Hari ini Kelantan berduka, Malaysia berduka. Perginya ulama, murrabi yang dikasihi dan dihormati.
Selepas menerima berita akan kematian, air jernih mengalir. Sehari ini mengikuti perkembangan demi perkembang.
Kepada ALlah kita datang kepada ALlah kita kembali,
Kita yang masih ada bersisa masa ini perlu meneruskan dan menyebarkan seberapa banyak manfaat.
Masa sudah terlalu singkat.
Sangat singkat untuk mengeluh dan berduka nestapa. Kita rancang kematian kita dari sekarang.
Alhamdulillah, sudah terbit ebook 44 resipi berpantang. Ebook ini sangat dekat dihati saya kerana saya mula merancang ebook ini ketika masih baru hamilkan ARissa dalam kandungan usia 2 bulan.
Persediaan memasak 20 resipi pada sesi pertama adalah, jam 8 pagi dan selesai 12 tengahmalam.
Pada ketika itu dalam keadaan mabuk dan saya meneruskan dengan ilitizam menerbitkan naskah ini dalam versi digital dan juga naskah bercetak.
Juga versi kali ini adalah dua ebook iaitu
1. Ebook 44 resipi berpantang.
2. Ebook panduan 44 hari rawatan berpantang tradisional Melayu dan Moden.
Terima kasih kepada respon pembeli yang mahukan juga dalam versi bercetak. Insya-Allah.
Harga istimewa dua ebook ini ialah RM30 sahaja dibuka sehingga Mac 2015. Khusus untuk 500 pembeli pertama sahaja. Dan saya sudah pun menerima email ulasan ebook ini. Insya-Allah.
Kalian yang mahu memiliki dua ebook ini boleh mula melakukan pembelian sekarang utuk harga istimewa ini
Klik di sini untuk mendapatkan naskah kalian.
http://resepiberpantang.blogspot.com/
Ulasan Ebook 44 Resepi Berpantang Tradisi Melayu
Oleh : Khadijah Maskam
Alhamdulillah, saya berjaya khatam Ebook 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu. Selain dari resepi yang menarik dan mudah untuk dicuba, elemen yang paling penting yang saya perolehi dari ebook ini adalah kepentingan makanan yang sihat sepanjang proses berpantang.
Ebook 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu ini bukan sahaja memaparkan resepi-resepi berpantang malah penulis turut berkongsi tentang persediaan sebelum bersalin, iaitu ketika tempoh kehamilan, persediaan sebelum ke hospital dan juga selepas bersalin iaitu rawatan sepanjang berpantang dan serba sedikit tips untuk pengurusan masa dan penyesuaian diri untuk “first-time-mommy”. Banyak tips dan informasi yang dikongsikan untuk membantu bukan sahaja ibu dalam berpantang malah sesuai untuk suami, ibu atau ibu mertua yang bertanggungjawab membantu sepanjang proses berpantang.
Kebiasaannya kita acapkali dihidangkan dengan mitos-mitos dari ibu atau nenek kita tentang betapa ketatnya dan bosannya berpantang akibat menu yang terhad. Seringkali dihidangkan dengan menu yang sama ketika berpantang 44 hari dengan alasan untuk cepat sembuh dan sihat, walhal kaedah berpantang yang terlalu ketat boleh mengakibatkan ibu-ibu dalam berpantang mengalami keletihan dan kelesuan akibat kekurangan nutrisi dalam makanan.
Resepi yang terdiri dari pelbagai sumber hidangan termasuk daging dan ikan mampu memikat selera ibu berpantang di samping membekalkan khasiat yang cukup untuk mempercepatkan proses pemulihan tenaga luaran dan dalaman ibu dalam tempoh berpantang.
Khasiat yang dibekalkan oleh makanan herba dan rempah ratus seperti halia muda yang umum tahu akan kebolehan dan khasiatnya dalam membuang angin dalam badan, kunyit dan pegaga yang berfungsi sebagai agen pengecutan dan penyembuhan luka, serta lada hitam yang berfungsi untuk memanaskan badan dan mampu menyingkirkan lemak berlebihan akibat proses kehamilan selama 9 bulan.
Ebook 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu memaparkan pengolahan resepi menggunakan herba dan rempah yang sangat penting untuk ibu berpantang serta memberikan idea-idea hebat dalam penyediaan menu berpantang. Kini, ibu-ibu di luar sana tidak perlu risau dan ragu lagi menu apa yang perlu disajikan untuk ibu-ibu berpantang kerana ebook ini telah memberikan panduan yang lengkap cukup untuk sepanjang tempoh berpantang.
Saya syorkan sahabat di luar sana terutama yang bakal bersalin tidak lama lagi untuk segera mendapatkan ebook ini kerana banyak informasi dan tips berguna untuk persediaan berpantang anda. Bagi mereka yang dalam fasa menurunkan berat badan, anda juga dialu-alukan untuk mendapatkan ebook ini kerana resepi-resepi ini kesemuanya terdiri dari menu rendah lemak dan kolestrol tetapi apa yang penting dapat membekalkan tenaga yang diperlukan badan kita seharian.
Terima kasih kepada pihak ABDR kerana memperkenalkan ebook yang sangat menarik dan bermanfaat.
No comments:
Post a Comment