Monday, February 16, 2015

Persediaan sebelum berhenti kerja

Teks: Masayu Ahmad
www.masayuahmad.com
www.akademibekerjadirumah.com

Puan Lina (bukan nama sebenar)
Saya berasal dari Terengganu, menetap di Selangor. Kerana sukar mendapat pengasuh anak-anak, mereka dijaga keluarga di Terengganu.
Jadi saya berulang-alik setiap minggu. Saya adalah penjawat awam. Sejak hamil anak ke tiga saya mencari peluang yang sesuai untuk saya bermula dari rumah.
Tetapi komitmen kewangan kami suami isteri sangat tinggi.

Bagaimana saya boleh berhenti kerja dan mendapat pendapatan sama seperti sekarang?

Jawapan.

Email di atas adalah contoh-contoh email yang kerapkali singgah di inbox facebook saya ataupun singgah di email.

Persediaan berhenti kerja dan solusi.

1. Kenalpasti dahulu jenis bisnes atau pekerjaan.

Sebelum kita memutuskan untuk berhenti kerja dan memulakan secara sepenuh masa. Kenalpasti dahulu apa yang kita mahu usahakan. Sama ada bekerja atau mengusahakan bisnes.

Kenalpasti apa minat, kemahiran, kepakaran yang boleh kita usahakan berdasarkan apa bidang yang mahu kita ceburi. Contohnya kita ada kemahiran sebagai akauntan, apakah peluang-peluang yang boleh kita terokai.

Sekiranya kita berminat dalam bisnes, apa pula bisnes atau bidang yang mahu kita aktifkan sebagai sumber pendapatan dengan hanya bekerja dari rumah.

2. Kenalpasti tarikh jangkaan kita mahu menghantar notis.

Berapa lamakah kita mengambil persediaan sebelum masa yang sesuai menghantar notis kepada majikan. Ia bergantung kembali kepada persediaan kewangan dan juga persediaan asas kita sebelum berhenti kerja. Letak tarikh yang jelas bilakah masa kita mahu berhenti kerja. Contohnya tiga tahun atau lima tahun akan datang. Jadi buka satu buku matlamat dan letak tarikh tersebut dengan jelas.

3. Bermula secara sambilan sebelum sepenuh masa.

Ketika kita masih lagi bekerja, sangat disarankan kita sudah pun bermula dengan melakukan usaha ini secara sambilan. Bagusnya ia adalah sumber pendapatan ke dua atau sumber persediaan sebelum kita berhenti kerja. Apabila mengusahakan sumber ke dua ini, sangat disarankan kita tidak mengambil satu sen pun dari bisnes atau sumber perndapatan tersebut. Biarkan ia bergerak dan berkembang dalam satu akaun yang berasingan.

4. Persediaan kewangan.

Secara realistik, tulis semua matlamat kewangan yang perlu kita uruskan semasa masih lagi bekerja. Matlamat kewangan ini harus jelas sama ada dari segi pengurusan hutang, perbelanjaan, pelaburan, tabungan dan sebagainya.

Perbincangan suami isteri akan hal ini dapat membantu memberi matlamat yang baik dalam kata putus. Mungkin selepa sini salah seorang yang akan bekerja dan seorang lagi sebagai usahawan sepenuh masa. Mungkin juga suami isteri mahu lakukan secara bersama-sama. Beli buku-buku pengurusna kewangan. Hadir mana-mana seminar atau bengkel kewangan peribadi mahupun untuk bisnes sebagai persediaan asas.

Juga boleh mendapatkan rundingan pakar kewangan untuk mendapatkan  sesi konsultasi yang khusus untuk capai matlamat kewangan yang diperlukan sebelum berhenti kerja.

5. Berbincang dengan pasangan.
Ambil satu ruang yang khusus berbincang dengan jelas apa matlamat untuk berhenti kerja dan apa perancangan selepas berhenti kerja. Cabaran sebelum berhenti kerja itu ada pelbagai, tetapi cabaran selepas berhenti kerja juga tidak dapat dijangka. Namun begitu sekiranya bersama-sama membuat persediaan sejak dari mula, ia sangat membantu untuk suami isteri bertoleransi dengan cabaran yang akan datang.

6. Minta pandangan rakan-rakan.

Jangan minta pandangan rakan-rakan yang masih bekerja. Tetapi dengar dan minta pandangan rakan-rakan yang sudah terlebih dahulu berhenti kerja 5 hingga 10 tahun ke hadapan. Mereka sudah pun melepasi tahap persediaan dan menikmati perasaan 'pekerja bebas sepenuh masa'.

Fokus kepada pandangan yang membina dan juga membuat penyesuaian berdasarkan masalah yang kita hadapi. Kerana  setiap orang tidak sama masalah kewangan dan juga persediaan.

7. Bebas hutang

Bebas hutang atau zero hutang adalah salah satu matlamat kewangan yang sangat baik. Sekiranya mampu mencapai zero hutang ketika masih lagi bekerja, maka ruang dan perasaan ketika menghantar notis perletakan jawatan itu adalah lebih lapang. Kita hanya fokus kepada sumber pendapatan, pelaburan dan tabungan sahaja. Tanpa perlu lagi memikirkan hutang piutang hidup kita jauh lebih tenteram.


8. Mulakan latihan menyimpan.

Walaupun impian bekerja dari rumah atau impian berhenti kerja kita melihat satu peluang yang seronok. Tetapi disiplin berkaitan kewangan perlu dimulakan sejak belum berhenti kerja. Jika ketika kita masih bekerja kita berada dalam 'zon selesa' kerana kita tahu berapa jumlah yang kita dapat setiap bulan. Tetapi apabila kita sudah tidak lagi bermajikan kita disarankan untuk lebih berhemah dan berjimat cermat.

Mulakan latihan menyimpan ini sejak dari kita masih bekerja lagi. Contoh membiasakan untuk mengumpulkan sejumlah modal untuk bisnes. Katakanlah kita peruntukkan RM100 sahaja dari pendapatan ketika masih bekerja. Maka kita simpan RM100 itu secara konsisten dalam tabung modal. JIka setahun kita mendapat RM1200, maka dalam tempoh tiga tahun kita akan mendapat RM3600. Untuk bisnes kecilan, RM500 hingga RM1000 adalah sangat cukup untuk memulkan bisnes kecil-kecilan. Mulakan disiplin ini sejak dari kita masih bekerja lagi.  Fokus kepada tabung modal, apabla kita mengambil wang dari tabung tersebut, kita mengantikannya semula.


9. Fokus untuk capai matlamat kewangan.

Salah satu matlamat utama sebelum bersedia menghantar notis perletakan jawatan ialah, kita tahu apa matlamat kewangan. Tidak kira sama ada mencapai zon bebas hutang, pelaburan, tabungan, pengurusan dan sebagainya, jadikan ia salah satu matlamat yang perlu diambil perhatian serius.

10. Kenalpasti pendapatan aktif dan pasif.

11. Fokus menambah ilmu baru.

12. Mencari kumpulan sokongan.

13.


















No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin