Saturday, March 9, 2013

Tips bertenaga rutin pagi-wahm, soho

Teks: Masayu Ahmad


Salam kasih sayang, ingat tak dulu masa mula-mula anak nak sekolah rajinnya saya memask pagi. Sudah beberapa kurun hehe, tak masak dan anak bawa bekal kuih muih atau kadang-kadang masak dan suapkan. Malam tadi Hakim beritahu dia mahu nasi goreng, roti goreng berinti ikan dan roti canai. Dua segera cuma panaskan sahaja. Nasi goreng saya sudah buat banyak sambal semalam, jadi pagi ini panaskan sambal, masukkan telur dan nasi, tambah kicap. Siap bekal Hakim sampai petang.
Juga bekal air kosong.

"Ibu tak payah pergi hari ni dih."
"Iya." Jawab Hakim, puas hati dengan bekalan hari ini mengikut permintaannya.

Hari ini marathon manuskrip, sebelah petang selepas jam 3 baru pos barang pelanggan, ada buku ada juga barang sunnah.

Pagi Ahad, adalah waktu rehat selepas Jumaat dan Sabtu yang padat. Sejak bulan lepas juga Arissa, sudah tidak dihantar ke PASTI, saya mahu luangkan lebih banyak masa bersamannya. Coletehnua kini bertambah kerana baru dapat mulut 'pot pet pot pet'. Kalau saya berada di luar, sangat rindu dan mahu balik cepat-cepat, segera selesai urusan dan balik, mahu peluk cium anak syurga ini. Iya kan kanak-kanak belum ada dosa, itulah sebabnya ubat paling mujarab atau terapi ibu yang penat adalah mencium dan memeluk anak.

Sekarang dia sedang nyenyak tidur sambil menyusu tadi. Saya belum putuskan untuk hentikan penyusuan, walau sudah tambah susu yang lain. Sehingga dia kata tak nak barulah berhenti sepenuhnya. Rasa belum puas peluk cium anak kecil. Cepat sungguh adik membesar.

Saya masih buka penyertaanya, kelas pertama sudah hampir penuh, tinggal seorang peserta lagi. Lihat blog protege saya di sebelah kanan ini, paling atas, jemput singgah ke sana, beberapa blog lagi bakal menyusul.

Juga ada permintaan untuk kelas 'advanced level'
- ini khusus untuk yang sudah ada blog dan menukarkan isi kandungan kepada Ebook saya akan buka penyertaan ini apabila saya selesai ebook saya 30. Ataupun bemula Disember 2013 dan ia hanya akan dibuka kepada 10 orang sahaja setiap bulan. Untuk saya lebih fokus.

- Bagi yang asas, untuk belajar menulis, boleh mula dengan kelas di bawah ini dahulu. Tetapi bagi yang sudah ada blog tetapi isi kandungan kurang menarik, blog tiada pelawat, buntu untuk menulis, tidak ada konsisten dalam penulisan, tidak fokus, boleh sertai yang di bawah ini. Segalanya asas.

Saya kongsikan membina blog berpengaruh. Blog ini sudah dijejaki dan tersiar di Ruangan Mega Utusan Malaysia, Harian Metro, Mingguan Wanita dan Majalah Nur. Dan masanya saya menurunkan ilmu penulisan ini. ;) Moganya saya meninggal, ada ilmu yang dikongsi dan bermanfaat. Setiap kalian ada keunikan tersendiri, jangan tiru saya, tetapi serlahkan keunikan sedia ada.


Motivasi dan inspirasi, sangat perlu setiap hari

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, dari tadi mahu menulis, simpan kemudian ke sana, sambung lagi ke sini, satu pun belum siap. Ok sekarang duduk dan boleh mula berkongsi. Rabu Khamis dan Jumaat saya bali ke rumah ayah, jadi jadual padat dari pagi hingga malam. Balik sana jadualnya pun sama, cuma kalau waktu pagi tidak memasak, tok ayah beli. Nasi berlauk gerai tepi rumah, hari ke dua roti boom untuk kanak-kanak riang.

Malam saya memasak, ayah mahu masak lemak jadi masak apa yang dia mahu makan, saya buatkan juga ikan jeket masak berlada. Banyak mahu berkongsi, antaranya

- Kisah sabahabt fb bernama puan z yang sudah disahkan kanser tahap 2, kami berbual di awal pagi banyak ilmu saya perolehi, Antaranya amalan makanan sunnah dan cara berubat berpandukan gaya hidup Nabi Muhammada s.a.w ya rawatan pilihan utama bukannya rawatan alternatif. Betapa kehidupan kita dan makanan kita seharian dimomokkan dengan gaya hidup bukan Islam, kita sudah banyak terpengaruh tanpa kita sedar. Minuman bergula, makanan segera dan banyak contoh lagi.

-Kisah sedekah dan kuasa sedekah, saya paling ingat momen ini. Pada pagi Aidil adha raya ke dua, datang seorang yang tidak dikenali. Maka ayah memberikan dia RM10. Kata ayah

"Berilah dengan ikhlas setakat mampu. Jika dia menipu itu urusan dia dengan Allah Urusan kita berilah kepada yang perlu dan kita masih mampu berkongsi rezeki.

Nah, 10 minit kemudian, datang daging bersama wang RM100 kiriman saudara buat ayah. Tengok dan lihat contoh di depan mata. Ayah adalah contoh terbaik buat saya.

Musim bulan puasa selalu sahaja ada majlis berbuka, kalau dia pulang beberapa minggu dari laut. Kita panggil out station zaman sekarang, dia akan bawa pulang beberapa bakul besar, durian dan rambutan, akan diagih-agihkan kepada jiran dan sanak saudara. Itulah ayah.
Jika arwah mek ada, selalu saya dibuat kenduri kesyukura walau kecil. Moga saya selalu mengikut cara ayah. Contoh paling dekat

Oh, ya kelas blog online sudah bermula, lihat iklan sebelah kanan ini ya, dan kelas sudah hampir penuh untuk kumpulan pertama. Hanya lima orang sahaja untuk satu kumpulan. Jemput singgah di dua blog protege saya, nantikan kemunculan 'hasil' mereka selepas 44 hari ini. Insya-Allah.

Thursday, March 7, 2013

Masanya saya turunkan ilmu

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, pagi tenang di kampung ayah. Semalam hari pertama dua pelajar sudah pun mula sesi tutorial online untuk belajar blog asas. Masanya saya menurunkan dan berkongsi pengalaman dan kemahiran yang ada. Dua pelajar ini Fatin dan Sulatin lihat pada sebelah kanan ini ada pautan blog protege saya. Tugasan pertama sudah diserahkan dan malam nanti akan masuk kelas semula jam 9 malam, setiap malam. Dan begitulah seterusnya sehingga 44 hari, setiap hari ada satu tugasan, dan saya akan tunjukkan nanti apa produk akhir ya, sabar. Ia pasti akan mengujakan kalian. Mereka ini sangat mudah untuk diajar dan mudah untuk dilentur, semangat dan keterujaan membuatkan kelas berlangsung dengan harmoni sekali.

Pagi ini saya masih menyusun jadual, sebelum tengahari akan pulang, kerana petang ada urusan. ;)
Alhamdulillah, terima kasih Allah.




Tuesday, March 5, 2013

Kisah dan kehidupan, serap pengajaran

www.janawangdirumah.com

Perwiraku, pergilah berjuang ke medan bakti,,,

Mendayu-dayu suara nyanyian Siti Nurhaliza ketida sedang menikmati sarapan pagi. Melihat sorotan pejuang yang gugur di tv, saya merasai perasaan sedih dan sayu. Ini saya, apakan pula seorang isteri, ibu yang mendapat berita anak atau suami yang sudah menghadap Illahi. Sedih dan sayu memba dan perkongsian demi perkongsian di laman sosial fb. Al-Fatihah, ya Allah moga roh mereka dicucuri rahmat.

Pagi ini usai mengemas saya akan pulang ke rumah ayahanda, patutnya semalam. Tengok belum juga bergerak-gerak lagi. Usai jemur pakaian dan kemas rumah, kami akan pergi bertiga sahaja, saya, Aiman dan Arissa. Arif dan Hakim sekolah seperti biasa. ;)


Keluar dari zon selesa

Ok, atas permintaan ramai, saya buka tutorial online, bagi yang mahu belajar buat asas blog. Kalau kalian lihat saya ada banyak blog, untuk tujuan penulisan dan juga promosi. Saya gunakan yang percuma secara maksima. 





Assalamualaikum, baru boleh update blog, usai menyusu Arissa sudah lena. Dari pagi sampai petang, aduhia masa. Nampaknya esok pagi sahaja balik rumah ayahanda.
 Bersambung.


Monday, March 4, 2013

Begitulah kasih sayang Allah dan janjinya pasti benar..;)


Mahu rehat sekejap malam ini mahu pecut manuskrip lagi, alhamdulillah.

Alhamdulillah, saya berkira-kira

Sunday, March 3, 2013

Serap tenagan positif awal pagi

Teks: Masayu Ahma

Bismillah, dengan nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Apa khabar suri sekalian, bermula lagi kita dengan rutin pagi sibuk. Hari ini sudah 4.3.2013. Alhamudlllah selesai sudah masak sarapan merangkap tengahari lauk gulai kelantan dan nasi putih. Dalam tu masuk sekali ikan kering dan telur itik. Hihi dah jadi tiga dalam satu punya lauk, ada ikan tenggiri, ikan kering dan telur itik. Semua untuk tiga generasi, atuk, nenek, anak dan cucu. Boleh begitu? Memang lah boleh.

Selesai juga jemur pakaian dua tali, aduhai saya memang masih guna kaedah tradisional, tinggal bersama mertua ada benda saya masih kekalkan cara tradisional dan ada perkara yang lain saya cuba seiiringkan dengan jadual kesibukan saya.

Dapat lebih 100 produk makanan sunnah di sini ya
Produk lain akan menyusul secara berperingkat.


Mari kita serap tenaga dari ibu-ibu yang hebat berikut



Rutin adalah berbeza sebelum dan selepas saya mempunyai anak. 3 tahun pertama saya memulakan perniagaan, jadual kerja harian lebih bebas kerana saya cuma perlu memikirkan diri sendiri dan suami. Ada masa di mana saya sibuk menyiapkan tempahan, kami akan makan di luar atau saya boleh mengenepikan dulu urusan kerja rumah. Tetapi apabila sudah mempunyai anak, jadual berubah mengikut peringkat usia anak. Saya tidak mempunyai pembantu rumah dan tidak pernah menghantar anak ke pusat jagaan. 2 tahun pertama membesarkan anak, saya cuma mampu mengambil tempahan untuk 2-3 pelanggan saja. Selebihnya saya akan mengajar kelas decoupage atau kelas bunga telur 1-2 kali sebulan di hari minggu di masa suami dapat membantu menjaga anak. Waktu malam selepas anak tidur, saya gunakan untuk mengemaskini blog, laman facebook bisnes dan menjawab pertanyaan dari email pelanggan. Farah Hafizah
Sumber: Ebook Super Wahm, Super Mom


Semuanya bermula semasa saya mendirikan rumah tangga pada penghujung tahun 2000. Ayah saya seorang yang mahir dalam apa jua kerja pertukangan. Beliau telah menyiapkan sendiri khemah serta binaan asas pelamin untuk kenduri saya. Siapa sangka, khemah yang tidak seberapa yang dibuat dari besi lebihan & kanvas kitar semula seolah-olah menjadi ‘modal kepada pendapatan sampingan’ keluarga kami. Dari situ, saya dan ayah bernekad untuk memulakan perniagaan hujung minggu secara kecil-kecilan iaitu ‘perkhidmatan menyewa kanopi’. Beberapa ketika, aktiviti perniagaan ini dijalankan secara kecil-kecilan oleh ayah dan separuh masa bagi pihak saya yang lebih menjurus kepada pengurusan tempahan, pengiklanan dan aliran wang tunai. Kerana meningkatnya permintaan, saya dan ayah telah membuat beberapa lagi kanopi yang lebih baik dan cantik serta menambah perkhidmatan kepada perkhidmatan katering & PA system.

Saya tinggal di kawasan yang boleh dianggap ‘kampung’ di pinggir ibu kota. Jika ada kenduri kahwin, saya pasti ‘turun padang’ untuk bantu jiran-jiran. Dari buat bunga pahar, hantaran…sampai ke hias pelamin. Saya rasa seronok bermain dengan reben, kain dan bunga-bunga. Dari suka-suka, saya mula menerima tempahan dari saudara-mara serta rakan-rakan. Memandangkan keadaan saya yang bekerja, saya menghadkan tempahan yang masuk agar tidak mengganggu waktu kerja & waktu keluarga yang ada. Bila dah ada perniagaan sampingan dengan ayah, menjadi-jadi pula tempahan yang saya terima sampai ada yang mencadangkan untuk saya buat pelamin.
Etha Bahrom, Gobok The Boutique.http://superwahmsupermom.blogspot.comSaya tinggal di kawasan yang boleh dianggap ‘kampung’ di pinggir ibu kota. Jika ada kenduri kahwin, saya pasti ‘turun padang’ untuk bantu jiran-jiran. Dari buat bunga pahar, hantaran…sampai ke hias pelamin. Saya rasa seronok bermain dengan reben, kain dan bunga-bunga. Dari suka-suka, saya mula menerima tempahan dari saudara-mara serta rakan-rakan. Memandangkan keadaan saya yang bekerja, saya menghadkan tempahan yang masuk agar tidak mengganggu waktu kerja & waktu keluarga yang ada. Bila dah ada perniagaan sampingan dengan ayah, menjadi-jadi pula tempahan yang saya terima sampai ada yang mencadangkan untuk saya buat pelamin.Etha Bahrom, Gobok The Boutique.http://superwahmsupermom.blogspot.com


Sumber: Super wahm, super mom
http://superwahmsupermom.blogspot.com/

Hati ini amat tenang, gembira senyum sampai telinga dan juga ada perasaan ragu dan terfikir, boleh ke nanti bagi mak dan abah setiap bulan.
Sarah, tiga tahun setengah, adalah orang yang paling gembira.
"Mak tak kerja hari ini Sarah." Dia menyampuk " yeay".
Hari pertama berjalan lancar, sempat bermain dan membaca buku dengannnya sambil menguruskan kerja menambah baik facebook dan blog secara online sahaja.
Akhirnya, setelah lebih kurang setahun merancang, pada bulan Februari 2012 saya menghantar surat berhenti kerja dengan sebulan notis dan March 2012 juga saya melepaskan jawatan saya. Perasaan masih bercampur baur, gembira kerana hajat didapat tercapai, sedih kerana sudah lebih 8 tahun saya bekerja di sana bersama rakan-rakan.
ALLAH sahaja yang mengetahui, setiap kekuatan hanya padaNYA, setiap bulan mampu memberi kepada mak dan ayah, mampu berbelanja, anak-anak saya terasa dekat dengan saya, saya ada masa yang flexible untuk bekerja. Rezeki keluarga pun tidak putus-putus untuk keluarga.
Satu pencapaian yang membanggakan bagi Uwais, sudah bertukar pada kelas yang lebih baik setelah tiga tahun di kelas yang sama, bermaksud keputusannya lebih baik dari segi akademik dan saya ada masa untuk mendidiknya baik dari segi urusan dunia mahupun akhirat. Uzair pula dapat menduduki tempat pertama dalam kelasnya dan terbaik bagi subjek Bahasa Inggeris pada peperiksaan yang lalu. Sarah pula, walaupun saya tidak punya banyak masa mengajarnya secara formal, saya cuma terapkan unsur pendidikan secara santai dan saya dapat rasakan dia lebih mesra dengan saya.
Bukan ukuran akademiknya bagus yang dijadikan asas terbaik tetapi saya ada masa saat anak perlukan, mendengar ceritanya setiap kali balik sekolah, menasihatinya semasa dalam perjalanan balik dari sekolah.Apatah sekarang musim cuti sekolah, setiap minggu ada aktiviti yang kami dapat lakukan bersama.
Dahulu, terlalu banyak masa dan wang terbuang kepada perkara-perkara lain sedangkan masa yang bernilai dan berharga adalah saat ia masih kecil untuk dibelai, dimanja dan diberi perhatian bukan juga mainan mahal sebagai gantinya.



Boleh bayra terus RM50 sahaja untuk dua ebook dengan sebuah buku bonus strategi pemasasaran cara rasulullah

Lebih banyak pilihan pakej promosi di sini ya









Saturday, March 2, 2013

Langkah demi langkah butik online/offline


Pakej wahm butik
RM55 sahaja (promosi sehingga 10 Mac 2013)



Sumber Bab 1: Ebook Panduan Mula Bisnes Butik Online/ Offline

Langkah demi langkah
·         Membuat pelan perancangan bisnes
·         Memilih nama butik yang sesuai
·         Kos awam termasuk bajet yang sesuai
·         Sumber modal
·         Beberapa pilihan alternatif
-Membeli butik yang sudah stabil
-Membuka butik yang baru
-Butik francais
·         Memilih lokasi butik berpotensi
-          Pasaraya, strip malls, stand alone locations
-          Pusat bisnes setempat
·         Sumber produk, peralatan, fokus produk
-          Di mana mendapat bekalan produk
-          Berapa harga produk
-          Kaedah menggabungkan jenis pakaian yang sesuai, contoh tudung dan pakaian
-          Kaedah tempahan mengikut musim berlainan
  • Kaedah meletakkan harga
    • Menentukan harga dan margin
    • Strategi meletakkan harga
    • Harga berdasarkan diskaun
    • Harga sempena promosi jualan
    • Harga berdasarkan harga pesaing
  • Pengurusan kakitangan
    • Kategori kakitangan-Jualan, promoter, penyelia, tukang jahit, designer
    • Gaji dan komisyen
    • Jadual bertugas kakitangan
    • Jadual bekerja kakitangan
    • Bonus dan komisen
  • Cara mengurus jualan tunai harian
  • Jualan efektif butik
    • Teknik khidmat pelanggan
    • Kaedah publisiti dan periklanan percuma
    • Menjaga pelanggan setia
·         Mengendalikan peragaan fesyen, jualan sample
  • Senarai semak 
    • Rancangan bisnes
    • Memulakan dengan modal kecil dan butik berasakan modal bajet dengan saiz yang lebih kecil
    • Borang tempahan produk
    • Perjanjian consigment
    • Sample soalan temuramah untuk pekerja butik
    • Akaun iventori
    • Jadual pekerja
    • Butik pesaing
    • Harga sewa lokasi butik
  • Sumber pembekal dan pemborong produk
  • Produk dan perkhidmatan sampingan (khas) contohnya tempahan pakaian pengantin.
Baca selanjutnya dalam Ebook Mula Bisnes Butik Online/ Offline
Harga promosi sehingga 10 Mac 2013 RM30, harga akan kembali RM50 selepas tamat promosi.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin