Sudah sedia bekerja di rumah www.janawangdirumah.com
Ramai yang sudah dan mahu dan teruja mahu bekerja di rumah. Menyatakan sudah tidak sabar mahu bekerja di rumah dan mahu menjaga sendiri anak-anak. Ok, baik matlamat mahu bekerja di rumah itu secara jujurnya ramai ibu bapa yang mahu. Akan tetapi persediaan ke arah itu masih lagi samar-samar. Ramai yang mahu terjun secara tirus sahaja. Banyak kali saya membebel di sini, buat persediaan, buat persediaan. Terutama sekali merancang kewangan untuk 3 tahun pertama selepas berhenti kerja. Wajib ada
1. Tabung modal (khusus untuk bisnes)
2. Tabung simpan dan lupakan (tabung ini mulakan dari awal ketika kalian merancang untuk berhenti). Katakanlah 3 tahun lagi, jadi mula buat simpan dan lupakan secara konsisten setiap bulan. Tidak boleh usik-usik ya.
3. Tabung penyelarasan kewangan (iaitu hutang piutang, kereta, rumah dan sebagainya) berbincanglah dengan suami akan hal ini)
3S
Apa itu 3S ada saya terangkan lagi dalam ebook 101 idea home based bisnes. Baca dulu yang itu, penat saya tulis, kalian tak mahu baca. Lagi bagus, baca semua sekali apa yang sudah saya bebel dalam blog ini. Blog ini saya tulis sejak saya mula berhenti, saya berhenti dengan tidak ada apa-apa sumber maklumat, hanya maklumat dari web luar negara. Sekarang ini kalian sudah mudah, saya sudah kumpulkan, hanya baca dan gali sahaja. Ada yang suruh saya pm, apa itu wahm, soho. Kalau inilah gaya mahu suapnya, ini kategori tidak sesuai bekerja di rumah. Garang ai ok.
Kalian sangatlah manja, kalau manja-manja macam mana mahu bekerja di rumah. Sedikit mahu menangis, mahu meroyan, mahu mengadu. Bekerja di rumah itu sama kekdahnya kita bekerja sendiiri, kita letakkan matlamat dan usaha, tawakkal terus kepada Alllah. Jika usaha kita ciput mana nak datangnya rezeki selori, jika usaha kita hanya like sana, like sini facebook, lepas itu mengeluh-ngeluh rezeki tak banyak. Aduhai-aduhai, kasihan. Bangun suri sekalian, bangun dan berusahalah. Rezeki tak datang bergolek jika kita tidak usaha.
Usaha itu perlu pula disusuli dengan konsisten, tidak ada putus asa, berterusna, isiriqamah... ;)
Salam kasih sayang, saya sayang kalian terutama yang berpagi-pagi mencari rezeki hujung jari. Usaha tanpa batas, tidak hangat-hangat taik itik. Kalau sudah mula maka teruskanlah!
5 comments:
terbaiklah puan masayu... memang banyak yg mahu suapan sekarang ini.... hhaaiihhsss.. semoga puan boleh menulis untuk kami lagi...tq nn n tq kerana wujudkan ABDR
kuazue.blogspot.com
Skrg kemudahan dah terlalu banyak tinggal nak usaha fokus dan rajin
Insyaallah..dgn azam dan tekad..moga diri ini mnjdi lbh rajin..
perkongsian yang menarik..sedang berusaha merealisasikannya..in shaa allah
Masih berusaha ke arah menjadi WAHM..
Salam perkenalan.. =)
Contest SEO momsavenues.com
Post a Comment