Teks: Masayu Ahmad
Belum mula, sudah boleh mula rancang bekerja dari rumah, www.janawangdirumah.com
Melihat poster undian pemilihan buku terbaik terbitan Grup Buku Karangkraf, saya semacam meracau sendiri juga. Selesai untuk fokus ebook, larian semut saya perlu beralih larian kuda pula. Ya, apabila menyinggah di rak kedai buku, itulah matlamat realistik yang perlu saya capai. Lebih banyak buku di rak buku kedai buku tulisan Masayu Ahmad. Itulah cabaran 2014, perlu mendayung dengan lebih fokus dan konsisten.
Berbalik kepada tajuk entri,
Realistik
Apabila meletakkan matlamat ia perlu realistik bila boleh capai, berapa, di mana, bagaimana?
Rai
Perlu rai apabila berusaha. setiap hari, minggu, bulan dan tahun. Sudah letih seharian bekerja perlulah raikan. Rai diri sendiri dahulu.
Reward
Apa hadiah, selain merai setiap hari atas usaha, apa hadiah paling berbaloi. Untuk bulan ini saya rai diri sendiri dengan buku-buku motivasi semasa berpantang dan baju menyusu. Rasa enak apabila ia hasil dari usaha sendiri. Sebelum reward kepada orang lain,wajiblah hadiahkan kepada diri sendiri dulu.
No comments:
Post a Comment