Thursday, May 21, 2009
Working At Home Mama (WAHM)
Teks: Masayu Ahmad
Foto:www.amodernmama.com
Sesungguhnya rezeki Allah itu maha luas dan tidak tercapai dek akal. Setelah mengambil keputusan untuk bekerja sepenuh masa di rumah, impian itu sudah direalisasikan.
Alhamdulillah, dengan sokongan padu suami, saya meninggalkan kerjaya dan pendapatan yang sudah stabil. Menghampiri bulan ke-enam kini usaha yang dilakukan sudah mula menampakkan hasil.
Home Wellness Centre, sudah mula beroperasi sepenuhnya. Masa operasi hanya bermula jam 9 malam hingga 12 malam sahaja. Ini adalah permulaan untuk saya mengkaji pasaran sebelum melangkah ke peringkat seterusnya. Tumpuan pelanggan adalah untuk ibu-ibu di kawasan taman ini sahaja. Sambutan menggalakkan.
Aktiviti penulisan masih diteruskan disiang hari dan pada 12 hingga 3 pagi setiap malam. Saya tidak tahu dari mana datangnya tenaga dan kekuatan untuk melakukan semua ini. Namun ianya cukup memberangsangkan.
Dengan masa yang lebih fleksibel untuk menguruskan anak-anak. Kesyukuran yang tidak terhingga kepadaNYA. Maha Pemurah, Maha Pemberi Rezeki. Walaupun pembantu rumah masih bercuti sehingga hujung tahun, saya masih mampu menguruskan kerjaya dan rumahtangga.
Keutamaan kepada keluarga adalah menjadi perkara nombor wahid. Kerjaya adalah perkara susualan dan kini ianya mula memberikan hasil. Hujung minggu jadual saya masih bertumpu kepada seminar, bengkel dan aktiviti menambah ilmu.
Kepuasannya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Setiap perkara dan kejadian adalah hikmah yang tidak ternilai untuk disyukuri. Alhamdulillah
Bersambung.
Labels:
Working At Home Mama (WAHM)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
congrats.. nk amik aura wahm... aminnn
ely,
Pelan-pelan kayuh. Kalau tak pecahkan ruyung, tak dapatlah sagunya.
wahhhhh....x sangka aku.....bravo beb!
Alhamdulillah. Sudah sampai seru, tak boleh ditangguh-tangguh lagi.
Post a Comment