Thursday, March 12, 2015

Peluang di mana-mana

Teks: Masayu Ahmad



Cuti sudah pun bermula di sini. Kesibukan berganda juga bermula. Cepat sungguh masa bergerak. Tadi mencari ABC dan pulang terus menggoreng keropok lekor.  Saya masih setia di sini dengan rutina harian sebagaimana biasa. 

Ketika singgah tadi di kedai runcit berbincang tentag gst. Bagaimana kehidupan yang semakin tinggi kosnya. Bagi rakyat marhaen perkataan gst itu tidak mampu  dihadam. Hanya boleh menyebut tetapi pemahaman yang jelas harga akan naik dan naik.

Saya kasihan pada suri yang masih bertarung kehidupan di bandar-bandar besar. Sekiranya bilangan anak-anak ramai, maka kos juga ehem-ehem.

Kita tetap mahu memilih kehidupan yang tenang, mampu menguruskan anak-anak dan pada masa yang sama mahu menjana pendapatan. Waima kita hanya berada di rumah.

Mahu berhenti atau mahu meneruskan?

Banyak dilema seorang wanita sekiranya mahu menghantar notis jawatan. Ternyata ia bukan satu perkara yang boleh diambil mudah. Tetapi dengan ilmu, perancangan dan kemahuan sudah tentu kita tetap ada pilihan untuk hidup sebagaimana yang kita mahukan.

Lihat sahaja kini saya melihat sepanjang masa rakyat Malaysia bekerja. Sama ada di luar rumah dan juga di rumah.  Bekerja pada minggu bekerja, pulang sambung lagi berniaga, hujung minggu pula mencari lagi peluang menambah pendapatan. Seolah dikerah tenaga untuk 7 hari seminggu bekerja.






Cover di atas ebook terbaru bakal terbit beberapa hari lagi. Namun sedang memilih beberapa lagi contoh cover yang sesuai sebelum saya membuat keputusan. Insya-Allah fokus utama yang saya sentuh adalah 30 nota perkongsian ibu-ibu yang sudah pun meninggalkan dunia kerjaya.

Ini antara mukadimah yang saya suka, dikongsikan oleh Puan Nora Afzam.

Alhamdulilah, syukur kehadrat Allah S.W.T mampu juga saya menulis sebuah catatan berkaitan pengalaman saya berhenti kerja. Genap hari ini adalah bersamaan empat bulan saya berhenti bekerja secara makan gaji. Pun begitu, saya bukan berhenti bekerja untuk tidak bekerja.

Sebenarnya, kita perlu mengubah ayat “tidak bekerja” kerana dalam Islam tidak ada satu pun kerja dalam kehidupan yang patut terhenti. Sebagai seorang muslim, kita harus “bekerja” sehingga ke akhir hayat. Menjaga dan mendidik anak juga adalah satu pekerjaan. Jika wanita sendiri yang meremehkan istilah tidak bekerja kepada seorang surirumah, maka remehlah juga tugas mendidik dan menjaga generasi kita.

Pertama sekali, saya sangat bersyukur dengan anugerah ketenangan dan masa yang Allah kurniakan kepada saya selepas saya mengambil keputusan untuk berhenti bekerja. Kedua, saya berterima kasih kepada seluruh ahli keluarga yang memahami pilihan saya, meletakkan sokongan walaupun pada awalnya agak keberatan untuk diterima oleh ibu saya
Sumber: Ebook Yeay! Mama sudah 'resign'.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin