jika pulih sepenuhnya, saya ingin kembali kepada aktiviti cergas seperti dahulu. Namun kini perlu lebih berhati-hati.

Berbalik aktiviti kejiranan pada minggu ini akan diadakan majlis makan beramai-ramai sempena siapnya Astaka iaitu dijadikan lokasi berkumpul, bermesyuarat dan beriadah. Aktiviti memasak untuk hidangan makan beramai-ramai ditugaskan kepada setiap blok dengan menu yang berbeza. Hasilnya setiap orang yang memberi sedikit tenaga dan mampu berkongsi juadah.

Dimulakan pada waktu petang sehingga malam. Pada hari Ahad pula ada majlis cukur jambul. Hanya kaum ibu sahaja yang dijemput untuk memeriahkan marhaban. Saya tidak pandai bermarhaban tetapi sebenarnya mahu belajar dan mencuba.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin