Saturday, March 21, 2015

Bertenang dan raikan setiap hari ;)

Teks: Masayu Ahmad


Alhamdulillah, apa khabar kalian. Terima kasih buat pembaca blog yang selalu berkunjung dan tidak pernah jemu ke sini. Saya terkini dalam jadual penulisan untuk menuskrip seterusnya.

Untuk semua ebook dan buku kalian boleh ke sini ya www.akademibekerjadirumah.com/shop

Minggu ini cuti agak panjang dan anak-anak masih berada di rumah seperti biasa. Kunjungan anak-anak saudara masih bertamu ketika penghujung cuti.

Biasanya untuk cuti-cuti begini seperti selalu saya tidak akan bercuti di tempat yang sesak. Saya akan bercuti ketika kalian yang bekerja sudah kembali kepada rutin.

Bezanya sangat nyata kerana keadaan lebih tenang dan kosong tanpa ada kesesakan. Ini juga satu pilihan kan.


Mahu berhenti kerja.

Saya menerima banyak email yang mahu berhenti kerja. Ada juga terselit email yang mahu kembali bekerja.

Dua situasi di atas berbeza. Berbeza apa matlamat yang mahu kita capai.

1. Matlamat kebebasan kewangan.

Ada suri yang sudah capai matlamat kebebasan kewangan. Justeru mahu bekerja dengan lebih fleksibel dan tidak ada tekanan dari mana-mana pihak. Namun begitu dalam proses mencapai kebebasan kewangan masih ramai masih berusaha 'bertarung dan berjuang'.

2. Fleksibel

Ada yang mahu berhenti kerja dan mahu merai gaya hidup 'fleksibel'. Iaitu kita tahu dan sudah kuasai cara kerja tanpa 'majikan'. Kita pandai ubahsuai mengikut kesibukan masa.

Sekiranya dahulu ita sangat penat dengan kesesakan jalan raya, bos yang cerewet dan kemudian kita berhijrah kembali ke rumah. Kita sudah selesa dan pendapatan juga konsisten. Cuma akan tetap ada cabaran dalam bentuk lain seperti pengurusan masa dan imbangan mengurus anak-anak dan bisnes serentak. Sudah tentu model bisnes bekerja dari rumah seorang wanita tidak sama dengan suamai/lelaki.

3. Apa tujuan sebenar bekerja di rumah?

Apabila saya menerima email bahawa beliau sudah mampu mendapat pendapatan 4K sebulan seperti sebagaimana gaji dahulu. Maksudnya ia sudah ok sumber itu dapat dijana dengan baik. Tetapi apa pula cabaran atau masalah yang menyebabkan kita mahu kembali bekerja di luar rumah?

Senaraikan semula kelebihan dan kekuranga. Dari situ kita tahu apa fokus yang kita mahu.

Ketika berbincang dengan biras di dapur. Kerja di rumah sememangnya agak penat tetapi kita tidak ada terbeban dengan masalah yang dibawa menyebabkan kita 'tekanan'. Apabila penat kita boleh berehat dan apabila sudah cukup tenaga kita kembali ke trek untuk bekerja dengan baik.

Ia berbeza apabila kita bekerja di luar rumah, kadangkala kita membawa bersama masalah tidak suka, tidak selesa, masalah kerja dan kadangkala emosi itu terbawa-bawa ke rumah.

Emosi penat dan emosi tekanan adalah berbeza. Apabila penat kita rehat dan kita masih gembira berada di rumah bersama keluarga.

Baca lebih banyak perkongsian pengalaman dari 15 surirumah yang telah 'resign' dalam ebook ini ya.

Dapatkan naskah ini di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop





No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin