Tuesday, July 15, 2014

Kita mampu luar biasa

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, sudah menjejaki 18 Ramadhan dan sudah 16.7.2015 tahun masihi. Allahu Allah, sangat laju masa mengejar. Dan ketika sampai saaat ini, hanya kesyukuran atas segala nikmat dan rahmat. Atas segala kemudahan dan apa juga doa yang diperkenankan. Perjalanan hari ini, tidak akan berlaku dengan apa yang sudah kita dapat sejak dari dulu.

Hijrah

Hijrah dalam banyak perkara dan paling penting hijrah kita ke arah kebaikan. Sentiasa muhasabah diri dan sentiasa belajar akan kesilapan. Saya menyoroti apabila berlaku silap faham, apa teguran Allah kepada saya. Mungkin saya alpa dengan adik beradik, ibu bapa, mertua, suami atau anak-anak. Sangka baik kita terhadap apa yang berlaku dan ambil iktibar.


Manusia selalu lupa
Kita selalu lupa bahawa kita datang dari tidak ada apa apa. Bogel dilahirkan, dan mula menapak dan cantik apabila dipakaikan pakaian cantik ketika bayi, kanak-kanak. Kita diagungkan, dipeluk dan cium. Kita sangat menawan kerana kita masih ahli syurga kerana tidak ada dosa. Ia harum.

Kita alpa
Masa bergerak dan kita mula memakai pakaian yang pelbagai. Busuk, wangi, masak. Setiap perjalanan kehidupan juga begitu. Kita ditemukan dengan ramai orang dan pelbagai watak kehidupan. Yang buruk, teruk itulah perlu dinilai semula dan diambil iktibar.

Posisi kehidupan
Selalunya manusia akan bertindak balas, apabila ada yang berlaku itu tidak sama dengan apa dipegang pada prinsip diri. Sama ada pandangan, fikiran dan apa jua tindakan. Iaitu kita kembali muhasabah diri, apabila apa yang kita lakukan tidak mendapat tempat atau nilai sepatutnya. Kejarlah redha Allah, bukan pujian manusia. Insya-Allah perjalanan itu cantik sekali, walau sesekali kita ditegur terik.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin