Wednesday, March 31, 2010

Mulakan hari penuh semangat

Teks: Masayu Ahmad


Persekitaran, hubungan, bebanan kerja dan suasana sangat mempengaruhi bagaimana permulaan hari. Banyak perkara, walaupun dilihat kecil, tetapi kadangkala boleh membunuh semangat, merendahkan diri, semangat hilang dan rasa tidak bertenaga.

Awal pagi sangat bermakna jika kita bangun dengan penuh semangat, tetapi disebabkan ada perkara remeh yang berlaku mempengaruhi emosi sehingga semangat kita terbang entah ke mana.

Panduan berikut membantu suri dan saya sendiri agar kita kekal teguh, walaupun banyak halangan dan cabaran sudah bermula di awal pagi.

Jangan fikir kerja menimbun, tetapi mahu siapkan segera dengan sempurna
Awal pagi kita sudah bangun, di dalam fikiran sudah banyak perkara yang terlintas dan mahu dilakukan untuk hari ini. Tetapi tiba-tiba sahaja kita bertukar malas kerana begitu banyak perkara yang mahu selesai segera dan sempurna.

Bangkit sahaja, dan lakukan perkara rutin satu persatu tanpa memikirkan banyaknnya perlu diselesaikan. Apabila anda tekun dan tidak membiarkan perasaan 'banyak kerja' menguasai diri. Apabila hampir separuh selesai, anda akan mendapati satu tenaga baru dan rasa sangat puas hati.

Jangan mulakan dengan membebel
Diam kadangkala lebih baik daripada banyak berkata-kata. Tersilap berkata, boleh sahaja menjejaskan hubungan tidak kira sesama adik beradi, rakan sekerja, jiran tetangga. Berfikir sebelum berkata, adalah lebih baik daripda terus berkata-kata tanpa henti dan khuatir kata-kata boleh membuat orang lain rendah diri, menjatuh maruah dan merosakkan hubungan.

Walaupun di awal pagi sesama suami isteri. Apa salah, bangun pagi dan peluk suami. Ucap terima kasih atas perkongsian yang sungguh bermakna. Usah tunggu ulang tahun kelahiran barulah mahu  membuat kejutan.
Juga meluah dan berkongsi dengan suami, menangis atau apa sahaja untuk meluahkan rasa geram yang terbuku.

Jaga diri jaga peribadi

Kerana mulut badan binasa. Kadangkala kerana hanya melalui pertuturan sahaja, kita sudah mampu meneka dalaman dan keseluruhan peribadi seseorang. Hindarkan berkata-kata negatif sebaik mungkin. Kita sudah tahu apabila mengumpat seperti memakan daging saudara sendiri.

Tetapi enaknya makan daging saudara sendiri itulah yang menjadi tabiat harian. Sedar atau tidak ambil kertas, untuk hari sudah berapa ramai daging yang kita makan. Bukan sebarang daging, dan balasannya sudah digambarkan wanita yang memakan daging, kelak akan menarik lidah dan kemudian akan mengunting lidah tersebut. Begitulah seterusnya. Nauzubillah.

Ingatan buat diri sendiri, mohon saya secara sengaja atau tidak menonjolkan kehebatan diri. Maafkan saya sekiranya ada sahaja kata-kata atau artikel yang boleh membunuh semangat kalian. Niat saya adalah satu membantu dan berkongsi setakat mana yang termampu.

Salam perjuangan buat semua suri hebat yang membaca blog ini

http://www.masayuahmad.com/

Tarikh keramat 31 Mac 2010

Teks: Masayu Ahmad


Bismillahirahmanirrahim, Maha suci Allah yang sudah menrencana yang terbaik buat segala umatnya. Maha Agung yang esa yang sudah memberi segala nikmat dalam kehidupan. Jejak langkah saya amat panjang, namun setiap kali melalui lorong yang lurus, persimpangan bersiur, longkang yang busuk juga pelbagai karektor makhluk di bumi Allah, saya terima dengan redha. Selalu meningati diri, belum masanya lagi, belum masanya lagi. Sabar, sabar, sabar. Melangkah, mencari, meneroka dan teruskan sahaja perjalanan.

Ketepikan manusia negatif, manusia pasif, manusia yang membunuh semangat. Ambil iktibar daripada pelbagai karektor itu dan jadkan cerminan buat diri sendiri. Kiranya saya angkuh, maafkan saya, kiranya saya sombong, juga mohon maafkan saya, jika saya takbur mohon ingatkan saya.

Segalanya saya lakukan atas bakat, kurniaan dan mahu menyumbang kepada lebih ramai yang mendapat manfaat. Saya hanya manusia biasa, mahu meneroka seluruh isi alam dengan diri yang penuh kelemahan. Namun, saya panjatkan kesyukuran atas peluang, cabaran dan apa sahaja yang saya tempuhi di medan perjuangan.


Maha suci Allah, betapa kesyukuran yan tidak mampu saya gambarkan dengan kata-kata. Saya seumpama pejuang di medan perang, setiap kali mahu kalah, saya berundur setapak. Setiap kali mahu tersungkur, saya terus bangkit semula. Saya tidak dapat gambarkan perasaan ini dengan kata-kata.

Tatkala membelah malam bekerja dengan penuh tumpuan dan kemahuan. Tumpuan hanya satu, mahu menyiapkan dengan segera, kemahuan agar ia akan mampu direalisasikan.

Kelahiran sulung

Saya kini hamil 'tiga anak kembar', namun ada satu yang sudah mula mengalamai kontraksi setiap 10 minit. Masih awal untuk keluar, tetapi sudah menendang-nendang mahu keluar.

Saya sempat merakamkan antara saat-saat penting pagi tadi. Hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan saya. Saya tidak perlu berguling-guling keriangan di situ, nanti difikir 'gila' pula mata yang memandang.

Sunguh! Apabila kita berjuang, dan hanya berserah kepada Maha Kuasa sahaja, maka teruskan usaha itu, lakukan sehingga titisan darah akhir.

Setiap kali saya berjaga malam, saya hanya membayangkan impian dan cita-cita saya akan dimakbulkan tuhan satu persatu. Gambaran di layar minda saya begitu jelas sekali.

Gambaran setiap kemahuan yang saya inginkan akan saya pegang kejap. Saya akan menunggu secara langsung, ketika 'bayi sulung' lahir di depan mata. Mahu sahaja saya lontarkan dengan penuh kesyukuran, sudah sampai masa saya, Allah sudah makbulkan doa hambanya.

Saya mahu kongsi di sini, tetapi tunggu dahulu pengumuman rasmi.

Monday, March 29, 2010

Motivasi buat surirumah dan wanita bekerja di rumah

Teks: Masayu Ahmad

Status ini walaupun berbeza tetapi tetap sama dari segi peranan dan senarai kerja rumah. Kerja rumah bertambah apalagi menguruskan rumahtangga, kerja dan anak-anak yang masih kecil

Kerapkali wanita menghadapi tekanan, mahu meluah perasaan dan mahu lari sebentar daripada kekalutan.

Wanita bekerja diluar rumah biasanya, selepas sampai di pejabat akan berdepan dan mula fokus dengan suasana kerja. Tetapi tidak di rumah anda kadangkala akan menghadapi rutin yang sama.

Cabaran suri rumah

Apabila anda merasakan sudah aman dan selesa selepas ruamh bersih dan anak-anak sudah wangi. Baru sahaja anda ingin melepaskan penat, anak-anak sudah buat hal. Si kecil mahukan susu, si A mahu makan, si B mahu anda menemani membuat kerja sekolah.

Anda turutkan juga walaupun penat, selepas beberapa ketika rumah kembali berselerak. Begitulah rutin hinggalah petang suami pulang. Mendambakan makanan siap sedia terhidang rumah bersih dan anak-anak wangi.

Hadapi tekanan dengan tenang

Sangat perlu sebagai surirumha kita juga perlu membiasakan diri dengan mood ‘tenang’ sebelum datangnya mood ‘naik hantu’. Apalagi apabila anak-anak mula buat hal dan kerenah. Adakalnya emosi akan terganggu dan mahu melepaskan diri.

Variasikan rutin

Banyak cara untuk melepaskan rutin yang sama dan menjemukan. Jangan ikat diri anda sebagai suri rumah semata-mata. Sebaliknya letak diri sebagai Pengurus rumah tangga professional. Apabila professional anda ada ilmu dan tahu apa yang sesuai dan tidak sesuai

Jangan beku dalam rutin yang sama setiap pagi bersarapan, urus anak sekolah, masak tengahari dan begitulah sampai malam dan bermula semula keesokann harinya.

Bijak merancang aktiviti

Pastikan ada ruang untuk diri sendiri. Saya sendiri suka meletakkan hari cuti pada hari-har tertentu, Saya menghadiri seminar motivasi atau apa sahaja seminar pembangunan diri berkaitan kerja atau syarikat. Biasanya saya akan tinggalakn rumah paling lama 2 hari 1 malam. Masa inilah untuk melepas, berehat dan berjumpa kawan baru. Kadangkala apabila selesai, rasa satu tenaga dalaman datang dan memberikan ‘mood’ baru untuk bekerja.

Keluarkan peluh

Walaupun setiap hari berada dalam kesibukan, saya membawa anak-anak ke taman permainan. Itu aktiviti wajib hujung minggu, saya bawa bersama bahan-bahan kerja. Jika jemu berlari pusing taman menghijau untuk melepaskan lelah dan mengeluarkan peluh.

Pilihan lain ialah menghantar anak-anak ke pusat jagaan. Kemudiannya saya memilih untuk mendapatkan rawatan refleksologi. Atau memanggil urut tradisional ke rumah jika rasa badan mula letih.

Variasikan pilihan untuk melakukan pelbagai rutin dalam minggu atau bulan. Jika anda melakukan rutin yang sama, saya percaya ramai ibu-ibu yang mula emosional dan mula bertukar menjadi ‘hulk’.

catatan 30 Mac 2010

Salam pagi Selasa bersamaan 30 Mac 2010


Tinggal satu hari lagi akan melangkah ke suku tahun April 2010. Saya masih lagi mengejar produktiviti dan senarai tugasan segera ada 'tiga serentak' yang perlu di selesaikan

Esok pagi ada urusan di Shah Alam bermula pagi hingga petang. Nampaknya kanak-kanak riang akan ditinggalkan di rumah sebelah.

Saya membawa Arif sahaja. Bertuah Arif selalu dapat ikut. Sejak kebelakangan ini jadual kerja semakin padat, rasanya seperti  bertali arus datang.  Dapat saya rasakan sangat memerlukan pembantu, tetapi selagi perastasi saya tidak mencapai standard yang telah saya tetapkan buat masa sekarang tidak perlu pembantu dahulu.

Jika saya sudah mencapai 80% pretasi kerja, saya sudah boleh mengambil pembantu. Itulah 'reward' jika saya berjaya melepasi garisan pencapaian.

Saya mahu kembali ke beberapa 'projek' yang tertangguh, dua daripadanya berstatus 'segera'. Mujur juga banyak acara bersama kawan-kawan lama yang dianjak semula tarikh. Juga banyak jemputan yang tidak dapat hadir sama ada daripada undangan face book atau undangan biasa. Terima kasih kepada yang sudi menjemput. Tetapi jika keraian yang melibatkan keluarga, sibuk atau tidak saya meluangkan masa untuk hadir.

Apa pula kata orang, alasan sibuk bukanlah alasan sesuai jika tidak mahu hadir ke majlis menjalinkan ukhwah.

Sunday, March 28, 2010

Pengurusan masa untuk surirumah, wanita bekerjaya dan wanita bekerja di rumah

Teks: Masayu Ahmad

Assalamualaikum w.b.t

Setiap bulan saya akan mempekenalkan tajuk utama mengikut pilihan topik yang sesuai bagi wanita dan suri. Mungkin setiap bulan atau berubah mengikut minggu. Jadi minggu ini saya akan memilih topik pengurusan masa. Saya sangat mengalu-alukan interaksi, kongsi pandangan dan kalian lebih mesra di sini meninggalkan jejak dan bertukar pendapat.

Setiap suri mempunyai teknik atau cara tersendiri mengurus rutin harian dalam jadual masa 24 jam. Jadi rasanya tidak salah jika ramai yang ambil peluang untuk berkongsi tip masing-masing.

Salam penuh kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/

Saturday, March 27, 2010

Lintas langsung dari PWTC

Keadaan sesak di dewan yang memuatkan semua karya Karangkraf
Foto: Sri Diah Shaharuddin (face book)

Friday, March 26, 2010

Salam pagi Sabrtu 27 Mac 2010

Sumber foto: PTS Face book

Teks: Masayu Ahmad

Sudah lama tidak berceloteh pagi di sini, hari rasa agak lapang walaupun sudah ada beberapa tugasan yang perlu segera diselesaikan. Saya tidak mahu berbicara pasal kerja tetapi mahu berbicara apa 'reward' apabila saya selesai kerja.

Setelah beberapa minggu menghadapi minggu sibuk, hari ini saya bersantai-santai sehingga tengahari. Menu istimewa pagi ini nasi kerabu dan daging goreng kunyit. Kenyang sampai ke malam lah jawabnya. Sengaja masak yang berat, kerana sepanjang hari saya mahu 'marathon'.

Semalam belum habis bercerita pasal pesta buku, kepada yang mempunyai anak-anak kecil seperti saya sekitar umur 6 tahun ke bawah ini panduan jika mahu ke pesta buku hari ini dan esok. Dapatkan buku-buku untuk anak-anak pra sekolah untuk buku mewarna dan latihan menulis A,B, C dan matematik mudah di booth penerbi Fargous, buku sangat murah hanya 50 sen sahaja. Biasanya kalau buku-buku ini saya beli di pasaranya sekitar 2.50 hingga RM5.00. Jadi saya borong untuk stok setahun ;D.

Sangat mudah bagi ibu-ibu yang bekerja atau surirumah yang mahu buat latihan anak-anak kecil di rumah. Murah dan sangat praktikal berdasarkan piawaian sistem pendidikan pra sekolah terkini.

Ada satu lagi buku, depannya macam buku latihan biasa yang warna coklat, tetapi dalamnya sudah dilukis gambar dan bersama huruf yang boleh dilukis kanak-kanak. Biasanya juga Hakim akan lukis, tetapi yang dijual sudah siap dilukis cantik dan praktikal.

Semalam Hakim sangat teruja, buat latihan. Saya sampai di rumah.

"Ibu beli apa untuk saya. Oh ibu belikan buku untuk saya. Terima kasih bu," semalam tidak perlu paksa, buat latihan dengan jayanya.

Mungkin juga angin rajin sebab dapat buku baru, kita tengok berapa lama bertahan.;D

Pameran dan persidangan Keusahawanan peringkat kebangsaan 2010

Jawatankuasa Tetap Industri, Pertanian dan Asas tani, Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka, My Event Sdn. Bhd dan SME BUSINESS CENTRE & NETWORKING akan mengadakan pameran dan persidangan Keusahawanan peringkat kebangsaan 2010, maklumatnya adalah seperti berikut:-




Tarikh : 9-11 April 2010

Tempat : MITC Melaka



Ruang untuk disewa : RM 2000 (asal RM3500)

saiz : 3 meter x 3meter

Jam : 10. 00 am - 9.00 pm

Jumlah lot berbaki 20 lot



Berminat sila hubungi : 017-659 1998 - ROZALI

Sesi terapi di pesta buku






Barisan novelis Alaf 21, kelihatan Salina Ibrahim dan Sri Diah Shaharudin (kredit foto: Asnidar Shafie)

Sumber foto: Buku Prima Face book
Orang-orang kuat Karangkraf, Kak Ida (editor Nona, ), Kak Sarah (Pengurus Besar Buku Prima) Kak Mini (Sinar Harian). Bermula dari kiri, semua yang bertudung.
Teks: Masayu Ahmad

Perancangan dan segala urusan hari ini sangatlah dipermudahkan. Kebiasaannya jika saya ada urusan seperti ini, saya akan tinggalkan kanak-kanak riang di rumah sebelah, pusat jagaan atau en.suami yang jaga. Jadi hari ini kanak-kanak riang ditinggalkan bersama ayah mereka.

Saya merasakan urusan hari ini sangat lancar, kebiasaannya apabila baru keluar dan sangat sukar mahu memarkir kereta di tempat letak kereta di stesen komuter Ampang, biasanya sudah penuh. Tadi saya baru sampai sebelum habis satu pusiang, ada kereta sedang menunggu seseorang. Jadi saya menunggu di situ kerana sudah tiada pilihan lain kawasan parkir sudah penuh. Selepas beberapa minit pemandu tersebut memberi isyarat mahu memberikan tempat parkir kepada saya. Hati terasa lapang kerana begitu mudah saya mendapat tempat.

Sambil berjalan laju membeli tiket, walaupun jam sudah 10 pagi, suasana di komuter tidaklah sesibuk mana. Saya sudah melepasi waktu puncak. Alhamdulillah, sangat suka kerana saya tidak suka keadaan bersesak-sesak, mahu santai dan menikmati perjalanan dengan tenang.

Sampai di PWTC masih tidak ramai orang cuma ada juga banyak kumpulan yang datang beriringan. Kebetulan Irfan, editor Pts Profesional sudah berada di pintu masuk dan menyapa saya. Saya mahu santai dahulu setiap persingahan tapak pameran daripada pelbagai penerbit. Sangat teruja, tetapi saya sudah ada senarai dalam kepala, jadi tidak perlu buru-buru. Saya habiskan melihat dan meronda banyak buku dan produk pendidikan awal sangat menarik perhatian. Apa yang masih terbayang adalah CD mengajar mengaji yang cukup praktikal untuk anak-anak yang mempunyai ibu yang sibuk seperti saya, tetapi harga terlampau mahal. Cukup dulu guna kaedah cd nyanyian Alif Ba Ta yang ada.

Bersambung.

Thursday, March 25, 2010

Jana wang tanpa produk sendiri

Nota: Ini adalah email yang saya terima Team Pemikat. Mari berkongsi dan ambil manfaat.

Assalamuaalaikum & Salam Sejahtera,


Hari ini pernigaan internet terutama di negara kita sendiri Malaysia semakin hari semakin berkembang. Purata peningkatan pengguna di internet juga meningkat 200% ke 300% dalam setahu. Ia satu tanda positif kepada usahawan perniagaan internet /online. Perniagaan internet ini juga turut mendapat sokongan daripada kerajaan diantaranya penambah baik sistemm talian internet yang semakin hari semakin pantas untuk tujuan berurusan.

Pelbagai produk yang kita boleh lihat sekarang didalam dunia online ini tidak kira produk digital mahupun produk fizikal. Tetapi masih ramai lagi yang hanya melihat dan menunggu. Kenapa perkara ini berlaku ya.. anda takut hendak bermula? Tiada panduan ? tidak ada produk?

Sebenarnya ada kaedah untuk anda bermula tapi itu juga terpulang pada anda ingin bermula ataupun tidak. Salah satu kaedah dan juga salah satu jalan pintas untuk anda memulakan perniagaan di internet adalah mendapatkan produk reseller dan terus promosikannya. Saya juga tahu mesti ada sesetangah diantara anda tidak tahu apa produk reseller. Produk reseller adalah produk yang dibenarkan kepada kita menjual produk seperti produk kita sendiri . kebanyakan produk reseller ini adalah produk digital seperti eBook ,Grafik, skript, video dan audio. Hasil jualan yang kita perolehi kita tidak perlu kongsikan kepada pemilik asal produk dan ini bermakna kita akan dapat 100% keuntungan jualan.

Produk reseller ini juga akan disertakan dengan lesen hak jualan yang mempunyai syarat- syarat tertentu supaya kualiti dan kandungan sesuatu produk akan terjaga dan terjamin. Salah satu syarat tersebut seperti produk tidak boleh diberikan secara percuma , produk tidak boleh dijual pada site lelongan dan beberapa lagi syarat. Lesen hak jual pula terbahagi kepada 3 jenis lesen iaitu :

1.Resale Right (RR)

2.Master Resale Right (MRR)

3.Private Label Right (PLR)


Resale Right adalah produk dimana kita berhak menjual kembali produk tersebut tanpa mengubah kembali produk tersebut seperti isi kandungan produk , nama pencipta produk dan syarat lain lagi. Keuntungan semestinya 100% kita akan perolehi.

Master Resale Right pula kita berhak untuk menjual lesen resale right dan produk . Kebenaran yang diberikan pada produk sama juga seperti lesen RR , tidak boleh mengubah isi kandungan , nama pencipta. Keuntungannya lebih besar dari produk RR .

Private label right berbeza sedikit dengan lesen RR dan MRR kerana produk ini memberi banyak kebenaran untuk mengubah isi kandungan , nama pencipta menjadi nama anda sendiri dan sebagainya. Keuntungan sangat tinggi daripada lesen RR dan MRR. Lesen PLR ini juga adalah lesen hak jualan yang sangat digemari oleh ramai usahawan internet..

Jadi saya rasa elok pada mereka yang tidak mempunyai produk atau buntu untuk bermula dengan perniagaan internet mencuba produk reseller kerana anda tidak pening-pening untuk memikirkan produk apa yang perlu anda jualkan.kerana semua telah tersedia seperti minisite , banner, article promosi dan tool-tool lain untuk tujuan promosi.

Saya juga syorkan pada anda jika anda serius untuk memulakan perniagaan internet dengan produk reseller elok dapatkan panduan yang menbantu anda dalam perniagaan ini. Salah satu panduan yang berkesan adalah ebook rahsia reseller ebook . apa yang ditunjukkan dalam ebook ini seperti

Pengenalan Reseller - Pengertian Right, jenis produk dsb

Teknik Mengkaji Permintaan - Cara membuat kajian

Teknik Mencari Produk Reseller - Mencari ikut keyword, produk, pakej dsb

Teknik Mengubah Produk Reseller - Membuat perubahan baru pada produk

Teknik Promosi - Teknik promosi menggunakan beberapa kaedah marketing

Anda boleh lihat sendiri pada site tersebut untuk lebih detail.
http://www.rahsiareseller.com/index.php?ref=rsfrs

Belajar sulaman daripada pn Suzana Mustafa

Teks: Masayu Ahmad


Bagi suri belum mengenali pemilik dan pengasas laman forum paling terkenal di Malaysia http://www.wanitamelayu.com/ Puan Suzana Mustafa atau lebih dikenali sebagai Puan Ann. Alhamduliiah saya hanya berkenalan dengan Puan Ann melalui maya sahaja untuk salah satu projek penulisan saya. Syabas buat Puan Ann atas usaha beliau dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan kepada saya.

Salah satu kemahiran beliau yang paling saya kagumi ialah berkaitan sulaman. Kalian juga boleh singgah di blog sulaman beliau http://diariann.blogspot.com/. Disebabkan sebelum ini ada suri yang mahu saya menyiarkan berkaitan sulaman dan jahitan, saya cuba usahakan mencari informasi yang sesuai. Jemput singgah ke sana ya.



Wednesday, March 24, 2010

http://www.kelasonline.portalniaga.com/

Dalam saya berlegar-legar mencari berkaitan kursus atau kemahiran untuk menjual produk secara online saya menemui laman web ini. Iaitu menawarkan perkhidmatan kepada bakal usahawan yang ingin atau mempunyai kedai online.

Sangat penting untuk menjadi usahawan online tidak sekadar minat sahaja, tetapi perlu mencari ilmu dan kemahiran yang lain. Ada satu lagi kursus kemahiran seperti ini yang dianjurkan TeamFlabize, saya masih berkira-kira untuk hadir untuk sesi tersebut, masih mencari masa dan ruang.

Berikut adalah info yang asal daripada laman web penganjur dan disiarkan di sini atas dasar mahu lebih ramai wanita atau surirumah dapat manfaat. Terim kasih.


http://www.kelasonline.portalniaga.com/

Siapa yang perlu menyertai kelas pembelajaran ini?


Laman 'Shopping Cart' ini diperlukan oleh para peniaga atau sesiapa sahaja yang ingin berniaga secara Online!. Oleh kerana sistem yang ringkas dan mudah difahami, kami yakin pengguna daripada golongan 'Zero Knowledge' berkaitan pengurusan laman web juga mampu untuk menguruskannya. Jika anda salah seorang yang ingin menceburi bidang perniagaan internet, sudah tentu anda lah yang memerlukannya!..

Kenapa anda perlukan laman 'Shopping Cart'?

Laman 'Shopping Cart' adalah pemudah kepada urusan jual beli secara online di mana anda boleh memasukkan seberapa banyak kategori dan produk ke dalam Laman 'Shoping Cart' anda. Selain daripada itu, pelanggan juga mudah berurusan apabila hanya setiap 'Klik' mereka mampu membuat tempahan kepada anda. Pengurusan data yang tersedia juga memudahkan anda untuk menyemak setiap tempahan pelanggan dari semasa ke semasa. Ditambah pula dengan sistem penghantaran email secara automatik kepada pelanggan yang membuat tempahan yang boleh mengandungi maklumat pembelajaran atau ucapan terima kasih daripada anda!.


Kelebihan perkhidmatan yang kami tawarkan?

Ingin kami tegaskan di sini bahawa kami tidak menjual produk atau sistem laman 'Shoping Cart' kerana 'script' tersebut boleh didapati secara percuma, namun tidak berguna walaupun percuma jika kita tidak tahu menggunakannya. Dengan inisiatif yang ada kami menawarkan perkhidmatan pembelajaran secara online kepada anda untuk membangunkan dan menguruskan laman 'Shopping Cart' anda sendiri tanpa perlu bergantung kepada mana-mana Webmaster kerana kami yang akan menjadikan anda seorang Webmaster!. Kelebihan dalam setiap perkhidmatan yang kami berikan adalah berdasarkan bantuan dan tunjuk ajar daripada 10 Orang tenaga pengajar yang merupakan peniaga secara online yang aktif dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan online!.


Kelebihan kepada anda?

Setiap orang berkeinginan untuk memiliki laman 'Shopping Cart' atau laman web sendiri. Namun apa yang membataskan anda adalah kos yang tinggi serta kemahiran dan keupayaan untuk menguruskannya dengan sendiri. Di sini kami memberikan anda keupayaan yang diperlukan dan memberikan anda lebih keyakinan untuk memiliki dan menguruskannya sendiri!. Perkhidmatan yang kami berikan dalam bentuk pembelajaran secara Online bukanlah sekadar pakej yang anda langgani tetapi sehingga anda yakin untuk memiliki alamat domain (anda.com dll) dan hosting sendiri! kerana itu adalah matlamat perkhidmatan kami kepada anda...

Selain daripada itu, kami menemukan anda dengan para peserta lain dari seluruh negara yang telah menceburi bidang perniagaan secara Online dan dapat bertukar pendapat serta memberikan anda ilham untuk membangunkan sesebuah perniagaan Online.

Beautiful blogger award,


Musim menerima anugerah sudah bermula barangkali. Apapun terima kasih buat Zarin, Maya, Zura, Kak Chik, Cik Yan, ada lagi tak yang tertinggal. Kalau tak ambil, nanti kata saya sombong pula kan. Kak Chik super sibuk pun masih sempat.

Terma seperti berikut:
1. Buat pautan kepada blogger yang memberi award.
2. Nyatakan 7 perkara tentang diri saya.

1. Sila ke laman web rasmi saya http://www.masayuahmad.com/, di situ kalian boleh tahu tentang informasi dan profil saya dan apa yang sedang saya lakukan.

2. http://www.naufalsayang.blogspot.com/ adalah blog yang memberi pengisian, informasi tentang panduan bekerja dari rumah. Maksudnya pengisian blog ini bertujuan memberi maklumat bagaimana wanita bekerjaya dan surirumah sepenuh masa mahu menjadikan bekerja dari rumah sebagai karier utama. Tips dan panduan dalam blog ini adalah berdasarakan testimoni wanita-wanita yang sudah berjaya menjana pendapatan dari rumah sama ada bekerja atau mengusahakan bisnes.

3. http://www.masayuahmad.blogspot.com/ mempunyai pengisian tentang panduan kesihatan dan kecantikan. Saya dulu pernah bertugas sebagai wartawan majalah dan kini sedang dengan rakusnya berusaha menjadikan dua blog ini sebagai salah satu produk informasi yang sangat berguna buat wanita yang suka berlegar-legar di alam maya.

4. Apa ya yang sedang saya lakukan? Menulis dan menyunting adalah dua skop utama bidang kerja saya kini. Menulis adalah sepenuh masa, pada masa yang sama saya menyediakan perkhidmatan suntingan untuk penerbit-penerbit buku, salah satunya Galeri Ilmu dan individu persendirian yang mahu mendapatkan khidmat suntingan. Insya-Allah apabila sudah sampai masa akan saya hebahkan di sini produk informasi dari dua blog ini.

5. Saya kini juga sangat aktif di face book. Jika berminat untuk sertai saya sila kilik pada ikon face book Masayu Ahmad. Mungkin kita lebih mengenali dengan lebih rapat.

7. Sejak 2005, saya sudah pun  menubuhkan syarikat Nilam Berkat Enterprise, kami adalah pengedar produk kesihatan dan kecantikan juga beberapa skop yang lain. Boleh sertai saya di face book group Nilam Berkat Enterprise. Bisnes ini masih dijalankan secara konvensional, kerana tumpuan utama dalah menulis, pun begitu sekiranya berminat boleh jejak di blog http://www.nilamberkat.blogspot.com/

Cukup ya tujuh perkara tentang diri saya, saya pilih 14 wanita hebat  dan seorang jejaka perkasa seperti berikut

1. Wan Ani Wan Ismail
2. Ely Hasrul
3. Zubaidah Arba'i
4. Zaila Mohamad
5. Nur Hidayah Nazhiyah Erham
6. Umie Hani
7. Salwa
8. Siti Mariam
9. Faziatun Nisa
10. Xara Fatima
11. Normalisa Saudi
12. Ustaz Cahaya
13. Hanz
14. Mommy Lyna
15. Nurshah



Tuesday, March 23, 2010

Rahsia sukses bekerja dari rumah

Teks: Masayu Ahmad

Begitu banyak peluang dan cara untuk bermula bekerja dari rumah, tetapi masih ramai yang keliru. Sudah ramai yang sudah bermula, tetapi masih ada yang mahu tetapi masih buntu.

Dari wanita bekerjaya ke surirumah sepenuh masa

Wan Rohani Wan Ismail adalah contoh usahawan produk pakaian kanak-kanak dan wanita. Beliau dulu adalah wanita bekerjaya, kini sudah sepenuh masa mengusahakan bisnes dari rumah. Antara produk terbaru wan adalah kek coklat.



Bermula status surirumah, bertukar kepada usahawan dari rumah

Ramai surirumah yang buntu untuk bermula, tetapi sudah ada yang berjaya menambah pendapatan. Siapa dia ya teman kita yang memiliki status ini. Zubaidah Arba'i adalah usahawan online yang sudah pun sukses dengan caranya sendiri. Bisnes produk muslimah dan juga produk kesihatan yang hanya dijual secara online, dan beliau juga pandai mengunnakan pengaruh 'face book' untuk mendekati pelanggan.

Dua wanita ini saya hanya kenal melalui alam maya sahaja, tetapi rasanya sangat membantu untuk mengambil panduan daripada mereka berdua agar lebih ramai mengikutu jejak langkah sebagai wanita bekerja dari rumah

Jika mereka sudah bertukar 'status'. Kalian bila lagi?

Jangan lupa untuk menyertai setiap peraduan yang saya anjurkan. Ada 'sesuatu' yang mahu saya berikan, bukan sekadar mendapat hadiah buku, malah lebih daripada itu sebenarnya matlamatnya.

Nantikan juga 'kemunculan' sesuatu yang benar-benar menjadi impian saya yang akan menjadi kenyataan. Semoga  segalanya dipermudahkan. Walaupun sudah menghampiri garisan, tetapi saya belum berani mengumumkan. Takut nanti berubah perancangan pula. Perancangan Allah lebih hebat di sebalik perancangan manusi. Saya terus berdoa agar 'impian' saya menjadi kenyataan. Mudah-mudahan.

Monday, March 22, 2010

Bisnes dari rumah?

Sekiranya suri-suri sekalian mahu mencari informasi berkaitan dengan bisnes dari rumah, apa jenis maklumat yang ingin kalian tahu.

Kongsi bersama saya, agar mudah saya membuat penyelidikan dan tapisan berkaitan informasi bisnes dari rumah.

Saturday, March 20, 2010

Jom rehat dan santai

Jom kita meneroka lagi keindahan banyak tempat menarik di Malaysia. Tak sempat pergi, cuci mata dahulu.
Sumber:http://www.shangri-la.com/en/property/penang/rasasayangresort

Friday, March 19, 2010

Bengkel sulaman reben, Puan Suzana Mustafa

BENGKEL PERTENGAHAN JAHITAN SULAMAN REBEN

Tarikh : Ahad, 4 April 2010
Masa : 9.30 pagi - 6.00 petang

Bayaran Bengkel : RM200.00, bayaran termasuk;

Bahan-bahan jahitan sulaman reben. KECUALI Jarum dan RAM. Peserta dikehendaki bawa sendiri.

Jika berminat, sila buat booking bayaran RM50.00 ke akaun berikut;

Nama Bank : Maybank2U

Nama Akaun : Suzana Mustafa

No. Akaun : 164481084822

Alamat email : pnannmdc@yahoo.com

***Sila letak bayaran untuk "Deposit Bengkel Sulaman Reben"***

Baki Bayaran RM150.00 hendaklah dibayar semasa menghadiri Bengkel.

Lokasi Bengkel - No. 36-2A, Jalan Temenggung 7/9, Bandar Mahkota Cheras, Kajang. (Sila rujuk peta lokasi).


Thursday, March 18, 2010

Sambuang cerita ‘Gunung everest’ dan ‘biskut chipsmore’

Teks: Masayu Ahmad

Serap dan ambil iktibar


Saya sangat menyanjungi tugas sebagai doktor. Bekerja dalam suasana dalam penuh tekanan, persekitaran orang sakit, tugas yang tidak pernah habis dan sentiasa perlu bersedia 24 jam.

Sekitar usia hakim 1 tahun hingga 3 tahun, kebanyakan masa saya adalah berada di hospital. Hakim selalu keluar masuk ward. Saya suka mencerap persekitaran dalam perspektif apa yang saya boleh ambil pengajaran dan panduan.

Selalunya apabila perlu masuk wad sekitar jam 12 malam, proses biasanya akan berlansungs sehingga pagi. Tetapi saya kagum dengan ketenangan doktor melayan setiap pesakit.

Kadangkala ibu bapa kelihatan sangat bimbang, disebabkan kebanyakan adalah kali pertama. Jadi disebabkan sudah banyak kali tidur dan bermalam di hospital, itu menjadi satu rutin pula.

Apabila Hakim diserang asma, untuk sekian kalinya saya akan bertemu doktor yang sama atau doktor yang baru. Jadi, saya sudah bersedia jawapan lengkap untuk soalan doktor. Doktor tanya sekali, saya menjawab dengan panjang lebar. Saya mahu memudahkan kerja doktor dan jururawat.

Iktibar daripada suasana hospital

Petugas-petugas yang terlibat dalam suasana hospital biasanya sudah tepu dengan kerja sama ada pada waktu malam atau siang. Doktor pula setiap hari melayan pelbagai kerenah pesakit, itu tidak termasuk tidak cukup tidur dan perlu bersedia dipanggil bertugas walau sedang bercuti.

Betapa dasyatnya tekanan dan persediaan mental dan fizikal. Ada juga kadangkala doktor yang tidak cukup tidur, bertugas 24 jam atau berbelas-belas jam.

Kitalah doktor ummah

Apa yang saya mahu sampaikan buat diri sendiri, betapa saya tidak perlulah mengeluh-ngeluh kerana tidak cukup tidur. Betapa ramai orang yang sedang bekerja keras dan berjuang. Masa tidur bukan menjadi keutamaan

Bersyukur

Betapa bersyukur kita ada rutin yang perlu dilakukan. Ada sahabat yang mengadu kesunyian. Kesunyian kerana tidak ada suami sebagai peneman, tiada anak-anak untuk dilayan.
‘Gunung everest’ dan ‘biskut chipsmore’ adalah rutin seorang suri, tidak perlu mengeluh-ngeluh. Kerana masih ramai wanita diluar sana sangat mahu menikmati kehidupan sebagai suri rumah, tetapi masih tidak berpeluang.

Nota: Saya ada hutang tag dari zarin, maya dan kak chik.;D

Tip kekal ghairah walau di mana sahaja

Teks: Masayu Ahmad

Semua terjojol biji mata sekejap, sebab tajuk entri agak ghairah. Ghairah di sini bermaksud sentiasa ghairah bekerja walau berada di rumah.

Kadangkala perasaan motivasi akan sentiasa turun naik. Apa tidaknya, berada di rumah memang seronok, tetapi yang kurang seronok apabila merasakan kerja rumah sentiasa ada yang perlu di selesai.

Selesai masak, perlu mengemas, selesai mengemas urusakan pakaian.

Istilah biasa yang saya dengar:

"Pakaian tidak berlipat setinggi gunung atau gunung everest.

Saya sendiri pun kadangkala sesak nafas juga. Pinggan mangkuk dalam sinki kadang-kadang macam iklan biskut 'chipsmore'. Selesai basuh, ada pula yang muncul beberapa minit atau jam kemudian.

Selesai 'mesin' basuh baju, jemur  dan angkat, sudah menggunung pula yang menanti. Rasanya baru sahaja lipat, tetapi setiap hari gunung everest memang sentiasa ada.

Ini adalah cara saya melarikan diri daripada dikejar 'gunung everest' dan 'chipsmore'.

Bersambung: Aiman mahu tidur ;D...

Buku Inspirasi Contest 2010- SUDAH TAMAT

.SILA SKROL KE BAWAH UNTUK ENTRI TERBARU SETIAP HARI



Bismillahirrahmanirahim

Berikut terma & syarat

1. Perlu menjadi follower http://www.naufalsayang.blogspot.com/ & http://www.masayuahmad.blogspot.com/
2. Pautan blog www.naufalsayang.blogspot.com
3. Pautan dua penaja http://www.galeriilmu.com.my/ & http://www.nazira.biz/
4. Terbuka kepada mereka yang memiliki blog dan juga tidak mempunyai blog (Keahlian Facebook, add saya : Masayu Ahmad)

Peserta Blog
1. Pilih buku yang dingini dan letakkan di side bar dan pastikan ada pautan terus ke blog ini
2. Siarkan entri mengenai peraduan ini di blog anda.
3. Nyatakan adakah anda meminati tudung bawal.
4. Tarikh tutup sehinga diberitahu kelak.

Peserta Facebook

1. Add saya : Masayu Ahmad (bagi yang belum add)
2. Pilih buku dan siarkan bersama jawapan di Notes facebook anda.
3. War-warkan juga peraduan ini di Wall anda beserta link, http://www.naufalsayang.blogspot.com/
4. Emailkan juga jawapan peraduan kepada: pn.masayu@gmail.com.

Anda layak:

1. Hadiah utama, hadiah bonus, hadiah penghargaan.

2. Hadiah Bonus

Sekiranya anda menjadi mendaftar keahlian affiliate di dalam blog ini.
 Anda layak mendapat Hadiah Bonus. (saya akan terangkan nanti affiliate ebook tersebut).
Hanya yang mendaftar melalui blog ini sahaja yang layak mendapat hadiah bonus
Sila daftar di:  www.klikjer.com di pautan di atas. (Header blog)

3. Hadiah penghargaan tajaan nazira.biz


Anda perlu menjawab soalan berikut:

Selepas menyatakan status, pilih mana-mana cabaran yang ingin dikongsi:
1. Status kini
a. Surirumah
b. Wanita bekerjaya
c. Wanita bekerja di rumah
d. SOHO
e. Suami @
f. Tunangan
g. Bekerja dan mempunyai pendapatan sampingan
h. Pelajar

Pilih salah satu cabaran berikut atau gabungkan jika mahu. Kongsikan pengalaman dan cabaran anda.
2. Cabaran menjadi surirumah sepenuh masa
3. Cabaran menjadi wanita bekerjaya
4. Cabaran wanita bekerja di rumah
5. Cabaran mengendalikan bisnes berskala kecil (SOHO)
6. Cabaran menjadi isteri solehah & ibu mithali
7. Boleh letak gambar yang sesuai ( Tidak mahu letak gambar pun tidak apa)

Nyatakan:

1. Nama penuh mengikut ic:
2. Blog:
(Jika anda memiliki dua blog, saya akan pilih salah satu sahaja)
3. Email:
4. Buku Pilihan:
5. Buku Bonus: (Maklumkan status mendaftar affiliate atau tidak)
6. Status mahu tudung atau tidak:

Contoh

1.Nama: Masayu Ahmad
2. Blog: http://www.naufalsayang.blogspot.com/
3.Email: pn.masayu@gmail.com
4.Buku Pilihan: Bawa Hati Kepada Tuhan
5.Buku Bonus: Ke Mana Wang Anda, (Ya, saya sudah mendaftar affiliate klikjer di blog ini)
6.Status tudung: Ya, mahu


Peserta Blog

1. Wan Rohani Wan Ismail-http://tintacomellote.blogspot.com/2010/01/buku-inspirasi-contest-2010.html
2. Nurhidayah Nazahiyah Erham-http://hidanaza.blogspot.com/2010/01/day-104-buku-inspirasi-contest-2010.html
3. Sakinah Mohd Ghazali-http://segalanyerkuterima.blogspot.com/2010/01/buku-inspirasi-contest-2010.html
4. Farhanin Abdullah Asuhaimi-http://seindahbayu.blogspot.com/2010/01/buku-inspirasi-contest-2010.html
5. Nurul Huda Ahmad Adnan-http://noiya.blogspot.com/2010/01/buku-inspirasi-contest-2010.html
6. Zubaidah Arba'i-http://ummihanani.blogspot.com/2010/01/buku-inspirasi-contest-2010.html
7. Hadhatina Abdul Halim-http://adhatine.blogspot.com/2010/01/buku-inspirasi-contest-2010.html
8.Lathifah Ulfa Ismail-  http://ulfanur.blogspot.com/2010/01/buku-inspirasi-contest-2010.html
9. Mommy Lyna-http://myonlinegiveaway.blogspot.com/2010/02/buku-inspirasi-contest-2010.html

Sila tinggalkan jejak anda di ruangan komen peraduan sahaja. Terima kasih.

Kemeriahan sudah dirasai di PWTC



Ini bahagian paling digemari saya, buku-buku bisnes dan pengurusan.
Sumber: PTS Face book

Aku tidak layak ke syurga, tetapi tidak sanggup ke neraka


Jemput semua ke blog Cik li di http://manzlie-makkah.blogspot.com/

Saya gemar ke blog beliau, ada sesuatu yang melambai-lambai. Sungguh! Sesiapa sahaja sangat teruja, dan betapa bertuah Tuan empunya blog yang bekerja di sana, saban hari beliau sentiasa berkongsi perkembangan terkini suasana di Mekah.

Wednesday, March 17, 2010

Pesta Buku Antarabangsa 19-28 Mac 2010

Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd


Sekarang ini para penerbit buku, editor, penulis, dan juga mereka yang terlibat dalam Pesta Buku Antarabangsa 2010 sudah tidak senang duduk. Semua akan sibuk bermula hari ini dan esok adalah hari pertama Pesta Buku 2010.

Penerbit PTS Sdn. Bhd


                              


Sekitar jam 10 pagi
Sumber foto: Pts- Face book

Jomlah semua ke sana. Memang rambang mata dibuatnya. Saya juga tidak senang duduk, melihatnya banyak buku terbaru yang lazat-lazat untuk disantap. Aduh, saya sudah mula mabuk buku. Timbunan buku di depan mata ini pun belum habis saya baca, jika ke sana lagilah 'tenggelam'. Banyak cinta hati baru yang sedang melambai-lambai jiwa saya mahu dipungut untuk dibawa pulang. Saya dalam keadaan panasaran.

Urus Bisnes Dengan Google- Buku Pilihan






Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan dan bacaan bagi suri-suri yang mahu secara serius memulakan bisnes maya. Buku ini adalah tulisan Tuan Zamri Mohamad, penulis prolifik yang begitu saya kagumi. Buku ini boleh diperolehi sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang akan bermula 20 hingga 28 Mac 2010. D

Harga: RM 25.00 / RM 28.00

ISBN-13: 978-967-369-013-8

Tarikh Terbit: 23 Mar 2010

Jumlah Muka Surat : 336


Kategori: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Cabaran bekerja di rumah dan solusi

Teks: Masayu Ahmad

1. Anak-anak kecil.
Anak-anak kecil kadangkala suka membuat permintaan untuk menarik perhatian. Ketika anda sibuk mereka juga sibuk agar anda dapat menemani mereka makan, bermain, menonton, belajar dan tidur.

2. Jiran tetangga.
Kadangkala apabila berada di rumah, ramai yang faham situasi anda surirumah, tidak kerja lain selain urusan rumahtangga dan anak-anak. Sebaliknya anda sedang 'berperang' pelbagai tugasan daripada majikan.

3. Tetamu 'segera'.
Tetamu adalah rezeki, jadi sibuk bagaimanapun, anda perlu melayan tetamu sebaik-baiknya. Urus dan layan tetamu seperti anda tidak ada apa-apa urusan yang sibuk. Selepas tetamu pulang, teruskan bekerja keras. Menjaga hati tetamu agar tidak berkecil hati apabila mendapat layan acuh tidak acuh daripada tuan rumah.

4. Tugas 'serentak' bersama kerja rumah tangga.'

Beberapa tugas serentak bersama urusan kerja rumah perlu diselesaikan. Buat mengikut putaran masa, walaupun anda tahu anda tidak cukup masa 24 jam, lalui dan selesaikan satu persatu. Bertenang dan cuba tulis pada sehelai kertas. Senaraikan satu persatu, apabila selesai tandakan. Apabila anda lihat hampit separuh selesai, anda semakin bersemangat untuk selesaikan kesemuanya dengan kadar segera.

Saya sekarang ada 9 tugas berstatus segera, saya sibuk, tetapi masih berpura-pura tidak sibuk. Ini cara untuk tidak kelam kabut dan lebih serabut kerana banyak tugas belum selesai. Bertenang tarik nafas dan ambil masa anda (saya lah tu ;D)

5. Pengaruh tv, internet, laman sosial (Face book),

Saya sudah lama tidak menonton tv, sejak Disember 2009 hingga saat ini 18 Mac 2010, tv sudah tidak memberi pengaruh kepada saya. Internet digunakan untuk mencari maklumat manakala laman sosial digunakan untuk berhubung dengan teman lama. Jika tidak mahu asyik, saya segera keluar daripada status laman sosial (face book)

Salam penuh kasih sayang.

http://www.masayuahmad.com/

Langkah demi langkah bekerja dari rumah.

Teks: Masayu Ahmad

Ramai yang masih keliru bagaimana cara untuk bekerja dari rumah. Berikut beberapa soalan yang saya terima daripada kenalan maya yang berminat untuk bekerja dari rumah.

1. Bagaiman mahu mulakan, keliru dan tidak nampak peluang?
2. Apa program yang sesuai untuk diikuti?
3. Apa jenis kursus dan kemahiran yang perlu diikuti?

Terdapat dua jenis peluang iaitu:

1. Bekerja-Contoh penulis, penterjemah, membuat laman web.

2. Bisnes- Bisnes skala kecil, jual secara online, jual secara konvensional.

Peluang lain:

1. Pemasaran Internet
2. MLM

Kesesuaian menceburi peluang bekerja dari rumah adalah tidak sama bagi setiap orang. Pemilihan bekerja atau bisnes adalah berdasarkan minat, pengalaman, latar belakang pendidikan dan juga kemahiran.

Macammana pula jika minat tetapi tidak ada kemahiran?

Di Malaysia kini terdapat banyak program atau kursus yang percuma atau berbayar untuk mengasah kemahiran anda. Contoh yang paling mudah, jika anda berminat untuk menjual kek, biskut, boleh ikuti mana-mana kursus jangka pendek yang ditawarkan secara individu atau mereka yang mempunyai kepakaran berkaitan.

Guna sepenuhnya akses internet untuk membina jaringan di kalangan surirumah dan mereka bekerja dari rumah. Daripada kelompok tersebut anda menemui banyak idea, pandangan dan juga sahabat yang mempunyai minat yang sama.

Salam penuh kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/

My Mother Yusoff Islam Nasyeed song

My Mother



ABC



Count & Move


Nota: Disebabkan Aiman ada atas riba, jadi terpaksa layan sebentar si kecik ini. ;D. Jom menyanyi bersama Aiman.

Tuesday, March 16, 2010

BENGKEL FAMA K SHOP, PIZZA & TARTLET

Dari kini, baju unggu adalah editor majalah Seri Dewi & Keluarga

Bekerja dengan jiwa

Teks: Masayu Ahmad

Agaknya sudah menjadi lumrah ramai yang sukakan duit banyak sekelip mata. Cepat atau lambat, sebenarnya kembali kepada garis panduan mencari rezeki. Mencari sumber yang halal dan berkat. Jika bekerja, maka perlulah bekerja dengan tekun dan jujur. Jika mengusahakan bisnes, jadi usahawan yang sentiasa mencari peluang dan cara yang betul. Tidak ada istilah 'short cut' untuk berjaya. Semuanya perlu usaha dan gabungan resipi positif yang lain.

Ramai mahu kaya, tetapi tidak mahu berusaha. Ramai mahu berjaya tetapi tidak ada semangat. Pada saya tiada jalan mudah, melainkan usaha, usaha, usaha, doa, doa, doa dan tawakkal.

Saya melihatkan ini dalam keupayaan anak-anak kecil yang mahu mencuba tanpa putus asa. Kebiasaan Arif jika mahu pakai baju, dia suka jika dia dapat pakai sendiri. Kadangkala jika saya mahu pakaikan, akan keluar ayat berikut,

"Tak apa, tak apa biar Arif pakai sendiri,"

Kadangkala apabila salah menyarung atau terbalik, Arif kembali menyuakan baju kepada saya. Apabila sudah faham cara pakai, dia kembali mengambil baju dan mahu pakai sendiri.

Ikhtiar cara anak kecil

Saya melihatkan cara Hakim, apabila mahu lakukan sesuatu dengan pelbagai cara. Contohnya jika dia tahu ada sesuatu yang menarik atas almari akan diusahakan untuk melihat. Ikhtiarnya, dengan mengambil meja bulat yang besar, diletakkan kerusi atasnya. Kedudukan meja rapat ke dinding, dengan upaya dan ketinggian yang terhad Hakim berjaya mencapai apa yang ada atas almari.

Hakim pernah berjaya memboloskan badan melalui celah pintu yang sudah dikunci. Saya terpinga-pinga sebenarnya. Kedudukan pintu pagar yang bertemu muka ditutup dengan rantai. Tetapi Hakim berjaya memboloskan badan, kerana ada sedikit ruang yang muat tubuh badannya.

Bekerja sepenuh jiwa

Apabila kita sudah meletakkan semangat mahu bekerja dari rumah. Ya, suatu hari perlu direalisaikan. Nyatakan dengan jelas tarikh anda akan berhenti kerja dan sudah mempunyai pejabat di rumah. Mulakan secara sambilan, sebelum memulakan sepenuh masa.

Carilah blog-blog surirumah yang sudahpun sepenuh masa bekerja dari rumah. Berkenalan dan ambil sikap dan bina persahabatan atas dasar keikhlasan.

Saya sangat terharu sebenarnya apabila ada yang menghubungi, menghantar email, menegur di laman sosial (face book), menghantar pesanan. Menyatakan ikhlas mahu kenal dan berkongsi pandangan. Amat saya alu-alukan, semoga ada manfaat daripada jalinan ukhwah walaupun secara maya.

Namun saya kurang gemar apabila secara tiba-tiba menyatakan mahu berjumpa kerana ada agenda tetapi tidak menyatakan dengan jelas kenapa mahu jumpa. Saya ini ada prinsip kerja juga, jika profesional cara berhubung, maka profesional juga layanan saya. Begitulah sebaliknya. Tetapi saya tetap bersangka baik daripada setiap yang mahu berkenalan. Terima kasih atas kesudian.

Jika saya tidak sempat menjawab atau membalas sapaan kalian di blog ini janganlah berkecil hati. Saya suka anda datang ke sini dan suka meninggalkan jejak. Mungkin saya menjadikan kesibukan sebagai alasan tidak sempat membalas sapaan kalian. Saya mahu, tetapi tidak sempat. Terima kasih sekali lagi. Rasanya sungguh terharu, kerana saya bukanlah siapa-siapa, sekadar berkongsi pandangan dan mahu melihat lebih ramai wanita bekerja di rumah menjadi kenyataan. Insya-Allah.

Kisah Datin Y dan Usahawan X

Semasa bekerja sebagai wartawan dahulu, ada satu ruangan atau kolum 'bisnes niaga'. Dalam ruangan ini kami (wartawan) perlu menemuramah wanita-wanita mengusahakan bisnes kecil yang baru berkembang. Ini antara pengalaman yang tidak saya lupakan dan serap sebagai garis panduan untuk saya sendiri. Saya menemui pelbagai karektor dan sikap usahawan wanita.

Antara pengalaman yang paling mahal ialah mengenali ramai usahawan yang rendah diri, jujur dan mudah bekerjasama. Ini adalah sikap usahawan berjaya, ini bukan rekaan dan saya sudah menemui usahawan sebegini di duna realiti.

Dan saya merasakan sikap itu sudah ada dalam beberapa kenalan maya sekarang. Saya menampakkan ciri-ciri ini dan saya doakan mereka yang bersikap begini, teruskan dengan cara ini dan semoga mereka semakin sukses dan bisnes terus berkembang.

Kembali kepada kisah Datin X dan Usahawan Y.

Datin X, saya tahu ada agenda tersendiri sebagaimana Usahawan Y. Dalam satu trip bisnes dan membawa beberapa wartawan ke Sabah saya ikut serta. Dalam satu sesi, Usahawan Y juga mempengaruhi saya untuk agendanya sendiri. Saya ini pula wartawan muda dan masih hingusan lagi, akan tetapi sudah faham sebenarnya akan niat tersembunyi. Macam ahli nujum pula saya. Disebabkan saya tidak melayan keinginan Usahawan Y, maka dia mengugut saya akan mengadu pada bos saya. Saya hanya senyum dalam hati.

Dan berkata, Ya Allah ramai sungguh karektor sebegini, mahu jalan pintas dan menyalahgunakan jalinan yang baru sahaja berputik. Kerana saya berada dalam pihak yang benar, jadi tidak perlu gusar akan ugutan Usahawan Y. Saya tetap berpegang pada prinsip kejujuran dan cuba  menyerap pelbagai karektor usahawan dari sudut positif.

Namun saya tetap kagum dengan Usahawan Y, apabila berjumpa dengan saya, dia tetap ramah mesra dan dan saya suka sikapnya itu. Tetap mengundang saya ke majlis di rumahnya, walaupun saya tidak pernah pergi tetapi dia terus juga mahu baik dengan saya. Jadi saya hanya mengambil sikap postif Usahawan Y, sikap ugutan dan ambil kesempatan saya jadikan sempadan dan tauladan buat diri sendiri.



Salam penuh kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/

Sunday, March 14, 2010

Suci Sekeping Hati



Saya kini dalam mood menyanyikan lagu-lagu motivasi

Jomlah bersama saya menaikkan motivasi dalaman diri, moga kita semakin setiap hari semakin kuat melalui perjalanan kehidupan yang semakin matang.

Hayati lirik ini bersama saya

Suci Sekeping Hati

Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalu jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujia yang datang melanda
Ada perangkap menungu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba

Teman Sejati

Muhasabah Cinta

Solat Tasbih

Jikalau dilakukan waktu siang satu salam saja dan jika dilakukan waktu malam dua salam. Bilangan solat tasbih adalah 4 rakaat. Diperintahkan bagi kita untuk mengerjakannya setiap hari sekali, kalau tidak sanggup, satu kali dalam satu jumaat, atau satu kali dalam sebulan, ataupun satu kali dalam setahun, jika tidak sanggup juga, satu kali dalam seumur hidup!

Bacaan tasbih itu ialah :

Lafaz Niat Solat Sunnat Tasbih

Sahaja aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala




Caranya ialah :

1. Setelah membaca doa iftitah dibaca tasbih 15 kali.

2. Setelah membaca fatihah dan surah 10 kali.

3. Ketika rukuk dan setelah membaca tasbih rukuk, dibaca 10 kali.

4. Semasa I'tidal dan setelah bacaan I'tidal 10 kali.

5. Sujud pertama dan setelah membaca tasbih sujud, dibaca 10 kali

6. Semasa duduk di antara dua sujud setelah membaca doa yang biasa di dalamnya, dibaca 10 kali

7. Sujud kedua dan setelah membaca tasbih sujud, 10 kali.



Doa Sunat Sembahyang Tasbih


"Ya Allah, Ya Tuhanku, aku bermohon taufiq daripada Mu seperti mana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk, dan jadikanlah amalan ini sepertimana amalan ahli yakin, dan jadikan aku dari golongan yang menerima nasihat, orang-orang yang bertaubat, dan keazaman ku seperti mana orang-orang yang takut. Dan aku bermohon seperti mana pemohon orang yang suka kepada kebaikan dan beribadah seperti ibadat orang-orang yang warak. Dan jadikan pengetahuanku ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga aku termasuk ke dalam golongan orang yang takut kepada Engkau.

Ya Allah, aku memohon kepadaMu, jadikan dalam diriku ini perasaan takut yang dapat menghalang aku daripada melakukan maksiat sehinggalah aku beramal dengan penuh ketaatan kepadaMu sebagaimana amalan yang aku merasa perlu mendapatkan keredhaanMu dan juga sehingga aku betul-betul ikhlas dan bertawakal kepadMu dalam setiap perkara, dan aku memohon supaya menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau Maha Suci Engkau Pencipta Cahaya kebenaran.

Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, dan ampunilah kami. Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha Berkuasa."

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin