Thursday, February 27, 2014

Kuasa fokus, saya fokus sebagai surirumah menjana pendapatan

www.janawangdirumah.com

Pejam celik, pejam celik. Bangun pagi, sudah tengahari, sudah petang, sudah malam. Kita bermula, bayi, kanak-kanak, sudah remaja, sudah dewasa, sudah tua, masuk kubur.

Sekejapan sahaja masa bergerak. Maka, mengapa kita perlu buang masa untuk perkara sia-sia. Ramai yang terkejar-kejar ke sana ke sini, mengumpul material, mencari sesuatu yang dikatakan bahagia. Betulkah bahagia?

Apa yang kalian rasakan bahagia? Apa ukurannya?

Pada saya, cukup dengan apabila anak-anak, tidak perlu lagi saya ingatkan Hakim bangun solat, Arif balik sekolah terus buang baju, mandi dan solat. Aiman, ibu kejut pagi-pagi, bangun mandi dan solat, bukan kejut pagi ingatkan mahu pergi sekolah, menuntut ilmu itu perlu, tetapi yang utama, berpagian dan perlu jumpa dan sujud Allah dahulu. Kerana dia pemberi rezeki, kemudian barulah meneruskan amanah.

Cabaran sebagai ibu institusi keluarga
Lima amanah ini berada di bahu kiri dan kanan. Saya ibu yang pelupa, ibu yang banyak compang camping dosa, ibu yang serba tidak tahu dan serba serbi perlu panaskan ilmu ibu bapa islami setiap hari.

Ya, saya sebagaimana ibu yang lain saat kotak suara mahu mula membesar apabila anak-anak mula liat dan mengeliat.

"Hakim, sudah pukul berapa? Solat atau belum?
'Arif, bangun nak? Kasihan ibu. Bangun solat nak."

Ia bukan mudah, dan ini cabarannya setiap hari. Saya tidak enak apabila melihat 'anak ralit dengan gajet;, mata saya lebih enak jika mereka ralit dengan membaca bahan yang bermanfaat, sudah tentu hafazan dan bacaan quran lebih lancar berbanding 'game' yang mula mencuri masa bermanfaat. Sayalah ibu yang bernasib malang apabila mula membiarkan hal sia-sia ini menakluki masa membesar anak-anak.

Bersambung ya...

Iklan

Kelas asas blog dan penulisan masih berterusan menerima pendafataran alhamdulillah.

Ulasan Kelas Blog dan Penulisan

Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori

Saya sedar ketika orang lain berlari, saya berjalan. Ketika orang lain berjalan, barangkali saya merangkak. Walaupun sering kali saya terkulat-kulat melihat mereka berada jauh di hadapan, namun saya jadikan itu sebagai cabaran.

Saya bermula sangat perlahan. Memakan masa berbulan-bulan lamanya. Tapi saya berpegang kepada suatu perkara. Mulakan dan habiskan. Saya belum gagal. Kegagalan hanya bermula apabila saya tidak bangkit daripada kejatuhan. 

Lama juga masa yang saya ambil untuk menyudahkan tugasan yang diberi. Beberapa kali saya terhenti di awal dan pertengahan jalan. Terasa lelah. Terasa payah. Bukan mudah bagi saya. Apatah lagi untuk berkongsi catatan saya secara terbuka terutamanya melibatkan perihal diri.

Acap kali saya bertanya dan mengadu kepada Puan Masayu, bolehkah saya menulis? Untuk kesian kalinya beliau tidak jemu-jemu memberi dorongan kepada saya. 

Kononnya saya ni tak hidup dek puji dan tak mati dek keji. Pada hal kembang kempis juga hati ni mendengar pujian daripada beliau, meski pun tulisan saya tidaklah sehebat mana. Haha. 

Selain nota yang disediakan oleh guru untuk semua pelajar, saya juga kerap mengintai-intai blog rakan-rakan sekelas. Saya kagum dengan pengisian di blog mereka. Saya memerhati dan juga belajar. Sedikit sebanyak saya jadikan panduan. 

Sebelum masuk ke kelas, setiap pelajar perlu menjawab beberapa soalan sebagai proses analisa dalam menentukan hala tuju blog tersebut. Oleh itu, pelajar hanya perlu fokus terhadap apa yang telah ditetapkan.

Kita tidak dibiarkan terkapai-kapai seorang diri apabila kita telah mula menulis. Selain guru, teman-teman yang lain juga saling membantu. Bukankah bergerak secara jemaah itu lebih mudah dan indah?

Percaya atau tidak blog juga boleh menjadi sumber pendapatan. Nampak tidak glamor kerana duduknya hanya di rumah. Tidak ada gelar dan pangkat.

Blog ini ibarat pokok. Tiba masanya kita akan menuai hasilnya. Kebaikan yang ditanam, maka kebaikan juga akan dituai. Untungnya bukan hanya di dunia bahkan sampai ke alam sana.

Tetapi apabila kita sudah bertekad, tidak ada apa yang mampu menggugat. Apalah yang ada pada nama. Cukuplah bila kita bahagia dengan apa yang kita punya.

Cabaran ada di mana-mana. Ada yang akan memandang sebelah mata akan usaha kita. Ada yang akan mengandaikan bahawa kita sedang membuang masa melakukan perkara sia-sia.

Senyumlah kerana ia tidak akan merubah apa-apa. Teruskan berusaha dalam senyap dan biarkan kejayaan yang bercakap.

Keterangan lanjut kelas online ada di sini,

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin