Wednesday, December 16, 2015

Sehidup semati

Teks: Masayu Ahmad

2015 bakal meninggalkan kita tidak lama lagi. Ia sudah tentunya meninggalkan kesan yang mendalam buat diri saya sekeluarga.


Pada cuti pertama persekolahan saya merancang untuk pulang ke kampung tok ayah, memandangkan sudah dua bulan tidak balik. Juga kerana kesihatan tidak mengizinkan.


Kebetulan pula en.suami perlu ke Kuatan atas urusan kerja. Jadi anak-anak sudah tidak tidak sabar untuk pulang ke rumah tok ayah.

Usai pagi en.suami turun, seperti biasa saya sudah pun mengemas dahulu dan memasak untuk bonda dan ayah mertua.


Tidak sebagaimana selalu saya turun begitu sahaja dan tidak pula bersalaman dan memohon maaf sebagaimana biasa.

Di pertengahan jalan saya memang merasa satu kepelikan dengan sikap saya sendiri.

Anak-anak sebagaimana biasa sangat gembira kerana sudah lama ibu tidak bawa berjalan jalan.

Juga sebagaimana mana biasa sudah memaklumkan kepada ipar bahawa perlu balik esok hari untuk sarapan mok dan atok.

Seminggu kami berada di rumah tok ayah.

Usai kami pergi sudah menerima mesej atuk sudah tidak sihat dan tidak lalu makan.

Aduhai, ayahanda pula tidak sihat, jadi saya bertahan dahulu untuk menjaga ayah dan ipar menyambung tugas menjaga ke dua nya.

Namun seminggu ini bonda mertua pula demam dan tidak sihat. Sehinggalah petang Jumaat barulah saya pulang.

Rutin biasa, pada petang ini memandikan ayahanda mertua. Esoknya juga berpagi saya mandikan, menyuap dan memberi makan ubat.

Selama lima tahun ini hanya tiga kali ayah mertua sakit begini dan memerlukan bantuan untuk mandi dan urusan yang lain.

Sabtu itu bonda mertua tidak mahu ke rawatan dialisis seperti biasa, katanya dia masih demam.

Arwah bercerita, selepas saya pergi, malam itu dia bersiap untuk makan malam.

"Ma, sudah siapkan makan malam. Datang ke bilik dan atuk sudah tiak mahu bangun. Tidak ada selera."

Pada pagi Sabtu itu saya sempat menyuapkan 10 sudu nasi berlauk ikan tenggiri yang dibawakn kak yah yang datang menziarah.

Saya lihat ma yang tidak lalu makan dan mukanya agak sembab.

Malamnya doktor sudah datang ke rumah dan didapati bacaan kencing manis ayah mertua sudah tinggi dan tidak dapat dibaca. Saranan doktor agar segera dibawa ke hospital.

Sekitar jam 3 pagi saya terjaga kerana dikejutkan kak wani (biras).

Ketika saya keluar dari bilik, ma baru keluar dari bilik air.

"Allah, Allah, Allah."

Saya sempat menyambut tubuh ma dan rebah dalam ribaan.

Sudah kebiruan dan peluh merecik.

Bersambung.











No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin