Thursday, March 19, 2015

Teks dan foto; Masayu Ahmad





Anak ini tempat ibu bermain.

Lihat menara api itu. Ia kelihatan dekat tetapi jauh.

Ibu mendaki, meneroka celah batuan besar itu untuk sampai ke sana.

"Tok ayoh maroh dok" Hakim ingin tahu.

"Kalau Tok Ayoh tahu memanglah maroh."

Matlamat yang kita mahu capai ia kelihatan dekat kadangakala jauh. Tetapi jangan berhenti melangkah.


Anakku sayang. Ini tempat ibu bermain.
Pasir dan pantai ia seloka mainan ketika hingusan.
Anakku sayang.
Lihat laut dan pantai.
Terus setia menghempas deras.
Alunan enak deria telinga.

Anakku sayang.
Lihat setia pantai dan gelora.
Umpama kasih dan sayang tanpa sempadan.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin