Teks: Masayu Ahmad
Semenjak rutin pantang, rindu pula bauan segar semasa menjemur pakaian. Apalah sangat kan, saya kembali dengan rutin baru, hari ini sudah 31 hari. Alhamdulillah, saya mula dengan rutin baru memasukkan semula jadual padat sepanjang 2014. Insya-Allah.
Ammar masanya lebih banyak tidur lagi, Arissa akan sampai esok, maka bermula rutin ibu beranak kecil usia sebulan, usia 4 tahun, usia 6 tahun, darjah 1 dan darjah 3.
Alhamdulillah sungguh cantik aturan Allah, saya terima saat ini dengan lapang dada dan semangat membara mahu mengembirakan hati ayahanda, bonda mertua dan bapa mertua. Nikmat yang tidak ada nilai. Sepanjang proses pantang ini tidak ada masalah, namun saya masih fokus ambil masa rehat secukupnya sebelum bermula semula rutin padat. Pun begitu ia masih fleksibel.
Adakah masih ada ruang bekerja di rumah tanpa perlu keluar rumah
Ya, itulah saya kongsikan melalui akademi bekerja di rumah. Apa yang saya nikmati kini, sudah tentu boleh juga dinikmati kalian. Terima kasih atas sokongan tidak berbelah bahagi. Tugas saya di sini tidak pernah berhenti, menulis, belajar dan berkongsi. insya-allah.
No comments:
Post a Comment