Saya tahu tidak mudah dan sudah tentu tergoda apabila melihat status surirumah yang bercerita tentang indahnya bekerja di rumah. Apabila menjelang tengahari ada pula berkongsi cerita atau berkongsi menu masakan tengahari.
Sesekali pula bercerita tentang keletah anak-anak, juga suasana bekerja di rumah. Berkongsi kegembiraan dunia bisnes online, produk jualan dan sebagainya.
Apatah pula naluri wanita terutama yang sudah beranak ramai dan mempunyai tuntutan tugasan kiri dan kanan. Hambatan masa kini menyebabkan kita lelah dan mahu menulis nota dan akhir pada nota tersebut adalah nota selamat tinggal buat majikan.
Hari terakhir seolah hari-hari yang membahagiakan. Kita mula berangan mahu masak dan menguruskan anak-anak dengan bahagia sekali.
Memang indah memasang impian dan ia adalah tidak salah. Sekiranya kita mampu capai sebagaimana yang kita mahukan. Maka sandarkan kesyukuran pada Allah, Tuhan sekalian makhluk.
Kesesakan yang menjemukan.
Rata-rata yang berkongsi melalui email, sudah tidak lagi betah bekerja. Tidak ada pilihan, kepenatan, anak-anak semakin bertambah juga mula mencari ruang yang sesuai untuk keluarga dan juga masa hadapan yang lebih baik.
Ketika usia semakin menginjak, sudah tentu kita mahu lebih bertenang-tenang. Mahu mengisi ruang hanya untuk anak-anak dan juga fokus kepada persediaan kematian.
Kita tidak lagi mahu terkejar-kejar. Kita tidak mahu lagi sampai di rumah warna gelap keliling sudah pun memenuhi ruang. Kita terkocoh berpagi meningalkan rumah dan tiba semula malam hari.
Berkejaran menyelesaikan mana yang sempat. Hujung minggu pula mungkin melunaskan kerja-kerja rumah yang tertinggal yang mahu disempurnakan.
Menjelang sehari sebelum hari bekerja, kita kembali merasa keletihan dan seolah bermula kembali seminggu yang meletihkan dan membosankan.
Bilakah masa yang sesuai berhenti kerja?
Melihatkan situasi sekarang ramai yang sedang mencari info atau membuat persediaan berhenti kerja.
Berdasarkan banyak kajian kes di tangan saya, saya boleh membuat rumusan.
-Daya tahan untuk surirumah yang zero persediaan atau tidak pernah ada pengalaman berniaga adalah lebih 'getir' daya juang selepas berhenti kerja.
-Daya tahan untuk lebih tenang dengan bermula bebas hutang adalah lebih baik berbanding berhenti kerja dengan membawa 'bebanan hutang.
-Namun dua kesimpulan di atas masih boleh diubah atas daya usaha, doa dan juga tawakkal atas rezeki Allah s.w.t.
-Kita masih boleh berusaha, malah dalam keadaan tertentu ketika berada 'tahap kritikal' itulah manusia boleh berubah luarbiasa sehingga sukses.
Saya suka berkongsi satu kajian kes, contoh adik ipar sendiri. Beliau berminat untuk bekerja di rumah, waima setiap kali balik banyak berkongsi dengan saya, namun beliau 'kurang serasi' dengan bisnes online.
Berada dalam tempoh 'kritikal' juga beberapa bulan kerana masih tidak ada hasil. Saya melihat wajah letih dan putus asa. Kemudianya kini alhamdulillah, beliau memaklumkan saya setiap bulan sudah boleh membuat simpanan bersih RM1K.
Begitu juga dengan anak saudara yang memasang angan-angan.
"Umi kalau boleh ore nok jadi macam Cik Ayu."
No comments:
Post a Comment