Saturday, February 7, 2015

Bertahan dan mendaki :)

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, atas segala nikmat yang Tuhan berikan. Nikmat kesihatan dan kasih sayang.

Mula memasuki minggu ke 2 bulan Februari insya-ALlah.

Pagi ini bangun dengan perasaan sangat mendamaikan. Anak-anak bangun dan mahu ke sekolah dengan perasaan terjua. Arissa juga sudah makin pandai menguruskan diri.

Usai selesai tiga beradik, saya memandikan Ammar. Kemudian keluar mencari sarapan nasi dagang sebagaimana yang dimahukan bonda mertua.

Singgah sebentar di PASTI. Mahu menyuap Arissa seperti biasa, tetapi tidak mahu. Saya tinggalkan bekal dan pulang.

Singgah sebentar menikmati 'masa pagi sendiri' bersama teh tarik dan air suam. Alhamdulillah permulaan pagi yang baik.

Cuaca dii sini sudah sejuk dan saya suka keadaan ini.

Kembali ke meja kerja, sebagaimana biasa meneruskan dengan senarai 20 wajib selesai. Biasanya sebelum tengahari 10 yang pertama perlu selesai.

Alhamdulillahm kita bangkit dan kita tahu apa matlamat yang kita mahu selesaikan.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin