Saturday, August 9, 2014

Paksa diri untuk berjaya

Teks: Masayu Ahmad

Apa yang mendorong kita untuk capai matlamat, tentulah pada paksi mahu berjaya, mahu bebas kewangan, mahu capai matlamat dalam usaha kita. Tidak kira walau apa pun bidang, kita mahu sukses di sini mahupun kehidupan selepas kematian.

Kemahuan saya sangat tinggi untuk melihat buku lebih banyak terbit di pasaran, manuskrip berulang kali ditolak itu adalah cabaran kecil. Sehinggalah mata saya terbuka luas dan mula mencari jalan lain, iaitu Allah memberi peluang ia masih boleh dikongsikan melalui ebook.

Jalannya lebih singkat dan pantas, hanya selesaikan penulisan, siapkan cover dan terus dapat dijual. Itulah cantiknya perjalanan. Dan ebook ini boleh dikongsi dengan lebih ramai suri.

Saya masih dengan fokus menerbitkan lebih banyak ebook siri mula bisnes iaitu rujukan khusus buat suri yang mahu bekerja dari rumah berdasarkan jenis bisnes yang boleh dilakukan di rumah.

Ammar sudah menangis saya sambung nanti ya
www.akademibekerjadirumah.com

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin