Thursday, June 30, 2011

Terus mendaki


Teks: http://www.masayuahmad.com/
Foto; Google


Sekarang ini sudah 6.36 pagi, anak-anak masih enak berselimut. Saya gemar waktu begini untuk menulis dan berkarya. Suasana sunyi diselimut damai, tenang, sesekali bunyi cengkerik menemani. Rek, rek, rek, kadangkala bunyinya pendek, kadang-kadang panjang. Angin kipas sesekali menderu ke kiri dan ke kanan. Bunti enjin kereta di jalanan juga menyapa.


Inilah nikmat ketenangan, suasanan sunyi, tenang, semuanya memberi ucapan selamat pagi. Pepohon hijau keliling rumah sudah tentu sentiasa berzikir dengan bersyukur dengan kebesaran Allah. Juga waktu pagi yang penuh produktif. Lontaran idea lebih segar, ketukan lebih lancar.

Tiada kebisingan anak-anak ketawa, menangis, bergaduh, bermanja dan bermacam lagi kerenah anak-anak.

Hari ini sudah 1 Julai 2011. Nampaknya saya sedikit terbabas dengan trek bulan lalu. Lalu saya bawakan bersama dengan tugasan baru bulan ini. Agak tebal dan banyak, tetapi saya berdikit-dikit menyelesaikannya. Waktu pagi saya akan mulakan bahagian yang sukar, agar siang hari nanti lancar sahaja proses penyuntingan. Doakan saya agar tugas dipermudahkan. Insya-Allah

Saya mengintai melalui daun pintu. Mertua masih bertelekung dan masih dengan rutinya, lebih lama lagi, kerana hari ini Jumaat.

Saya melangkah ke dapur. Menu apa ya pagi ini? Nasi semalam masih banyak, semalam juga Hakim sudah minta mahu makan bihun goreng.

Jadi ambil bawang merah bawang putih potong. Panaskan minyak letak dahulu daging biar empuk. Kemudian buka peri ais, ambil sayur. Bahan ditumbuk, daging sudah empuk. Masukkan dalam minyak panas. Datang Hakim.

"Saya sudah lapar, sedapnya bau," sambil gosok perut.

"Ibu masak bihun rupanya, terima kasih ibu. Mari saya tolong ibu," abang Hakim memang pandai bodek.

Kelentang kelentung, ada beberapa pinggan yang belum berbasuh. Hakim sapu sabun dan bilas air.
Ibu masak dua menu. Selesai bihun goreng, masak lagi nasi goreng.

Selasai! Hakim makan dua pinggan bertambah.

Tit, tit, bunyi kereta Pok Syid datang. Rutin Jumaat, mertua akan ke pasar pagi.

Jadi sekarang semua hampir selesai, Arissa sedang enak menyusu diriba, sambil ibu menyiapkan entri ini.
Kejap lagi mahu mandikan dan tidurkan semula si comel ini.

8.43 pagi
1 Julai 2011

Salam kasih sayang

http://www.janawangdirumah.com/


Dapatkan panduan bekerja dari rumah http://www.janawangdirumah.com/

Terapi buat wanita


Teks: http://www.masayuahmad.com/

Petang Khamis, maksudnya esok di sini sudah Jumaat. Lega sudah apabila melihat raga hijau berwarna hijau sudah kosong. Kain semua sudah siap dicuci. Sebahagian sudah dilipat, hanya tinggal pakaian kanak-kanak riang. Mala mini boleh sambung melipat dan menyudahkannya. Hari Jumaat tidak mahu fikir lagi tentang kain baju yang kotor.


Kadangkala ia meninggalkan ‘satu perasaan pelik’ kepada en.suami, mengapa perlu basuh pakaian setiap hari. Sedangkan pada saya, melihat pakaian kotor sudah berbasuh, berjemur, berlipat dan raga kosong adalah satu terapi. Ia terapi pada wanita.

Sudah tentu bagi wanita bekerja di luar rumah, cuti sabtu dan ahad itulah hari untuk menyudahkan gunung pakaian, atau berbakul-bakul pakaian yang sudah dicuci malam hari bersedia untuk dilipat. Memang menggeliat juga melihat pakaian yang begitu banyak.

Terapi juga bagi saya apabila melihat anak-anak sudah siap mandi berpakaian dan berbau harum.

“Hakim dan siap sabun ibu,” sambil meloncat-loncat keriangan, mandi dengan air batang paip bersumberkan air perigi. Berjujus air mandi jatuh yang melekat pada tubuh.

Ibu tahu itu loya buruk Hakim, lalu saya sekali lagi mengambil sabun dan menyapu ke seluruh badan anak sudah makin membesar. Semakin keras kepak lengan, sudah ada otot-otot yang sudah menimbul. Oh, anak ini sudah semakin membesar. Sungguh pantas masa berlalu. Rasanya baru melahirkan, menyuap, memandikan. Mungkin sikit masa lagi apabila sudah baligh tangan saya tidak lagi akan menyapu badan Hakim dan menemani mandi.

Rahsia air tangan

Barangkali saya akan rindukan saat sebegini. Saat waktu pagi, tengahari dan petang, memujuk dan kadangkala agak keras juga suara supaya cepat mandi.

Cuba kira berapa kali setiap hari kita memandikan anak-anak, terutama anak-anak yang masih bawah umur 7 tahun ke bawah. Jangan berpagi-pagi mengejar ‘punch card’ makanya kita membawa anak ke pusat jagaan atau pengasuh, dengan tidak bermandi. Juga rasa gembira apabila mengambil anak yang sudah mandi dan siap berpakaian malam. Tiga kali sehari pengasuh memandi dan membersihkan anak kecil kita.

Adakah hanya hujung minggu sahaja masa diperuntukkan untuk memandikan anak. Itu pun mungkin berbolak balik dengan suami, siapa yang perlu mandikan anak-anak kerana banyak urusan rumah tangga yang lain perlu diuruskan juga.


Salam kasih sayang

Dapatkan panduan bekerja di rumah http://www.janawangdirumah.com/ persediaan awal bekerja di rumah. Saya sudah kalian bila lagi?

Wednesday, June 29, 2011

Perjuangan diteruskan

Teks: http://www.masayuahmad.com/
Foto: Tanisha Vesudavan

Pejam celik-pejam celik hari ini sudah 30 Jun 2011, saya belum habis lagi mendaki, tetapi catatan masa untuk bulan ini sudah hampir tamat. Apa yang perlu saya buat? Bertenang, dan teruskan pendakian seperti biasa sehingga sampai puncak. Dan mula semula mendaki bukit yang lain. Tidak mengapa jika lambat, tetapi saya perlu selesaikan juga. Ada dua kemungkinan saya perlu pecut dan segera tamatkan larian, atau teruskan seperti biasa walaupun perlahan tetapi konsisten.

Dalam perlumbaan arnab dan kura-kura, arnab memecut dengan laju, dengan kata lain dia terlampau yakin dapat menyudahkan dengan mudah. Jadi si arnah berehat sebentar, dengan anggapan bahawa si kura-kura tidak akan berjaya.
Kura-kura tidak pernah erti putus asa, teruskan juga, walaupun perlahan-lahan ia tetap maju ke depan. Lama-kelamaan dia maju ke depan, bukan sahaja sampai, malah dapat pula mengalahkan si arnab yang bongkak dan terlalu yakin diri.
Konsisten itu perlu, usaha juga perlu, sabar dan terus bergerak juga perlu. Apa yang tidak perlu dalam kisah tauladan ini ialah jangan terlalu memandang rendah pada orang lain. Begitu juga dalam bisnes, jangan memandang enten kepada pesaing, mungkin dalam diam, pesaing sedang melakukan perkara luar biasa. Mungkin dalam tidak menunjuk-nunjuk ada satu sisi kejayaan yang akan ditempa. Nilai-nilai moral ini selalu ada dalam apa sahaja kisah tauladan, kisah insipirasi, kisah orang yang berjaya. Lalu kita sebagai orang biasa-biasa ambillah sisi positif untuk diserap masuk dalam pendakian kita.

Salam kasih sayang

Klik di sini http://www.janawangdirumah.com/ jika mahu bekerja di rumah seperti saya. Buat secara sambilan atau sepenuh masa.

Tuesday, June 28, 2011

Fikiran Kusut Antara Punca Kemalangan Ke Tempat Kerja

SEPANG, 28 Jun (Bernama) -- Fikiran kusut, mengejar kad perakam waktu atau tergesa-gesa ke tempat kerja dikatakan antara punca kemalangan semasa pekerja dalam perjalanan ke tempat kerja.


"...Kebanyakan kemalangan berlaku pada waktu pagi antaranya kerana fikiran kusut memikirkan pelbagai tanggungjawab untuk dilaksanakan hari itu, mengejar kad perakam waktu atau lambat bertolak dari rumah," kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan kepada pemberita di sini Selasa.

Beliau melancarkan Kempen Perjalanan Selamat ke Tempat Kerja Kebangsaan 2011.

Beliau berkata jumlah kes kemalangan pergi dan pulang dari tempat kerja meningkat 38 peratus dengan 22,036 kes dilaporkan tahun lepas berbanding 20,810 kes pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, 63 pekerja meninggal setiap bulan kerana kemalangan semasa berulang-alik ke tempat kerja, katanya.

Maznah turut berkata kajian Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menunjukkan 80 peratus mangsa kemalangan adalah pekerja lelaki yang melibatkan pekerja sektor perkilangan dan perkhidmatan.

Beliau berkata Perkeso mengeluarkan RM1.8 bilion pampasan kepada pekerja yang mengalami kemalangan sewaktu di tempat kerja atau pun sewaktu berulang-alik ke tempat kerja berbanding RM1.3 bilion pada tahun 2009.

Sasaran pengurangan sebanyak 30 peratus kes kemalangan pergi dan pulang dari tempat kerja diharap dapat dicapai tahun ini sempena kempen yang dilancarkan yang bermula hari ini, katanya.

"Saya harap kempen ini akan dapat mencapai matlamat untuk meningkatkan kesedaran betapa tingginya risiko berulang-alik ke tempat kerja. Ia tertumpu kepada 100 majikan yang pekerjanya paling tinggi terlibat kemalangan ke tempat kerja," katanya.

Maznah berkata kempen juga akan tertumpu kepada kawasan kemalangan berisiko tinggi di sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Pulau Pinang, Johor Baharu dan Ipoh.


-- BERNAMAS--
 
Pilihlah untuk bekerja dari rumah, klik di sini http://www.janawangdirumah.com/

Iktibar masa yang bergerak

Teks: Masayu Ahmad


Sudah lapan pagi, lihat lagi 8.30, sekjap 9 pagi kini sudah 9.42 pagi bersamaan 29 Jun 2011. Masa terus bergerak dengan konsisten. Biar ia sedetik-sedetik, lama-lama sudah suku, setengah, sudah satu jam. Pagi, tengahari, petang, malam, dinihari, pagi semula. Mari ambil iktibar daripada masa

Sifat masa tidak bertangguh, terus bergerak. Ia tidak berhenti rehat, tetapi terus menerus berjalan dalam satu pusingan. Selesai satu pusingan, bergerak lagi. Tiada istilah penat, mahu rehat.
Masa tidak bising. Hanya bising apabila ia dijadikan sebagai satu alat, supaya berbunyi dan berdering, agar manusia disedarkan. Ia tahu akan tugas, terus bertugas walau hujan, ribut, tsunami sekalipun
.

Mari kita serap dan jadikan iktibar, terus bergerak dan tidak bertangguh untuk menyelesaikan matlamat. Boleh berehat kerana kita sudah fitrah manusia, perlu rehat dan kemudian menyambung semula perjuangan. Rahat pula tidak berlebih-lebih, melepak tidak tentu fasal, asyik berangan tetapi satu kerja pun belum selesai. Jika lihat orang yang berjaya sentiasa sibuk dan masih mampu mengurus masa dengan baik.

Salam kasih sayang, dapatkan ebook panduan bekerja di rumah http://www.janawangdirumah.com/
Saya sudah, anda bila lagi? Buatlah persediaan dari sekarang!

Lajunya sungguh masa

Teks: Masayu Ahmad



Jam sekarang 4.07 petang bersamaan 28 Jun 2011.

Mencabar sungguh hari ini, apabila dapur rosak, jadi saya keluarkan dapur saya, juga tidak boleh, beli dapur baru, juga tidak berjaya. Rupanya wayar yang tersumbat. Nasib baik ada dapur pengganti,sementara malam nanti mencari wayar yang menyambungkan kepala gas ke dapur.

Akhirnya siap masakan saya hari ini, ikan bakar, sayur campur goreng, dan ikan goreng menggunakan dapur arang. Dapur khas untuk membakar ikan atau membakar ikan percik.  Apa yang ingin saya sampaikan:

Lakukan apa sahaja  atau cari apa sahaja jalan. Sama ada jalan a, b, c, atau z sehinggalah berjaya sampai ke matlamat yang disasarkan. Mungkin jika melalui sungai kita akan menggunakan pendayung, berenang atau bot. Mungkin lambat, atau cepat. Tetapi lambat atau cepat, bagaimana kita mencari strategi agar matlamat kita berjaya digenggam.
Laju sungguh masa kan, saya perlu menyiapkan manuskrip di tangan. Sudah ada beberapa buah di tangan editor, mungkin dalam proses penyuntingan dan sebagainya. Saya hanya perlu teruskan tugas saya menulis dan menyiapkan manuskrip.

Saya juga akan menulis dua lagi ebook, masih dalam proses mencari, menyusun bahan dan membuat penyelidikan. Bulan baru maksudnya manuskrip baru. Saya perlu menyiapkan seberapa pantas, pada masa yang sama perlu mengekalkan kualiti. Perlu produktif untuk mencapai sasaran apa yang sudah saya rancang.

Sebelum Hakim, Arif dan Aiman bersekolah. Tahun hadapan Hakim darjah satu, Arif dan Aiman akan ke tadika. Hanya Arissa bersama saya di rumah. Jadinya ketika tiga beradik ini tiada di rumah, perlu menyusun jadual dan menggunakan sebaiknya masa menulis.

Sekarang ini, dari jam 9 pagi hingga 3 petang, memang tiada ruang. Akan ada semula jam 4 petang seperti sekarang. Pagi adalah masa yang paling produktif menyelesaikan sasaran 16 muka surat sehari. Jika satu hari saya dapat menyiapkan 1 bab, maka petangnya dapat dirasakan hari tesebut adalah produktif. Jika, tidak saya perlu konsisten menyelesaikan 1 bab setiap hari dengan cekap. Oleh kerana semalam sudah menghantar satu lagi manuskrip yang disunting semula, jadi hari ini saya cuti. Malam ini bermula lagi kayuhan menyiapkan satu lagi manuskrip.


Salam kasih sayang, jangan lupa dapatkan ebook saya seperti pautan di bawah, saya sudah bekerja dari rumah, kalian bila lagi?

http://www.janawangdirumah.com/

Sunday, June 26, 2011

Indahnya pagi ini

Teks: Masayu Ahmad
Foto: Tanisha Vesudavan


Satu lagi hari indah untuk dinikmati. Semoga Allah mempermudahkan urusan saya juga urusan pembaca budiaman. Alhamdulillah, 20 muka surat berjaya disunting pagi ini. Sambil bertukar jersi, menyusu Arissa dan kemudian menyambung suntingan.

Indah sungguh pagi ini. Daun-daun nampak segar, titisan hujan terlekat molek pada kelopak. Dinihari yang mendamaikan, bersama unggas yang sesekali menyapa.

rek, rek, rekk, bunyi cengkerik. Berselang seli dengan bunyi deru kereta. Jam sudah menginjam 8.11 pagi, bersamaan 27 Jun 2011. Ya Allah permudahkanlah segala urusan hambamu ini. Jadikanlah segala ujian kecil pada hari ini sebagai satu anugerah yang datang bersama hikmah yang tiada nilai untuk kejayaan pada masa hadapan. Ya Allah sesungguhnya aku meletakkan Engkau di hadapanku, atas segala kesyukuran, cabaran dan proses pendakian yang kadangkala perlu menempuhi banyak cabaran yang tidak diduga.

Semoga hari ini adalah hari yang lebih baik daripada semalam. Semoga hari ini lebih banyak ilmu yang diserap, lebih banyak amal yang ada penambahbaikan, lebih konsisten dalam menguruskan apa-apa sahaja urusan yang akan menjadikan diri ini lebih baik setiap masa dan ketika.

Semoga juga menjadi isteri dan muslimah yang terbaik. Sentiasa memandang ke bawah, bersama arus pendakian ilmu dan semangat yang tidak pernah padam.


Salam kasih sayang

http://www.janawangdirumah.com/

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin