Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://1001resepi.com
Minggu ini tukar menu yang ringkas sahaja. Semalam mee bandung, hari sebelumnya mee goreng basah. Saya masih berkira-kira mahu buat mee jawa. Semua rencah sudah ada, cuma sediakan bahan-bahan tambahan sahaja. Apa yang mudah hanya rebus dan panaskan.
Semalam juga saya buatkan kari daging yang ditambah ubi kentang, makan bersama roti arab. Makan untuk sahur dan juga sarapan kanak-kanak riang. Arif dan Aiman makan dengan begitu berselera sekali.
Masih mencari-cari beberapa resepi, saya hanya kongsikan sahaja resepinya daripada http://resepi.mesra.net.
Bahan-bahan
300 gm mee kuning (dicelur)
100 gm tauge
200 gm udang
200 gm daging (dihiris)
100 gm sawi (dihiris)
2 keping tauhu goreng (dihiris)
1 biji cili hijau (dihiris)
1 keping fish cake (dihiris)
1 mangkuk stok daging
2 biji keledek (rebus & dilecek)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 sudu besar cili kisar
Garam & minyak masak
Cara membuat
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, udang kering & cili kisar hingga garing. Masukkan stok daging, keledek & daging. Masak hingga daging lembut. Kemudian masukkan udang, sawi, fish cake & garam. Biarkan merenih hingga mendidih. Angkat & hidangkan.
Cara menghidang
Masukkan mee & tauge ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Bubuhkan telur rebus, tauhu goreng & cili hiris.
No comments:
Post a Comment