Wednesday, February 4, 2015

Memaknai kehidupan

Teks: Masayu Ahmad


Saya bangun pagi ini dengan perasaan banyak perkara belum selesai. Saya bangun pagi ini, jika esok tarikh kematian apa yang sudah saya kongsi kepada masyakarat. Saya lihat pagi ini dengan apa yang sudah saya dapat dan apa pula yang sudah saya sumbangkan.

Hidup bukanlah kerana sekadar hidup, hidup adalah apakah yang bakal berlaku selepas hari pertama kita menutup mata. Hitam atau putih. Kejayaan atau kesengsaraan.

Melihat anak-anak makin membesar, amanah terpikul semakin mencabar. Melihat dua susuk tubuh keuzuran, lafaz syukur kerana Allah masih memberi peluang untuk memberi masa untuk menjaga mereka.


Tiada tv

Saya sudah lama mahu tidak ada tv di rumah. Tetapi kadangkala kerana mungkin juga mok mahu tengok rancangan ustaz kazim, atau rancangan keagamaan. Tidak ada pun rancangan yang sesuai untuk anak-anak yang sedang membesar.

Dulu pernah ada ASTRO dan rancangan itu setiap hari menjadikan anak-anak ketagih. Ketagih dan ketagih. Apabila berpindah saya memang gembira, ASTRO sudah lama tidak ada.

Biarlah menggunakan pendekatan tradisi. Tidak ada gajet juga tidak mengapa. Zaman yang dikatakan serba maju ini, sungguh sukar untuk kita berjuang mendidik anak-anak. Sudah tentu ia bermula dari rumah.


1 comment:

suzana jaafar said...

ya.. betul.. zaman teknologi canggih ni kadangkala sukar nak control apa yang ditonton anak-anak.. saya pun dah beberapa bulan tak bagi anak-anak pegang tablet/ipad. ok je diorang. tv pun bukak movie yang saya dah tapis dulu je.. tu pun sehari 1@2 movie bergantung pada anak-anak baik tak hari tu.. biarlah orang nak kata apa.. biar anak-anak nangis harini, jangan kita menangis menyesal kemudian hari kan..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin