Wednesday, February 26, 2014

Belajar untuk fokus dari orang berjaya

Teks: Masayu Ahmad
Sudah mahu mula www.janawangdirumah.com

Bagi orang berjaya tidak ada istilah kecewa, bagi orang berjaya tidak ada istilah putus asa. Mahu layan kecewa atau putus asa boleh sedikit, tapi lebih banyak adukan kepada Allah, pencipta dan pemberi rezeki bukannya kepada manusia. Apabila kita berkongsi dengan manusia ia banyak menimbulkan persepsi.

Saya suka lagi berkongsi cara adik Madihah, ya buku ini betul memberikan saya banyak belajar dengan cara orang berjaya. Ini antara pandangan rakan dan juga orang terdekat.

-Saya tidak tahupun Madihah adalah dari pelajar miskin
-Saya tidak tahu pun dia ada masalah, kelihatan seperti tidak ada masalah
-Saya tidak tahu pun dia mengambil subjek yang begitu banyak
-Gayanya tidak ada tekanan walaupun dia berada dalam kategori keluarga susah.

Jadi bagaimana kita mahu serap cara ini dalam diri kita.

-Sekalipun ada masalah semua orang punya masalah, dan caranya kita tukar masalah tersebut kepada tenaga positif
-Tukar ayat keluh kesah dengan kata-kata semangat.

Contoh
Anak-anak aku sakit aku kena kuat. Jadi tukar ayat itu, insya-Allah anak-anak ibu sentias kuat dan bersemangat.

Contoh
Saya sudah kecewa kerja pejabat mahu kerja dari rumah. Tukar ayat, saya mahu kerja dari rumah sekian tarikh dengan pendapatan sekian-sekian. Usahakan dahulu. Ketika waktu mengapai usaha, kurangkan berkongsi dengan orang lain, hanya kongsi dengan yang terdekat sahaja. Dikhuatiri ada yang mengejek usaha kalian dan kalian sudah jatuh semangat dan mula putus asa. Usaha dahulu dan dapatkan hasil, apabila berkongsi tidak perlu terlalu taksub. Taksublah dengan usaha sendiri. Ini juga boleh menimbulkan banyak persepsi sama ada cemburu dan sebagainya. Sebaliknya memberi inspirasi kepada yang berusaha itu dalam kelompok yang sama akan sama membantu menaikkan semangat.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin