Saturday, May 30, 2015

Sudah tidak sabar mahu berhenti kerja

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah atas kasih sayang Allah, terima kasih kerana masih setia berkunjung ke sini. Minggu ini saya sambung marathon menyiapkan 3 manuskrip paling di bawah. Doakan agar dipermudahkan penulisan. Insya-Allah.

Minggu selepas berakhir anak-anak peperiksaan, dan menanti minggu bercuti, seterusnya kita bakal memasuki pertengahan tahun.

Hari ini fokus saya menyelesaikan 20 artikel untuk majalah Mingguan Wanita, sudah hantar 5 berbaki 15.

Kemudian sambung marathon untuk ebook bina kedai online. Dan selesaikan dua manuskrip untuk penerbit iaitu mula bisnes tanpa modal dan juga perkemaskan manuskrip Yeay!Mama sudah resign. Saya perlu menekuni 3 yang ini sebelum saya bergerak tiga lagi iaitu Mula Bisnes Homestay, Pandua Beli Belah Rantau Panjang dan Mula Bisnes Jahitan.


Siri mula bisnes di atas segalanya untuk rujukan lengkap bagi kalian suri yang mahu bekerja dari rumah. Saya tampilkan kisah-kisah usahawna yang sudah sukses. Dan ada dua manuskrip yang saya tidak sabar untuk selesai. Saya bergerak mengikut jadual masa setahun lebih awal dan saya yakin dan mahu selesaikan sebelum November 2015. Semoga ALlah merestui masa dan melapangkan masa yang bermanfaat. Insya-ALlah.


Bagi kalian yang mahu bersama saya sebagai rakan niaga ABDR atau Pengurus Online boleh mendaftar bila-bila masa. Sudah ramai yang sudah pandai menjana pendapatan harian Rm100, alhamdulillah.

Semoga Allah memberkati kita semua dan cita cita muslimah masuk syurga tanpa hisab. Insya-Allah.


Kebebasan sebenar ;D

Teks:Masayu Ahmad

Alhamdulillah, alhamdulillah, atas segala nikmat dan rahmat.

Terima kasih kerana masih mengunjungi dan selalu ke sini. Jadual pertengahan tahun yang agak padat.

Minggu ini saya masih bertarung untuk menyelesaikan ebook 10 langkah bina kedai online. Kemudian selesaikan 3 manuskrip untuk penerbit. Agak lambat saya menyelesaikan. Bersilih ganti Ammar masuk wad dan juga kesihatan ayahand mertua yang saban hari semakin uzur.

Suka duka, sedih, kecewa, gembira itulah lumrah perjalanan kita semua.

Moga kita diberi kesempatan kesihatan, kudrat, masa yang bermanfaat.

Alhamdulillah ;)

Tuesday, May 19, 2015

Asas blog dan penulisan

Whoopeee Gembiranya. Itulah perasaan pertama yang dapat saya gambarkan apabila berjaya mendapatkan Ebook pertama saya dari Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Pada ketika itu jumlah peserta menganggotai ABDR adalah 1000 dan sentiasa berkembang. Bermakna  ABDR sudah lama bertapak di arena per'blog'an dan sudah banyak memberi tunjuk ajar kepada para suri dan kami juga mempunyai peserta dari para jejaka juga yang ingin menceburi dunia blogging.

Pada ketika itu saya mengambil pakej Kelas Asas Blog dan Fanpage Niaga (mula berniaga di atas talian). Bonus apabila menyertai kelas online ini, setiap peserta akan diberikan beberapa e-book secara percuma mengikut pakej yang dipilih termasuklah Ebook Belajar Asas Blog. Ebook ini adalah rujukan wajib bagi peserta yang menyertai kelas online asas blog anjuran Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR).

Pertama kali saya baca intipati ebook ini untuk sepintas lalu, saya rasakan inilah buku panduan yang saya cari selama ini. Saya rasa sangat teruja dan semangat berkobar-kobar untuk tahu apakah isi kandungannya. Pada masa yang sama, saya diserapkan ke dalam group sokongan dan memulakan sesi tutorial dalam kelas online asas blog secara lintas lansung. Tugasan pertama kelas adalah untuk membaca ebook ini dan khatam sekali. Maka saya membaca ebook ABDR berkali-kali. Ebook ini yang Mengandungi 99 halaman mukasurat. 

Apa yang menarik tentang ebook Belajar Asas Blog ini?

Saya suka dengan cara penyampaian ebook ini diolah. Penulisnya iaitu Pn Masayu Ahmad (pengasas ABDR) berjaya menyampaikan mesej atau panduan langkah demi langkah belajar asas blog dengan gaya bahasa dan penulisan beliau yang tersendiri. Kandungan ebook sangat padat dengan penjelasan dan contoh kajian kes sebenar. Teknik penulisan yang didedahkan dalam ebook ini juga adalah berdasarkan pengalaman penulis dalam dunia penulisan dan sudah tentunya fokus untuk menjana pendapatan dari rumah dengan hanya menggunakan platform blog dan fanpage di facebook.

Melalui ebook ini, pembaca akan didedahkan dengan:
  • Perkara asas dalam pembinaan blog dan penjenamaan diri
  • Langkah demi langkah bina blog 
  • Jenis entri penulisan
  • Teknik penulisan berpengaruh
  • Tips blog berpengaruh
  • Tips penulisan
  • Motivasi dalam penulisan
  • Perkara asas dalam suntingan
  • Bonus: Teknik menulis ebook pertama
Jadikan ebook Belajar Asas Blog ini sebagai buku panduan atau rujukan untuk anda membina blog. Prospek blog amat luas sekiranya anda bercadang untuk menjana pendapatan dari rumah. Penjenamaan diri dan blog yang berpengaruh mampu menarik lebih ramai khalayak iaitu pembaca dan bakal pelanggan anda. Bagi yang ingin memulakan perniagaan online, blog adalah perkara wajib yang perlu ada selepas anda mengenalpasti produk atau perkhidmatan yang anda ingin tawarkan. 

Secara ringkasnya, ebook Belajar Asas Blog ini merupakan satu rujukan yang lengkap dan praktikal bagi semua yang ingin membina blog dan seterusnya mengembangkan potensi, kepakaran dan pengalaman melalui penulisan blog dan fanpage niaga. Dengan membaca ebook ini juga akan menambah keyakinan kita untuk menjana pendapatan hanya dari rumah menggunakan platform blog yang telah dibina.

Pastikan ebook Belajar Asas Blog ini menjadi sebahagian daripada koleksi bacaan anda dan sudah tentunya praktikkan teknik yang terkandung dalam ebook ini. Sebagai contoh, saya telah berjaya hasilkan blog saya sendiri (WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah)melalui teknik yang telah didedahkan dalam ebook ini. 

Anda tertarik untuk menyertai kami sebagai peserta di dalam komuniti Akademi Bekerja Dari Rumah, sila hubungi saya untuk maklumat dan langkah-langkah seterusnya. 

Farahzety Hanaffi - 011.1507 8145

Sumber: http://farahzetyhanaffi.blogspot.com/2015/05/ulasan-ebook-asas-blog.html

Jelas dengan matlamat

Teks: Masayu Ahmad
Baca naskah wajib ini www.janawangdirumah.com
Lebih banyak ebook rujukan di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, atas segala nikmat dan rahmat. Alamak beberapa hari juga ya saya tidak menulis. Fokus dan masa sekarang adalah mahu menyiapkan 1 ebook dan 3 naskah untuk penerbit. Sudah lama sebenarnya perlu dihantar sejak Januari yang lepas. Saya susun semula jadual dan mahu simpan tenaga saya untuk manuskrip ini.

Dalam beberapa bulan ini banyak juga untuk penyelarasan semula tugasan. Dan saya tidak mahu sibuk dan banyak menghabiskan masa di luar rumah. Saya mahu saya lebih di rumah. Saya menikmati semua ini. ALhamdulillah.

Anak-anak pulang dari sekolah sudha boleh menikmati hidangan yang mereka mahukan. Tengahari dan petang.

Biasanya sarapan pagi saya berselang seli beli sarapan atau memasak. Cuma masa memasak adalah setengah jam sahaja bermula 11.30 hingga 12 atau 12 hingga 12.30. Tidak boleh terlebih.

Masa pagi saya fokus untuk 10 hingga 20 mukasurat atau 1 hingga 5 bab suntingan manuskrip. Larian sekarang sehingga November saya wajib selesaikan dahulu 10 manuskrip untuk buku.

Tahu dan jelas matlamat

Matlamat saya sangat jelas mahu lebih banyak buku rujukan untuk surirumah yakni mereka boleh baca dan boleh jual. Dan saya mahukan setiap rumah yang menjadi pembaca saya adalah rakan niaga pengedar buku dan ebook saya.

Larian saya sudah bermula sejak awal 2009 dan kini sudah bergabung lebih 1200 blogger. Juga sangat penting pasukan pemasaran online surirumah kini begitu aktif di bawah payung ABDR.

Matlamat yang jelas lagi ialah boleh menjana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Kita mahu membina alm rumah tangga yang kembali kepada fitrah. Kita tidak mahu masa yang sia sia dan usia yang dipersiakan.

Moganya kalian mendapat sesuai apabila datang ke sini. Insya-Allah




Friday, May 15, 2015

Tekad dalam membuat keputusan

Teks: Masayu Ahmad

Baca naskah wajib www.janawangdirumah.com

Baca lebih banyak rujukan di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop


Assalamulaikum w.b.t

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian makhluk. Tuhan pemberi rezeki dari langit dan bumi.

"Bagaiman bekerja sendiri? Seronok tak? Pendapatan pula bagaimana?

"Dia sudah tepu."

Satu soalan ditanya dan satu lagi dijawab. Saya hanya senyum dan jawapan di dalam hati, rezeki itu adalah hak milik Allah taala. Alhamdulillah sejak saya berhenti tidak pernah lagi kami kebuluran. Tidak pernah lagi anak-anak kelaparan.

Kadangkala, pernah satu ketika saya menangis apabila menekan mesin wang. Lalu ia mengeluarkan kertas yang kita panggil wang.

Begitu juga dengan sapaan anak-anak. Terutama Aiman.

"Ibu pergilah mesin wang, kemudian ibu picit-picit lalu keluar duit."

SubhanaAllah, tidak terjangkau dek akal fikiran melainkan semua ini kita letak tali pergantungan kepada Allah.

Tepu

Bagaiman kita mahu tahu kita sudah tepu. Yakni kita tidak kisah dan tidak ada lagi keluh kesah. Melainkan kita hanya berusaha setiap hari dan meletakkan tawakkal rezeki kepada Allah.

Anak-anak masih bersekolah seperti biasa, malah pemberian bulanan kepada ayah juga saya gandakan seperti dahulu. Iaitu saya pastikan setiap minggu ayah ada gaji. Bukankah itu nikmat, apabila kita masih bersantai di rumah tetapi masih boleh menghulurkan wang kepada orang tua.

2015

Tahun 2015 ini adalah saya lebih menumpukan tenaga mental dan fizikal lebih banyak menyiapkan manuskrip. Ya, saya sangat ketinggalan jauh, namun ia adalah sangat tebal di hati saya kemahuan lebih banyak buku rujukan buat surirumah. Sama ada di rak kedai buku dan juga di kediaman mana-mana suri yang mahu sama bersama saya.

Dalam perjalanan ini alhamdulillah sudah berukhwah dengan lebih 4 angka surirumah yang bergabung di bawah pasukan dan jemaah ABDR. Saya tidak pernah terfikir akan hal ini. Begitulah nikmat yang ALlah berikan.

Tuesday, May 12, 2015

Asas kuasai pemasaran tanpa perlu mengeluarkan produk

Teks: Masayu Ahmad
www.janawangdirumah.com
www.akademibekerjadirumah.com/shop



Apabila kita bermula kita mahu bermula sebagai apa?
Kita mahu bermula menjana pendapatan menjual produk apa?
Apa produk dan siapa sasaran pelanggan?

Tiga soalan di atas sangat penting untuk kita tahu dan kuasai. Apabila kita mahu memilih memasarkan produk secara online. Online adalah salah satu kaedah atau cara kita menyampaikan mesej pemasaran tanpa perlu berjumpa pelanggan.
Melalui online juga kita tidak perlu bersusah payah mengeluarkan produk, menguruskan produk dan menyimpan stok. Ia adalah kaedah pemasaran yang membantu urusniaga lebih mudah kepada sasaran pelanggan.

Kuasai 10 cara berikut.

1. Apabila kita tidak biasa atau tidak pernah berjualan. Belajar dahulu untuk membuat jualan 1 produk sehingga 10 produk pertama. Ini sangat penting untuk tahu apakah kita benar-benar mahu menjadikan medium online sebagai salah satu cara aktiviti memasarkan produk atau servis. Sekiranya kita sudah berjaya membuat jualan, kita sudah pun berjaya dengan langkah pertama.

2. Bina kedai online percuma. Sekiranya kita tidak

Rumah termpat terbaik untuk surirumah

Teks: Masayu Ahmad

Baca naskah wajib ini www.janawangdirumah.com

Alhamdulillah selesai tugasan hari ini seawal pagi hingga malam hari. Tidak dapat tidak ada dua yang menjadikan kita selalu berpeluang untuk bersedia.

Satu peluang untuk mendapatkan kematian yang terbaik iaitu khusnul khotimah dan juga peluang apabila dibangkit kelak ketika di perhimpunan masyar kita adalah di kalangan orang-orang yang terpilih.

Peluang yang sangat mahu direbut ialah mahu masuk syurga tanpa hisab.

Kematian sebaik-baik motivasi untuk kita sentiasa hidup dan mahu terus berhubung dengan pencipta.

Alasan paling ampuh apa yang sudah kita lakukan dan kerjakan hari ini, akan ditanya dan disoal kelak. Entah mengapa sejak kebelakangan ini saya sangat takut dan setiap hari berdamping dengan dua buku satu kiamat dan kematian.

Monday, May 11, 2015

Terlalu banyak idea sampai satu pun tak ada hasil

Teks: Masayu Ahmad
Baca naskah wajib www.janawangdirumah.com

Simpan tenaga dan FOKUS kepada perkara yang memberi hasil.
Terlalu banyak idea sehingga berterabur dan tidak ada hasil.
Kita akan faham selepas kita betul-betul 'selami' dan 'tenggelam' dengan apa yang kita usahakan.
Contoh mahu masuk laut, tetapi kita hanya mundar mandir gigi pantai sahaja.
Selamat pagi berjuang untuk satu hari lagi. Insya-Allah.
Selesai nasi berlauk gulai lemak kuning. Ammar mandi dan wangi, lena semua dalam buai. Kakak sudah berpergian bersama ayah.
Ibu boleh meneruskan tugasan dengan lapang hati.
Segala puji hanya bagi ALlah yang memudahkan segala urusan.
Ketenangan tidak dapat dibeli tetapi ia sangat mahal apabila kita menikmati masa lapang berpagi yang nikmat.
Alhamdulillah.

Terima kasih kalian kerana masih sudi dan singgah di sana. Saya menjadi tidak keruan dan serba salah apabila tetamu yang datang tidak dijamu dengan hidangan.

Satu nikmat paling mahal sekarang ini urusan anak-anak sudah kembali semula mengikut apa yang saya mahukan. Mohon doa kalian agar saya mampu fokus dan menyeleaikan manuskrip dan terbit dengan mudah sekali.

Cabaran menjadikan kita lebih kuat lebih bersemangat. Buatlah perkara yang kita gembira, dan ia menjadikan kita terus bermotivasi.

Sehingga hari ini saya sendiri tidak percaya dapat mengumpulkan lebi seribu blogger di bawah naungan ABDR. Terima kasih atas kepercayaan kalian yang mendaftar dan bersatu dalam bumbung kumpulan sokongan surirumah.

Saya masih lagi berada dalam trek 100 manuskrip. Saya mula, saya buat, saya selesaikan.


Monday, May 4, 2015

Hadiah dari syurga

Teks: Masayu Ahmad
www.akademibekerjadirumah.com/shop

Alhamdulillah segla puji bagi Allah, Tuhan sekalian makhluk.

Banyak kali saya berfikir adakah wajar untuk saya berkongsi. Tujuan berkongsi bukan menagih simpati sebenarnya. Tetapi saya mahu tukar cara kita apabila berdepan dengan sesuatu perkara kita cepat berkeluh kesah dan mengalah.

Seringkali menerjah di dalam fikiran saya, inilah caranya Allah melatih saya. Kebebasan bekerja walau apa sahaja situasi dan keadaan. Kerana masalah adalah satu peluang untuk kita kenal potensi diri.

Minggu yang tenang

Saya ada berkongsi di facebook perihal Ammar. Terima kasih atas doa kalian, terima kasih atas keprihatinan kalian. Alhamdulillah, sebetulnya saya bertuah kerana diberi peluang Allah merasai situasi ini. Sebenarnya ia kekal rahsia.

Tetapi memandangkan banyak email yang mengadu masalah, jadi saya mahu kalian melihat masalah tersebut dari segi peluang dan ruang Allah ciptakan.

Tertarik satu slot rancangan TV9 tentang suami sebagai sura rumah dan isteri sebagai pencari nafkah. Kembali kita kepada fitrah, iaiti fitrah kita sebagai isteri. Dan satu kelebihan untuk era kini adalah kita masih berada di mana sahaja mampu menjana pendapatan.

Pun begitu saya ingin mengingatkan kembali tujuan kita kembali di rumah. Adakah kita kembali sibuk sehingga megabaikan anak-anak. Adakah kita kembali sibuk di jalanan lantaran fokus bisnes kita dan mengembangkan perniagaan.

Dunia semakin menghampiri penamat.

Kita sudah tidak ada banyak masa untuk berkeluh kesah. Segera selesaikan dan simpan sebanyak bekalan untuk hari pengadilan.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin