Teks: Masayu Ahmad
Hujan rintik pagi ini mengiringi hari pagi yang indah. Apa pun yang berlaku dan berlalu, kita lepaskan dengan penuh keredhaan. Ketentuan Allah diterima dengan hati lapang.
Alhamdulillah, saya mahu fokus kepada 20 ebook dan lagi 20 ebook baru untuk tahun 2016.
Selepas kesukaran pastinya ada kemudahan. Masa yang ada ini saya mahu selesaikan pula impian sendiri sebelum menutup mata.
Semalam satu hari bawa anak-anak ke kedai buku, kemudiannya kami makan tengahari di luar. Malam juga begitu. Saya ambil masa untuk berehat.
Juga mengambil masa untuk mengemaskini beberapa lagi urusan rumahtangga.
Kemudian saya bermula perjuangan menyelesaikan tugasan menulis yang mahu saya sudahkan insya-Allah. Minggu ini perlu menyempurnakan apa yang diperlukan editor. Harapnya dua manuskrip ini dapat diterbit dengan pada awal tahun hadapan. Apa pun saya sudahkan yang terbaik pada pihak saya dan yang lain saya serahkan pada yang menyelesaikannya. Saya tidak mahu tunggu lagi, kali ini saya akan sudahkan. Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment