Monday, September 14, 2009

Kek coklat kukus & almond London

Teks: Masayu Ahmad



Foto: Cik google

Sebagaimana tahun sudah saya akan ke Selayang untuk membeli kerepek dan kekacang sebagai buah tangan untuk pulang ke kampung. Sudah dua tahun saya tidak membuat biskut disebabkan tamak haloba tahun 2006 membeli begitu banyak barang untuk buat biskut. Akibatnya membazir sebab hanya separuh sahaja yang digunakan. Ada barang-barang sehingga sampai tarikh luput. Penangan tersebut membuatkan saya tidak lagi sibuk-sibuk mahu buat biskut.

Tetapi tahun ini memandangkan Hakim dan Arif gemar makan biskut. Rasanya saya perlu buat untuk kanak-kanak riang ini. Hakim begitu gemarkan coklat, asyik bertanya ibu nak coklat, nak biskut coklat. Pengaruh gemarkan coklat pada diri saya tumpah pada Hakim.

Saya sempat juga membeli dua bekas biskut tart. Semua sudah lenyap dimakan budak-budak dan bapak budak. Kerepek juga sangat laris. 2 kerepek sudah habis dikunyah sambil menonton tv oleh kanak-kanak riang. Maka sebagai ibu solehah, saya rasa tergerak hati membuat biskut untuk anak-anak. Kali ini kadar pembaziran akan dipantau agar tidak berulang lagi sebagaimana tahun-tahun terdahulu. Niatnya mahu mengembirakan hati anak-anak dan hati saya sendiri.

Jadinya minggu sudah kaki saya melencong ke kedai barangan kek dan biskut. Kononnya mahu membelikan kiriman mok ni (kakak saya yang juga hantu kek coklat) yang mahu coklat bar. Sudahnya saya belikan dua coklat bar yang beratnya 2 kg setiap satu. Harganya sangat murah hanya RM11.90 sahaja.

Saya bawa barangan kek dan biskut dengan senyuman menawan hati, khas buat si suami yang selalu menyokong apa sahaja resepi air tangan isteri. Peringatan dalam kepala jangan membazir kerana itulah sikap negatif saya yang cuba dibuang jauh-jauh.

Tambahan pula di rumah sudah ada serbuk koko dan susu, rasanya kepala suda tergambar kek coklat kukus. Tangan saya juga tak semena-mena terus mengambil paper cup dan badam. Kesimpulannya mahu buat biskut almond dan kek kukus. Jadi ke tidak projek saya ini, tunggu sahajalah nanti.

Tip mengurangkan pembaziran

1. Buat senarai resipi
2. Buat senarai pembelian sebelum memutuskan untuk membeli
3. Ubah suai resepi berdasarkan barangan yang sudah ada di dapur
4. Jangan mudah rambang mata apabila membeli belah barangan dapur dan juga barangan memasak
5. Beli sekadar cukup dan tidak berlebih-lebih
6. Bawalah buah tangan untuk ahli keluarga, keluarga mertua dari hasil tangan sendiri jika berkesempatan untuk membuatnya.

4 comments:

yui said...

HI, Iam behind you. Good luck!

zarin said...

sila lah postkan recepie almond london ye!
plan nak buat kat kampung tp masih mencari recepie yg sedap.

btw, sorry sangat sbb i memang tk dpt siapkan kuih tat dan kek lapis u b4 raya
if u nak after raya, bgtau ye!
esok i balik kelate!..

Ely Hasrul said...

betoi tu. like previous ramadhan kitorg mmg suka msk n buka kat umah aje. tapi sbb dh terbiasa masak byk minggu ke tiga pose baru berjaya kurangkan. bukan byk mana tapi dh terbiasa msk utk dinner and utk bekalan kat opis. so bulan pose dh kurangkan msk utk buka and utk sahur. tapi sahur beselah xbape selera so byk sgt leftover. smlm msk mee kari for the first time. papi kata sedap. masak mmg cukup2 alih2 pagi tadik simpan jugak la satu bekas cukup utk sekali mkn lagik. xtau la bile nk abiskn tu .. arinih xmo msk. nk telek ape dlm fridge tuh. xmo mbazir lagik..

p/s - hulur2 la kek coklat kalu ade hahahaha

Masayu Ahmad said...

yui

tq

zarin

salam aidilfitri

nanti rasa nak, i kasitahu

ely

selamat hari raya maaf zahir batin

nanti i post by email je.. hehe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin