Tuesday, March 3, 2015

Saya sangat mahu berhenti kerja bantulah saya ;)

Teks: Masayu Ahmad

Baca dahulu naskah persediaan ini www.janawangdirumah.com

Saya sangat mahu berhenti kerja.
Saya sangat mahu berhenti kerja, sudah tidak tertahan lagi bebanan yang saya terima. Namun saya sangat risau.
Perlukah saya berhenti kerja sekarang.
Perlukah saya menabung.
Perlukah saya memulakan bisnes secara sambilan.
Saya mahu.
Mahu bekerja dari rumah.
Mahu bertenang-tenang di rumah.
Mahu menjaga dan mengurus sendiri anak-anak.
Mahu bebas dari erti kata sebenar.
Tetapi....
Email dari Puan Ana. (bukan nama sebenar)
Apa yang perlu saya buat?


Saya melihat situasi beberapa bulan ini saya menerima banyak email tentang berhenti kerja. Bertanya apa syarat paling sesuai, apa persediaan yang paling ok, apa yang perlu dibuat.

Bertalu mesej mula memasuki kotak mesej di facebook juga di email.

Terbaru juga saya dihubungi editorial Majalah Nur, Kumpulan Karangkraf, juga meminta panduan atau artikel untuk persediaan dan solusi berhenti kerja.

Ada beberapa catatan yang sudah saya tulis, salah satunya dalam ebook www.janawnagdirumah.com.

Juga ada beberapa bab secara khusus saya tulis dalam ebook super wahm super mom.

Jadi kalian boleh baca dahulu persediaan asas tersebut. Dalam majalah Nur juga artikel yang bakal terbit bulan April 2015.

Boleh dapatkan di sini ya www.akademibekerjadirumah.com/shop























2 comments:

Rahimah Binti Omar said...

Assalamualaikum pn Masayu.

Bagi yang sedang bekerja mcm saya, bukannya senang untuk membuat keputusan berhenti. Walaupun dlm hati ini, membuak2 rasa ingin berhenti. Banyak persediaan yang perlu dibuat. Saya juga masih dalam proses belajar membuat persiapan ke arah itu.

Kalau ikutkan suami, bila-bila masa saya boleh berhenti kerja. Tetapi sy kasihan melihat dia bertungkus lumus berusaha mencari rezeki. Tambahan, komitmen sedia ada yg sy tanggung sekarang ni akan ditanggung oleh suami sepenuhnya sekiranya saya berhenti kerja.

Saya dan suami percaya insyaAllah rezeki itu ada di mana-mana dan insyaAllah rezeki yang Allah berikan sekarang juga akan cukup untuk kami sekeluarga. Tetapi jauh di sudut hati, kami berdua sebenarnya masih ada rasa risau. Risau sekiranya keputusan saya berhenti kerja akan memberi impak kepada ekonomi keluarga.

Cerita dan pengalaman yang puan kongsikan sangat bermakna buat saya. InsyaAllah satu hari nanti saya juga akan mengikut jejak langkah puan.

TQ for sharing.

matacamey said...

moga satu hari nanti saya mampu bekerja dari rumah..
semoga Tuhan memurahkan rezeki kami..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin