Sunday, September 27, 2009

Puasa terakhir

Teks: Masayu Ahmad
Foto: Mohd Yusran Ahmad


Juadah berbuka hari terakhir

Perjalanan pulang ke kampung berjalan lancar. Saya mula mengemas pakaian selepas selesai berbuka puasa. Selepas itu sempat juga mengukus dua adunan kek coklat kukus untuk buah tangan pulang ke kampung.

Selepas semuanya selesai jam tiga pagi kami bertolak pulang. Perjalanan lancar melalui lebuhraya lingkaran tengah (MRR2), kami sempat melepas dua tol percuma, Gombak dan Bentung.

Jalan mula sesak menghala lencongan ke Raub untuk ke Pantai Timur atau Kelantan. Jadinya en.suami memutuskan memilih laluan alternatf melalui Terengganu.

Kami meluncur terus tanpa kesesakan. Sebelum azan subuh berkumandang berhenti untuk sahur dan menunaikan solat subuh. Lebih kurang dua jam juga berhenti.



Perjalanan terus bergerak dan selamat sampai jam 3 petang. Walaupun perjalanan lebih 12 jam itu adalah tempoh masa biasa bagi perjalanan balik raya. Jika hari biasa hanya 7 hingga 8 jam. Tetapi pada musim perayaan akan mencecah 10, 12 mungkin juga 14jam!Dua kali ganda.

Kami puas hati kerana tidak menempuh jalan yang sesak, jalan lengang dan biasa-biasa sahaja. Hanya jarak yang jauh sahaja. Kaki juga tidak kejang sepertia biasa jika terperangkap dalam kesesakan.

Berbuka puasa bersama keluarga sebelah mertua. Hidangan nasi kerabu, daging bakar dan ikan percik.

Hari teakhir Ramadhan saya bergerak untuk pulang ke rumah untuk berbuka bersama keluarga. Selepas asar mula bertolak balik ke rumah saya. Setengah jam sebelum berbuka kami sampai.

Hidangan lebih kurang sama seperti semalam. Agaknya semua kemaruk mahu makan nasi kerabu. Nasi kerabu, ikan percik, daging bakar, gulai ikan yu.

Selepas pengumuman Hari Raya bersiaran, mula berkumandang di masjid-masjid dan surau mengalunkan tasbih menandakan 1 Syawal menjelang hari esok. Berselang selikan dentuman mercun dan bunga api yang berdentung dentang.

Hati sudah dipagut sayu. Takbir jelas kedegaran bersahut-sahutan kiri dan kanan. Terasa kemeriahannya. Hati sudah merasa sayu dan mula teringatkan arwah. Di dinding sudah ada baju kurung arwah yang sudah siap digantung ayahanda bersebelahan baju melayu miliknya.

Hari esok saya akan menziarah pusara arwah buat melepas rindu. Anak-anak lelaki semua sudah menziarah awal pagi sehari sebelum Hari Raya. Jadinya saya bersama kakak yang sulung dan puteri arora akan menziarah pusara bonda. Mok ni beraya di Rantau Panjang jadi hanya kami bertiga sahaja.

2 comments:

vogue said...

ada kerabu ke tuh? sedapnyaaaa

Masayu Ahmad said...

uhh, memang sedap.. tu bukan kerabu..

ulaman,, yg akan dicampur, dgn sambal ikan dan tumis kerabu.. baru lengkap nasi kerabu.. (faham ke tak ni yer)

ore kelate boleh byg gambaran nasi kerabu..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin