Monday, May 13, 2013

Kurangkan toksin dan buang kolesterol cara sunnah

Teks: Masayu Ahmad

Banyak sangat garis panduan kehidupan dan kesihatan yang sudah pun quran dan Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan buat kita. Tinggal sahaja lagi mahu ikut atau tidak sahaja.


Cuka kurma sangat bagus untuk membuang toksin dan merendahkan kolesterol badan. Juga sesuai diambil oleh pesakit kencing manis.

Cara pengambilan harian:

1 sudu madu (pagi)
- Ambil pada waktu pagi mengikut saranan Rasulullah
-Meningkatkan kecergasan



1 Sudu cuka kurma dan segelas air (malam)
Boleh diambil pada sebelah malam untuk memperbaiki kadar gula pada waktu pagi, meningkatkan metabolisme dan membersihkan usus
Sumber produk di sini ya 



Ok, saya berdikit-dikit menyelesaikan produk sunnah terlaris. Jika berminat untuk sertai dropship saya,

Semua produk di sini
 http://sunnahmall.blogspot.com/

Terma dan syarat

1. Siapkan fan page

2. Siapkan blog

3. Masukkan semua produk

5. Bayar RM20 yuran komitmen hanya beli ebook www.janawangdirumah.com sahaja.

6. Mesej saya di fb

7. Jika sudah beli ebook, mesej sahaja dan saya akan masukkan ke grup Mall Sunnah Network

Hanya 6 langkah mudah di atas sahaja. Saya tawarkan kepada 50 orang yang serius sahaja .)


Etika usahawan online tips wahm soho

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah sudah 14.5.2013. Sudah ramai yang menjana pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Maksudnya bekerja dari rumah bukan lah satu perkara yang sia-sia, atau hanya impian semata.

Tips suri bekerja dari rumah: Jaga Emosi

1. Ketika anak sedang melalak, pelanggan bertalu-talu tanya order. Bertahan dan bertenang sahaja. Pelanggan tak nampak pun kalian tengah cemas kiri dan kanan. Jawab sehabis baik, atau tinggal lima minit baru sambung. Bimbang nanti apa yang kita tulis berbaur emosi, pelanggan tak jadi beli.

2. Bersedia dengan apa sahaja risiko. Salah satu risiko biasa, pelanggan mahu esok sampai esok juga, walhal baru tu dia bayar. Sabar juga, jawab dengan baik dengan jujur.

3. Jangan menyalahkan sesiapa. Berusaha memperbaiki keadaan, siapa pun tidak salah, kadangkala ada perkara berlaku diluar kawalan kita. Belajar untuk bersabar dan menangani masalah. Nama pun pengurus rumah tangga dan pengurus online kan, urus sahaja masalah itu dengan baik.


4. Kanta kunci di sini, jaga emosi, sabar, usaha luarbiasa. Lagi informasi persediaan bekerja di rumah di sini yawww.janawangdirumah.com. Ini pula panduan hebat tak hebat cabaran bekerja di rumah kisah benar boleh baca di sini http://superwahmsupermom.blogspot.com/


Tips suri bekerja dari rumah: Jaga emosi pelanggan
Tadi emosi kita, ini emosi pelanggan pula.


1. Jangan sesekali bertanya pelanggan bertalu-talu.
"Hai lah kak, bila nak bayar ni?
"Hai lah kak, saya dah simpan barang ni, jadi ke tidak!!!
"Ada!!!

Pelanggan rasa, 
-Ingat aku ni tak ada duit sangat ke, ditanya bertalu-talu. Tak jadilah nak beli.
-Jangalah guna !!!- dilihat sebagai kurang sopan.

Tukar
-Tanya dengan baik. Barang ini saya sudah simpan, kalau tidak mahu saya akan jual kepada orang lain. Stok juga terhad. Jangan tanya lagi, jika betul dia mahu, dia akan bayar segera.

Kata kunci di sini, jaga emosi, jaga bahasa, jaga etika, usaha luarbiasa. Lagi informasi persediaan bekerja di rumah di sini yawww.janawangdirumah.com. Ini pula panduan hebat tak hebat cabaran bekerja di rumah kisah benar boleh baca di sini http://superwahmsupermom.blogspot.com/

Sunday, May 12, 2013

Hujan mencurah, momen terindah

Teks: Masayu Ahmad

Galak hujan turun mencurah, alhamdulillah. Tempias dan menderu aura nyaman. Pokok riang ria. Momen begini, mudah sekali teringatkan gulai lemak pcuk nidding, letak ubi stelo. Lawannya pula ikan budu goreng diracik dan dicampur telur, perah pula asam limau. Terangkat. Semerbak di dapur harus mengundang rasa lapar. Kepul asap dari periuk, makan berjemaah beramai, seronoknya waktu kecil ;) Itulah dapur dan arwak emak. Dapur dan kita sendiri sebagai ibu, ibu segala kasih sayang. Ia bermula dari dapur, masakan, suapan kasih sayang. Terima kasih Allah, atas kurniaah hujan yang cukup nyaman lewat petang menanti maghrib.

Alhamdulillah. Siap sudah masakan malam. Telur masak kicap buat kanak-kanak riang, ikan siakap goreng dan sayur lada hitam. Isi sayur? Saya lupa namanya.

Anak-anak rehat sebentar sementara menanti maghrib, bagi ruang kepada mereka. Jadual harian yang padat dari pagi hingga petang. Sekejap sahaja masa berlalu. Namun, saya masih bertarung dengan jadual, dek kerana terbabas kerana kurang sihat. Berdikit-dikit dengan momentum dan perlu masukkan gear sedikit demi sedikit.

Ya, mengingatkan sendiri, senarai tahun ini adalah 12 sasaran ebook atau buku, 3 baru selesai. Lagi berbaki 8, saya belum boleh horey-horey.

Mengapa saya sibuk mengejar?

Cabaran dan sasaran adalah 30, ia adalah angka lebih sedap untuk 'pencen bergaya'. Alhamdulillah atas sambutan ebook, ia berterusan mengalir.

Ia juga mudah, penat sekali dan pendapatannya berterusan.

Mengapa pula saya sibuk-sibuk juga dengan produk makanan sunnah. Ya, ia juga amanah, agar 
yang singgah di sini mahu mencari peluang menambah pendapatan, jadi saya sediakan peluang. Sehari sekurangnya 1 produk saya masukkan, bagi yang mahu mula, sudha boleh menjual. Mula sekarang jangan bertangguh lama lagi, ok.

Saya letak yuran komitmen serendah RM20 sahaja, sebagai syarat pelaburan berani atau tidak. Dan usahakan kembali mendapatkan modal tersebut. Hanya beli ebook di bawah sahaja
www.janawangdirumah.com


Maksudnya, kalian sudah baca dan faham asas bekerja dari rumah. ;)


RM20 sahaja dengan membeli ebook www.janawangdirumah.com

100 produk sedang dimuat naik di sini ya http://sunnahmall.blogspot.com/

ini sahaja langkah kalian

1. Create fan paga produk sunnah (apa-apa nama pun boleh, asalkan ada nama produk sunnah)

2. Create blog (sangat perlu, kerana ada pelanggan yang tidak ada fb)

Sudah selesai masukkan gambar dari sini-http://sunnahmall.blogspot.com/

Buat bayaran yuran dan mesej saya di fb, saya akan berikan senarai produk dan komisyen untuk setiap jualan. 50 orang pertama yang serius sahaja


Saturday, May 11, 2013

Bangun dan berjuang

Teks: Masayu Ahmad

Sudah 12.5.2013, Alhmamdulillah, ini tugsan yang masih saya tekuni

1. ebook mula bisnes jahitan
2. ebook 101 bisnes makanan

Dua ebook di atas dan lima lagi judul ebook. Tahun ini perlu siapkan 12 sebagaimana sasaran sejak awal tahun. Setelah beberapa minggu kurang produktif, saya perlu kembali ke trek.

Sangat perlu untuk selesaikan sasaran 30 untuk memberi ruang lebih selesa sumber pendapatan pasif iaitu memudahkan saya untuk pencen awal.

Juga masih berlangsung kelas online, kelas offline akan bermula di Kota Bharu sahaja. Kelas untuk blog dan asas fan page juga sudah dibuka.

Lagi tugasan yang lain
3. Memasukkan seberapa banyak buku di shopping carta www.nbbukuonline.com

Ini berperingkat saya lakukan untuk memudahkan pelanggan membeli dengan lebih mudah. Tidak perlu pm, pm lagi.

Oh ya, juga bagi kalian mahu menjana pendapatan, antara dropship yang masih saya tawarkan adalah dropship sunnah.

Salah satu peluang yang saya buka adalah memberi satu platform, untuk kalian yang tidak produk dan tidak ada modal. Sudah ada internet dan ada komputer. Jadi boleh sertai Produk Sunnah Network.

Yuran komitmen dikenakan

RM20 sahaja dengan membeli ebook www.janawangdirumah.com

100 produk sedang dimuat naik di sini ya http://sunnahmall.blogspot.com/

ini sahaja langkah kalian

1. Create fan paga produk sunnah (apa-apa nama pun boleh, asalkan ada nama produk sunnah)

2. Create blog (sangat perlu, kerana ada pelanggan yang tidak ada fb)

Sudah selesai masukkan gambar dari sini-http://sunnahmall.blogspot.com/

Buat bayaran yuran dan mesej saya di fb, saya akan berikan senarai produk dan komisyen untuk setiap jualan. 50 orang pertama yang serius sahaja




Friday, May 10, 2013

Pagi yang bugar-tips suri terhebat

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, atas kurniaan hari ini. Masih berbaki hujung-hujung rasa sakit badan. Itu maknanya saya memang perlu rehat betul-betul. Tetapi rasa macam tak boleh rehat, lihat senarai tugas. Kalau di depan lap top tidak ada masalah, hanya tekan hujung jari sahaja kan.

Ada semalam untuk sarapan saya masak pun tak sedap. Itulah dia, emosi sangat mempengaruhi apa yang kita lakukan. Masih di atas dapur, gulai ayam ala kelate, tunggu masak atas api kecil.

Apa tugasan hari ini
1. Menyambung tugasan ebook saya dan ebook protege. Agak terbabas namun insya-allah akan siap juga.

2. Berdikit-dikit selesaikan 100 produk sunnah. Boleh kalian lihat di sini ya

Salah satu peluang yang saya buka adalah memberi satu platform, untuk kalian yang tidak produk dan tidak ada modal. Sudah ada internet dan ada komputer. Jadi boleh sertai Produk Sunnah Network.

Yuran komitmen dikenakan

RM20 sahaja dengan membeli ebook www.janawangdirumah.com

100 produk sedang dimuat naik di sini ya http://sunnahmall.blogspot.com/

ini sahaja langkah kalian

1. Create fan paga produk sunnah (apa-apa nama pun boleh, asalkan ada nama produk sunnah)

2. Create blog (sangat perlu, kerana ada pelanggan yang tidak ada fb)

Sudah selesai masukkan gambar dari sini-http://sunnahmall.blogspot.com/

Buat bayaran yuran dan mesej saya di fb, saya akan berikan senarai produk dan komisyen untuk setiap jualan. 50 orang pertama yang serius sahaja

Thursday, May 9, 2013

Maksud yang lebih luas 'bekerja dari rumah'

Teks: Masayu Ahmad

baca lagi dalam www.janawangdirumah.com
Sepenuh masa

Ada yang mengambil peluang atau mengembangkan bisnes atau kerjaya dengan bekerja dari rumah secara sepenuh masa. Maksudnya tidak bekerja makan gaji, tetapi bekerja dengan cara lebih fleksibel dan tidak terikat dengan mana-mana majikan.

Sambilan
Ada individu yang sudah mempunyai kerjaya dan sudah selesa dengan kerja yang ada. Sangat sayang untuk meninggalkan kerjaya, tetapi masih ada ruang untuk melakukan secara sambilan. Mempunyai pejabat sendiri di rumah yang dikenali juga sebagai pejabat di rumah atau small office home office (SOHO). SOHO dilakukan untuk mencari kepuasan dalam apa sahaja perkara yang mahu dikembangkan sama ada bekerja atau mengusahakan bisnes

Suami isteri
Ada juga suami isteri yang bekerja tetapi bekerjasama membangunkan syarikat sendiri, dengan operasi bisnes skala kecil. Mempunyai SOHO di rumah adalah satu kelebihan untuk mereka kekal fokus.


Suami atau isteri

Salah seoarng sama ada suami atau isteri yang bekerja di rumah. Ia bukan perkara luar biasa, kerana ia sudah menjai satu perkara biasa. Ada suami yang bekerja isetri bekerja dari rumah. Ada isteri yang bekerja manakala suami yang bekrja dari rumah.

Mulakan dengan minat dan kepakaran untuk bertahan-IK


Sumber: Irfan Khairi (email)

Nak Mula Bisnes? Baca artikel ini!
Oleh: Irfan Khairi
Ketika menjalankan seminar dan kursus perniagaan serata Malaysia, soalan yang sering ditanya adalah, apakah perniagaan yang terbaik boleh dilakukan? 
Jawapan saya pula setiap kali adalah "apakah minat anda?"
Dalam memulakan perniagaan, sebaiknya ia mengikut minat, kebolehan atau kepakaran yang ada pada diri sendiri. Kebanyakan perniagaan yang gagal adalah kerana menjalankan perniagaan yang tidak diminati. 


Selalu saya dengar usahawan mengadu selepas gagal berniaga baru sebulan dua, kerana memulakan perniagaan sebab "ikut kawan", "perlukan wang sangat" atau "saja nak cuba". 

Teringat saya 12 tahun lalu ketika saya mulakan  perniagaan Internet saya yang pertama untuk menjana wang tambahan, iaitu perkhidmatan merekacipta, selama setahun saya cuma berjaya mendapat tiga orang pelanggan sahaja. Tiga pelanggan dalam masa setahun adalah satu kegagalan- modal juga tak pulang!
Tetapi, walaupun gagal, saya tidak putus asa dan meneruskan juga perniagaan. Sebab apa? Sebab saya amat berminat dalam bidang rekacipta. Ketika di sekolah agama dulu, jika ada pertandingan tulisan khat, pastinya saya menang. Ketika di sekolah rendah dan menengah sering jual hasil lukisan saya kepada kawan-kawan. Di ITM dan universiti pula, membuat T Shirt dan kad raya untuk dijual sesama kawan. Minat dan bakat saya sememangnya dalam bidang rekacipta dan sebab itu, walaupun menjalankan perniagaan dengan hanya 3 pelanggan setahun, saya tetap melakukannya oleh kerana minat- bukan kerana wang.

Bila membaca kisah-kisah bilionair berjaya seperti Bill Gates, Steve Jobs, Oprah Winfrey, Richard Branson, kesemuanya menjalankan perniagaan yang menurut minat dan kebolehan masing-masing. Jadi, bukan lagi rahsia bahawa kunci kejayaan perniagaan adalah pada minat.
Sekiranya anda ingin mulakan perniagaan, tidak perlu lihat di tempat lain dahulu, tetapi lihat dalam diri sendiri. Apakah minat anda? Apakah kekuatan anda? Apakah kebolehan anda? Apakah latar belakang anda? Jawapan kepada soalan-soalan ini adalah permulaan untuk menentukan perniagaan jenis apa yang terbaik untuk anda lakukan.
Bila dalam keadaan memerlukan wang tambahan, berbagai-bagai cara difikirkan, antaranya adalah memulakan perniagaan sambilan. Nasihat saya dalam keadaan terdesak wang, seringkali emosi mengawal perasaan kita dalam meneyertai program perniagaan, skim pelaburan dan macam-macam lagi peluang menjana pendapatan di luar sana.
Fikir sebelum melaburkan apa sahaja wang yang kita ada oleh kerana diluar sana terlalu banyak peluang-peluang perniagaan, menjana pendapatan dan melabur yang hanya meleburkan duit kita sahaja. Fikirkan minat yang pertama, dan wang ke dua!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin