Thursday, September 3, 2009

Mengapa anda bosan, kurang bertenaga & cepat stress?


Foto kredit: http://sentuhanjiwa.files.wordpress.com

Teks: Masayu Ahmad

Ada hari anda akan gembira sentiasa, kurang ceria, marah, atau risau anak-anak kurang sihat di rumah. Kehidupan ibarat roda, tidak selalunya berada di atas, kadangkala perlu juga berada di bawah. Laluan roda juga tidak selalu lurus, ada juga bengkang bengkong jalan yang dilalui. Jika bernasib baik perjalanan akan lancar tanpa ada halangan. Jika kurang nasib baik roda kurang udara, bocor atau jalan yang dilalu becak, kotor, berlubang dan sebagainya.

Begitu juga dengan perasaan sedih, gembira, duka nestaoa akan sentiasa silih berganti. Tetapi jiwa yang tenang boleh disemai dan dipupuk. Hati yang tenang akan terserlah pada air wajah. Usahakan untuk mendapatkan hati yang tenang dan emosi yang tidak mudah tersentuh apabila hari anda dibanyangi pelbagai perisitiwa dan situasi.

Wanita dilahirkan dengan sifat yang lebih emosi, sensitif dan mudah melenting. Tetapi buruk baik sikap yang ada dalam diri masih boleh diubah. Berhadapan dengan keadaan yang menyebabkan perasaan cepat kelam kabut dan stres masih ada cara yang boleh dipraktikkan untuk menanganinya.

Bertenang


Belajar bertenang terutama dalam suanana yang tegang bukanlah suatu perkara yang mudah. Apabila anda dalam keadaan marah, alihkan dengan lari daripada keadaan tersebut. Cuba beristigfar dan ingatkan syaitan sedang merasuk agar anda marah dan mengembalikan perasaan kurang puas hati

Meluah

Banyak teknik meluahkan boleh digunakan. Bersendirian dan menangis semahu-mahunya. Teknik yang paling seronok dilakukakan, peluklah anak-anak kecil dan berbuallah dengan mereka. Boleh mengadu kerana mereka tidak akan faham sepenuhya, tetapi tindakbalas daripada anak-anak kecil membuatkan hati anda gembira.

Bersendiri

Bersendiri sama ada ke mana-mana tempat yang menjadi kegemaran anda. Tidak kiralah mencari tempat sunyi seperti menempah bilik resort atau hotel. Bawa semua buku-buku kegemaran dan luangkan masa untuk diri sendiri.

Memohon pada- Nya

Kita hamba yang kerdil yang selalu lalai daripada amanah dan tanggungjawab. Menangis dan mengadulah padanya, anda tidak akan kecewa. Apa yang pasti hati akan merasa tenang dan lapang.

Memaafkan

Walaupun anda berasa terlalu ego untuk memaafkan, tetapi setiap kali bangun bagi atau mahu tidur maafkan semua orang yang pernah anda kenali, anda dilukai atau dibenci. Ketenangan akan menyelubungi hati dan hidup anda akan rasa lapang dan bahagia.

2 comments:

maya amir said...

tq for sharing,...worth reading:)

Masayu Ahmad said...

fauzi-maya

berkongsi ilmu setakat yg termampu

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin