Saturday, September 12, 2009

Balik kampong ooo, balik kampong hati girang

Teks: Masayu Ahmad

Agak lama juga saya tidak berbicara di sini. Sejak 10 hari yang lepas, komputer saya mengalami masalah yang agak serius juga. Disebabkan Aiman suka sangat on an off di plug. Jadinya pc terus padam. Jadinya kedudukan komputer perlu dialihkan semula agar segala plug berada dalam keadaan terlindung. En. Suami belum berkesempatan untuk membaiki.

Banyak juga kejadian yang berlaku dalam sepuluh hari ini. Saya anggap ianya hikmah dan ada rezeki untuk saya. Minggu pertama Ramadhan, cermin kereta dipecah pencuri. Kejadian berlaku di kawasan masjid, dalam bulan puasa ini masih lagi berleluasa kejadian begitu rupa.

Kereta saya dibawa suami untuk ke masjid, jadinya saya terlupa membawa keluar beg berisi buku-buku. Ada yang masih belum dibaca dan ada juga beberapa buah yang baru dibeli dan juga buku kesayangan. Mungkin bukan rezeki saya. Sebagai peringatan kepada diri sendiri, lain kali perlu keluarkan terus apa sahaja barang yang boleh memberi tarikan kepada si pencuri durjana.

Ramadhan akan berakhir tidak lama lagi. Alahai saya sangat rindu untuk pulang ke kampung. Sudah tidak sabar lagi mahu pulang. Tahun ini tidak tahu lagi pulang hari apa. Mungkin tidak sempat untuk berbuka puasa lebih lama di kampung.

Salam perkenalan juga buat teman-teman baru alam maya yang berkunjung ke blog ini. Salam ukhwah saya hulurkan. Jika kelapangan nanti saya akan berbalas kunjungan.
Juga di kesempatan ini ingin memohon kemaafan jika ada tersalah silap selama berutusan di alam siber ini. Alahai macam mahu berjalan jauh pula. Mohon maaf zahir dan batin. Berhati-hati di jalan raya. Semoga selamat sampai ke destinasi dan kampung halaman masing-masing.

6 comments:

Unknown said...

Selamat balik kampung untuk beraya Masayu. Kesian pula bila Masayu diuji begitu tapi semuanya ada hikmah kan. Kita sama-sama diuji di bulan puasa ni. Semoga kita sama-sama menjadi hambaNya yang lebih baik selepas ujian tersebut.

Ely Hasrul said...

patut la dh lama xdek entry.. tu dugaan bulan pose tuh.. xpe ade rezeki bleh beli buku lagik..

selamat hari raya diucapkan awal2. mana tau xsempat wish. selamat perjalanan pegi balik kampung. maaf zahir batin sekiranye ade yg tersinggung.

Ely Hasrul said...

patut la dh lama xdek entry.. tu dugaan bulan pose tuh.. xpe ade rezeki bleh beli buku lagik..

selamat hari raya diucapkan awal2. mana tau xsempat wish. selamat perjalanan pegi balik kampung. maaf zahir batin sekiranye ade yg tersinggung.

Masayu Ahmad said...

Kak Chik

Terima kasih kak chik, tak apalah sudah bukan rezeki saya..

semuanya pinjaman belaka

jika sempat saya mahu singgah di mari baca,, tetapi tak tahulagi sempat ke tidak

mudah-mudahan satu hari nanti sy jumpa juga dengan kak chik

Ely

Selamat menyambut syawal juga dari saya sekeluarga

mohon maaf zahir & batin andai kata selama perkenalan di alam siber ada tersalah dan tersilap kata..wahh mcm shahdu la pulak

ni pun cilok lap top suami sekejap.

En Goji said...

teringin nak makan kek raya mokyu .. ada buat ko?

tahun ni raya jangan lupa pegi kubur mek ramai-2.. amin

Masayu Ahmad said...

en goji

kek coklat mok ni nok buat,,mok yu buat almond london jah..

insya-allah raya pertama di ziarah kubur arwah

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin